Laporan Ketua Audit Negara 2016 telah melaporkan hasil pengauditan yang telah dijalankan terhadap aktiviti di beberapa agensi kerajaan DAP negeri Pulau Pinang.
Di antaranya ialah Pengurusan Perumahan Kos Rendah dan Projek Perumahan Rakyat.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2016 hingga Januari 2017 telah mendedahkan kegagalan kerajaan DAP dalam beberapa perkara yang berbangkit. Di antara hasil audit ialah ;
1. Pengurusan pengagihan rumah adalah kurang memuaskan kerana kegagalan menawarkan sebahagian unit rumah menyebabkan kehilangan hasil sewa kepada Kerajaan Negeri.
2. Tindakan yang perlahan dari segi proses pengisian unit yang kosong walaupun terdapat pemohon dalam senarai menunggu.
3. Pematuhan terhadap syarat permohonan adalah tidak memuaskan kerana pemohon yang layak masih menunggu lama untuk mendapatkan rumah.
4. Proses pengeluaran hak milik adalah kurang memuaskan kerana tindakan Bahagian Perumahan adalah terlalu perlahan.
5. Pengurusan kutipan dan tunggakan adalah tidak memuaskan.
6. Pengurusan akaun deposit tidak memuaskan kerana wang deposit tidak dipulangkan sejak tahun 2007 dan tidak dilaraskan ke akaun hasil untuk mengurangkan baki tertunggak.
7. Penguatkuasaan terhadap penghuni yang melanggar syarat perjanjian masih belum dibuat dengan berkesan.
8. Kegagalan dalam melaksanakan pemantauan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor memberi kesan terhadap aspek keselamatan dan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan sekiranya pembaikan tidak dapat dilaksanakan.
9. Penyenggaraan rumah kos rendah (KR) dan Projek perumahan Rakyat (PPR) adalah kurang memuaskan.
Kita menjangka kerajaan DAP negeri tidak akan menghebahkan perkara-perkara di atas dan hanya highlightkan yang 'sedap-sedap' sahaja kepada rakyat Pulau Pinang. 'Tokong' DAP seperti biasa akan cuci tangan tidak akan menjawab persoalan yang timbul.
Inilah masaalahnya kerajaan DAP negeri yang kerap politiking murahan dan tidak fokus kepada perkara-perkara kepentingan rakyat negeri. Kita akan dedahkan lagi kegagalan kerajaan DAP negeri termasuk segala skandal yang melibatkan bilion ringgit wang rakyat.
sumber Dr MiM
No comments:
Post a Comment