Followers

Friday, 15 September 2017

Banjir Teruk Di P.Pinang , DAP Tetap Tak Salah Sebab Rayer Suruh Tanya TUHAN !


Beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi Jumaat.

Antara kawasan terjejas akibat banjir kilat ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.

Turut dinaiki air ialah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Kampung Mutiara, Batu Feringghi, Masjid Negeri, Ayer Itam dan Kampung Masjid Hashim Yahya.

Kesesakan lalu lintas turut dilaporkan berlaku berikutan beberapa kawasan ditenggelami air dan pokok tumbang.

Lanjutan dari kekalutan yang melanda itu, didapati Kerajaan Negeri pimpinan DAP diasak hebat melalui halaman facebook. Antara yang menyuarakan pandangan adalah seorang jurugambar dan pengamal media sosial yang menggunakan nama Mesh.

Mesh melalui status yang dikemaskini awal pagi tadi menyatakan, "Mari kita berteka-teki.... Apakah penjelasan yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung banjir yang melanda hari ini".



Status yang dibuat oleh pemilik akaun itu dilihat telah berjaya menarik perhatian ADUN Seri Delima, RSN Rayer untuk masuk dan melontarkan komen di garis masa tersebut.

Beliau (RSN Rayer) menyatakan "Kenapa tanyakan (soalan) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mesh, anda perlu tanyakan tuhan!".


Jawapan yang diberikan oleh ADUN Seri Delima itu nyata amat mengejutkan. Sebelum ini, DAP Pulau Pinang seboleh-bolehnya cuba menjuarai setiap isu dan mengambil kredit ke atas setiap perkara yang berlaku di negeri ini.

Malahan jika diimbas semula, DAP Pulau Pinang pada 22 Oktober 2013 melalui Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik pernah menyatakan bahawa banjir 40 tahun selesai selepas 9 bulan.



Jika benar mereka berjaya menyelesaikan isu banjir hanya selepas 9 bulan, kenapa sehingga hari ini permasalahan banjir masih lagi berlaku dan lebih buruk berbanding sebelumnya?

Dengan kenyataan "vice versa" yang dikeluarkan oleh RSN Rayer hari ini, secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh Ng Wei Aik adalah satu penipuan dari DAP untuk menyedapkan hati masyarakat setempat. 

Tidak cukup dengan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga didapati pernah mengeluarkan kenyataan "Pakatan mampu selesaikan permasalahan banjir dalam satu penggal perkhidmatan" yang diterbitkan portal Malaysiakini pada 15 Disember 2013.


Sebagai manusia MMI yakin semua penduduk Pulau Pinang boleh membezakan antara mereka yang buat kerja dan mereka yang asyik berpolitik !

Awal pagi tadi waktu MMI masuk sebelah pulau , memang jelas keadaan banjir yang berlaku kali ini semakin teruk dari sebelum-sebelum ini dan kesannya bukan sahaja dirasai oleh segelintir pihak tertentu sahaja tetapi semua pihak tanpa mengira kaum.

So kalau ikut apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang kata semua pihak kena bersabar sebab usaha untuk memulihkan keadaan banjir kilat sebegini bakal mengambil tempoh lebih kurang lagi 3 tahun !!!!

Wehhh sejak 2008 ampa buat apa ????? Pakai logik akal sikitlah semua ni sebab nak pancing undi ja ... PRU14 dah dekat pandai-pandai buat pilihan sebab MMI yakin puak-puak yang ada kat Komtar tu semua kaki putaq punya macam mana mereka putaq nak mansuhkan tol Sungai Nyior !

Beringatlah naa ...

kredit MyFokus

4 comments:

  1. Dalam masa yang sama langkawi turut mengalami banjir teruk..

    Awat lagu tu, MB tidoq ka..

    ReplyDelete
  2. MB Kedah tak menipu rakyat dengan membuat janji hapuskan masalah banjir dalam 9 bulan!

    Kalau nak jadi baruah dapigs pun, tak payah la tunjuk bebal, kluangman.

    ReplyDelete
  3. btui.ada dia janji 9 bulan settle??ada??

    ReplyDelete
  4. Aik Anon 10.21 cepat naik angin. Tak reti berhujah jadi sukarelawan bantu agihkan pelaburan ke Virginia State, US...kiki

    ReplyDelete

Labels