Followers

Friday, 25 August 2017

Siapa Tun M Kalau Melayu Sendiri Pun Dah Tak Percaya ?


Aksi yang cukup menghibakan sehingga ramai dari kalangan ahli UMNO menitiskan air mata kerana terlalu sebak terpaksa merelakan pemergian seorang pemimpin yang pada ketika itu menjadi tumang kepada orang Melayu di Malaysia.

Tun Mahathir , beliau telah membuat keputusan untuk berundur dan meletakkan semua jawatannya sama ada dalam parti mahupun kerajaan.Dan sudah semestinya keputusan itu tidak lagi boleh diubah-ubah kerana ianya keputusan mutlak peribadi seorang Perdana Menteri.

Maka Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu menjawat jawatan nombor dua tampil menyelamatkan keadaan kerana pemimpinnya sedang berada dalam keadaan duka dan lara.

Tidak ada sesiapa yang tahu kenapa Tun M membuat keputusan sedemikian melainkan masing-masing membuat tafsiran masing-masing sehinggalah kemudiannya kita dimaklumkan bahawa Tun M membuat keputusan tersebut kerana kecewa dengan orang-orang Melayu.

Siti Hasmah pernah menyebut bahawa apabila banyak orang Melayu datang merayu, memohon atau meminta tolong daripadanya (Tun M). Dia dengan belas kasihan kadang-kadang memikirkan orang itu mampu, maka diberi apa yang diminta. Tetapi lama-kelamaan orang itu datang semula meminta pertolongan lain, padahal kerja yang diberikan dulu belum selesai lagi atau belum berjaya.

Inilah masalah orang Melayu. Mereka suka meminta-minta, bila diberi tidak tahu melaksanakannya tetapi tidak sabar-sabar pula hendak berjaya.

Apa yang MMI cuba sampaikan di sini adalah apa jua yang berlaku sebelumnya , Tun M jelas begitu mengambil berat perihal orang Melayu sehinggakan beliau meletakkan jawatannya.Namun jika kita amati sedalam-dalamnya tindakan tersebut seharusnya mampu mencipta sesuatu yang jauh lebih baik khususnya kepada orang Melayu itu sendiri.

Semua pihak sedia maklum apabila Tun M meninggalkan perjuangan orang Melayu pada ketika itu , Tun Abdullah telah diberikan kepercayaan untuk memimpin umat Melayu dan seluruh bangsa di Malaysia.

Di bawah kepimpinan Tun Abdullah inilah ramai pihak sebenarnya sedar bahawa Melayu sedang diubah.Perubahan yang mungkin tidak terlalu ketara tetapi konsep Islam Hadhari yang diketengahkan oleh Tun Abdullah sebenarnya adalah titik tolak kepada perubahan kepada orang Melayu yang bermula dari akar umbi.

Prinsip Islam Hadhari yang ingin diketengahkan oleh kerajaan ini bukan hanya sekadar slogan atau retorik semata-mata, malah lebih dari itu ia merupakan satu anjakan paradigma dan pendekatan menyeluruh untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam bagi membangunkan ummah, bangsa dan negara secara global dan bersepadu.

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang sentiasa berkembang seperti menjaga, memartabat dan memperkasa: Agama, akal, nyawa, harta, keturunan, maruah, institusi keluarga dan alam sekitar.

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

Apa salahnya pelaksanaan ini ? MMI tanya sebab akhirnya Tun M sendiri mengepalai segerombolan soldadu-soldadu politik menjatuhkan Tun Abdullah !

Walaupun alasan demi alasan diberikan , Tun M terlupa bahawa gerakan di pentas pembangkang itu telah menyebabkan bukan sahaja reputasi Tun M terjejas tetapi dianggap sebagai pengkianat kepada parti Melayu UMNO.

Jika benarlah kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdullah itu terlalu memudaratkan umat Melayu dan Malaysia amnya sudah pastilah siapa jua penganti sekalipun akan berdepan situasi sukar dan Malaysia pasti akan berdepan masalah berganda.

Hakikatnya kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri turut mendapat tentangan yang sama daripada Tun M !

Cuma alasan kali ini berbeza apabila fitnah terhadap 1MDB menjadi asas kepada gerakan menumbangkan Perdana Menteri itu sehingga Tun M sendiri kini bersama dengan parti-parti pembangkang yang dulunya amat dibenci oleh Tun M sendiri.

Jika Tun M mengaku beliau kecewa dengan orang Melayu sekalipun kenapa perlu sampai bersekongkol dengan DAP yang begitu dimusuhinya satu ketika dahulu ?

Dalam satu temubual bersama Tun Siti Hasmah satu ketika dahulu , beliau disoal tentang pandangannya sekiranya Tun M berpeluang kembali ke saat sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau hanya ingin menjadi ahli biasa UMNO sahaja. 

Tun Siti Hasmah menjawab "Agaknya rasa kecewa dialah (Tun M). Biarlah menjadi ahli biasa. Lebih mudah lagi kot kerana zaman telah bertukar. Bermula sebagai ahli biasa baliklah maksudnya tu. Agaknya dia sudah penat."

Hakikatnya Tun M tidak melakukan semua itu sebaliknya bertindak dengan lebih agresif dengan menubuhkan parti baru memecah-belahkan orang-orang Melayu dalam UMNO dan bersekongkol pula dengan DAP dan parti-parti pembangkang yang lain.

Ketidaksetiaan Tun M terhadap parti dan kepercayaan jutaan ahli UMNO sewaktu beliau menjadi pemimpin parti dan negara langsung tidak diambil kira jauh berbeza sama sekali dengan Tun Abdullah yang sehingga kini kekal sebagai seorang pemimpind dan bekas Perdana Menteri yang disegani.

Apa yang MMI dapat rangkumkan adalah tindak-tanduk Tun M tidak pernah konsisten sejak beliau sendiri meninggalkan parti UMNO yang menjadi wadah perjuangan orang-orang Melayu.

Siulannya kini sudah tidak lagi terarah kepada perjuangan orang Melayu sebaliknya semakin menghampiri standard praktik mereka-mereka yang berpegang kepada gerakan liberal yang bercambah dalam Pakatan Haprak.

Apakah kita masih percaya bahawa gerakan Tun M bersama dengan Pakatan Haprak itu adalah berdasarkan kepada sumber fitnah 1MDB ?

Atau ianya sudah menjangkaui prinsip kendiri mereka yang kini dilihat semakin galak untuk merampas kuasa ?

Fikirkan sebab ungkapan demi ungkapan Tun M hari ini sudah jauh berbeza sama sekali dengan apa yang pernah beliau ungkapkan dulu ... 



Tepat sekali apa yang dilontarkan oleh Tun M tu sebab TUAN yang berada dibelakang dalam Pakatan Haprak hari ini bukannya Tun M dan siapa jua orang Melayu yang terlibat sebaliknya kuasa penuh ada pada mereka yang kini bersama dengan Dinasti Lim DAP.

Bukti bagaimana DAP SCREW Melayu ....

MMI

Rujukan ;

No comments:

Post a Comment

Labels