Walaupun ramai dah faham sangat suasana politik yang kini membelenggu parti PPBM yang disifatkan sebagai parti tangkap muat , realitinya ia sudah pun mendedahkan betapa kehadiran Tun Mahathir dalam kancah politik negara benar-benar songsang sehingga mendatangkan aib kepada bekas Perdana Menteri itu.
Tun Mahathir dalam meniti usia tuanya , bukan sahaja sudah membuat kesilapan terbesar dalam hidupnya tetapi telah pun menyediakan paltform atau paling tidak menyediakan catatan yang hampir pasti akan terpahat dalam sejarah politik negara untuk dianalisa dan dinilai oleh sebahagian besar generasi yang akan datang.
MMI yakin dan percaya , Tun Mahathir akan dikenang sebagai seorang pemimpin politik yang mencatur zaman sehingga beliau hadir dalam zaman yang berbeza-beza dengan nilai dan percaturan emosi melampau.
Akibat daripada kesilapan itulah maka Tun Mahathir pada hari ini perlu sekurang-kurangnya menoleh kebelakang dan melihat susun atur parti PPBM itu sendiri kerana ia mencerminkan kredibiliti dan prinsip kendiri beliau.
Jika dulu ramai yang terpedaya dengan permainan politik adu domba pembangkang yang menyerang Datuk Seri Najib kini urutan itu nampaknya sudah bertukar arah dengan Tun Mahathir dan konco-konconya sudah mula menjadi sasaran pengkritik politik.
Percayalah apa yang MMI ungkapkan disini adalah benar hasil dari pemerhatian di lapangan kerana pada hari ini ucapan yang dihamburkan oleh Tun Mahathir dalam mana-mana pentas politik sekalipun cukup menyentak jiwa disebabkan ungkapan-ungkapan sembrono dan bodoh sombong sehingga menampakkan betapa teruknya pemimpin tersebut.
Cakap kosong serta tuduhan tanpa sebarang bukti yang dialunkan oleh Tun Mahathir ternyata hanyalah omongan kosong sekadar perlengkap majlis.Hakikatnya ramai sebenarnya yang hadir mendengar ucapan Tun Mahathir hampir pasti terpinga-pinga kerana apa yang diceloteh beliau sukar untuk diterima oleh mereka yang memiliki akal.
Selain daripada itu MMI percaya kehadirannya bersama dengan Pakatan Haprak khususnya DAP sudah pun menenggelamkan aura bekas Perdana Menteri itu yang dulunya dikenali sebagai seorang negarawan yang begitu cintakan Melayu dan Islam.
Semuanya hilang dalam sekelip mata kerana emosi melampau yang tidak mampu dibendung malah sudah pun menjadi asas kepada pergolakan demi pergolakan dalam parti PPBM itu sendiri.
Tun Mahathir GAGAL sama sekali untuk membuktikan kepada seluruh Malaysia bahawa apa yang beliau sedang perjuangkan hari ini adalah jauh lebih baik dan berdasarkan kepada landasan yang betul untuk kebaikan umat Melayu dan Islam di Malaysia.
Walaupun beliau cuba untuk bermain dengan Perlembagaan Persekutuan , Tun Mahathir sebenarnya sedar bahawa rakan sebantalnya DAP pasti tidak akan merelakan apa jua perjuangan yang menjurus kepada soal Melayu dan Islam.
Kini dalam isu membabitkan kerugian Forex oleh BNM sewaktu beliau menjadi pemimpin negara sudah pun menelanjangkan beliau betapa tindak-tanduknya jauh lebih dasyat daripada tohmahannya terhadap kepimpinan negara Datuk Seri Najib malah mengaibkan bekas Perdana Menteri itu.
Sesuatu yang perlu kita perhatikan adalah walaupun Tan Sri Nor Mohamed Yackop mengaku beliau bertanggungjawab terhadap semua urusniaga terbabit dan tidak menafikannya sama sekali , LOGIK akal kita wajar melihat kembali struktur pengurusan dan pihak yang punya akses terhadap pergerakan dana-dana milik negara.
Jangan sembrono mengangguk kononnya kerugian Forex yang mencecah puluhan bilion itu hanya berlaku disebabkan oleh seorang pemain Forex bernama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebab dalam kenyataannya beliau menyebut bagi tempoh 1986 hingga 1993, beliau tidak pernah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tentang urus niaga mata wang asing Bank Negara.
Jika benar apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop maka jelas sekali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu adalah pihak yang sebenarnya melakukan KESALAHAN awal apabila langsung tidak mengambil tahu perihal pengaliran keluar dana-dana milik negara dan rakyat !
Kenapa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak memantau perkembangan dan pergerakan dana-dana milik negara ?
Apakah benar Tun Mahathir memang JAHIL , BUTA , PEKAK dan TULI ?
Jika benar sekalipun maka seluruh Malaysia hari ini pasti bersetuju jika MMI kata Tun Mahathir adalah penyebab kepada KERUGIAN berbilion-bilion dana milik negara dan rakyat !
SEBAB KEJAHILAN , BUTA , PEKAK dan TULI yang dimilikinya telah menyebabkan berlakunya urusniaga Forex tanpa kawalan sedangkan pada ketika itu Tun Mahathir adalah pemimpin tertinggi negara yang harus bertanggungjawab !
Hari ini kita disajikan sekali lagi tunjuk perasaan oleh seorang pemimpin wanita yang begitu obses untuk mengangkat maruah negara dan seluruhnya melalui pentas politik PPBM.
Parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir bersama-sama dengan para konconya itu dianggap beliau sebagai wadah TERBAIK yang punya kemampuan untuk menjadi pilihan kepada rakyat menggantikan UMNO dan BN sebagai peneraju negara.
Akhirnya apa berlaku ????????
"Saya bukan keldai , lembu atau anjing kepada sesiapa " !!!!!!
Apa yang MMI nak kongsikan disini adalah jika itulah ayat yang digunapakai oleh Anina terhadap keputusannya untuk meninggalkan PPBM maka secara tidak langsung bolehlah kita sama-sama rumuskan bahawa begitulah juga corak dan dasar yang berlaku dalam parti yang diasaskan oleh Tun Mahathir !
Dan mungkin juga kehadiran para konco yang kini bersama dalam PPBM itu terdiri daripada kalangan mereka yang bercampur baur dengan agenda kepentingan masing-masing dan langsung mengenepikan prinsip perjuangan yang pada pandangan MMI sekadar dijadikan sebagai candu untuk membeli sokongan.
Yang pasti tindakan Anina bukanlah dibuat-buat , ianya hadir seteleh bergelumang dalam lumpur PPBM yang didalamnya tersedia segala macam parasit dan virus yang bisa membinasakan bukan sahaja para ahli , pemimpin tetapi juga rakyat dan negara.
Anina bukanlah dari kalangan pemimpin yang MMI cemburui kerana sifatnya yang GAGAL untuk memahami betapa bersikap rasional itu perlu.Dalam politik hampir pasti ada kelemahan dan kita harus menerima bahawa kelemahan itu datangnya daripada sikap segelintir dari kalangan kita namun menolak kelemahan dan memilih haluan yang jauh lebih LEMAH dari apa yang ada didepan kita adalah satu tindakan yang jauh lebih teruk.
Kerana emosi melampau Tun Mahathir kini hilang kredibilitinya , sudah-sudahlah pintu taubat masih terbuka paling tidak bersujudlah kepadaNYA dan selesaikan urusan akhirat yang mungkin masih banyak lagi yang belum diselesaikan.
Dan Tun Mahathir turut sama GAGAL untuk memastikan PPBM adalah berbeza daripada segala macam tohmahannya terhadap UMNO !
MMI
reverse saiko.. tun tolonglah jgn bertaubat kalau takda watak mcm tun dlm dunia ni hambar n sunyi sepi rasanya.. citer melayu pun mesti ada watak jahat br syok..
ReplyDelete