Followers

Sunday, 20 August 2017

Pakatan Haprak SEMBANG KENCANG Tapi BACUL !


Dalam artikel sebelum ni MMI dah sebut betapa pincangnya Pakatan Haprak , banyak perkara yang puak-puak ni buat tapi hampir ke semuanya retorik semata-mata.Kata-kata indah yang ditabur oleh pimpinan mereka cukup berbahaya tajamnya mampu menghiris kepercayaan rakyat kerana banyak auta dari faktanya.


Luka dan nanahnya bisa membawa sampai bertahun seperti mana yang berlaku terhadap warga Permatang Pauh apabila Ahli Parlimen mereka rupa-rupanya hanyalah boneka yang tangan dan kakinya dibelit emosi politik GAGAL bertindak sebagai wakil rakyat apatah lagi membantu meringankan beban rakyat.

Mengambil kira dari pengamatan itu , bolehlah MMI simpulkan bahawa kenyataan daripada Salahuddin , Timbalan Presiden parti PAN terhadap Azmin hanyalah sekadar omongon kosong yang langsung tidak memperlihatkan prinsip dan pendirian Pakatan Haprak.


Salahuddin Ayub dalam kenyataannya mengingatkan PKR bahawa parti itu terikat dengan perjanjian bersama Pakatan Haprak dan sebarang rundingan dengan pihak lain perlu terlebih dahulu dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Haprak.

“Itu adalah pandangan parti untuk mengadakan rundingan mana-mana pihak. Namun keputusan mesyuarat Presiden Pakatan Haprak adalah mana-mana perundingan selepas tertubuhnya Pakatan Haprak akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pakatan Haprak untuk dibuat keputusan.

Banyak sugguh Hapraknya :)

“Itu persetujuan kita capai bersama,” katanya yang ditemui pemberita.

So jika itulah pendiriannya kenapa Pakatan Haprak sehingga ke hari ini masih lagi gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap PKR dan pimpinannya ?

Mana mungkin hubungan sebegitu berlaku di saat PKR masih lagi bersuamikan DAP ,dan PAN yang begitu memusuhi PAS ?

Gila talak ke apa ?????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels