Followers

Thursday, 7 September 2017

Dunia Perlu Bangkit Selamatkan ROHINGYA #tearsforRohingya


Mereka adalah sebahagian daripada penduduk dunia yang seharusnya mendapat hak sebagai seorang manusia.Hak kemanusiaan yang membezakan sama ada kita yang mendiami setiap pelusuk dunia ini benar-benar bertamadun.

Dalam keadaan dunia yang kini sudah melangkah ke alaf serba moden dan dunia berteknologi rupa-rupanya masih ada lagi dikalangan kita yang tamadunnya hanya meniti di bibir langsung tidak punya perasaan sebagai seorang manusia kerana sanggup membunuh hanya kerana perbezaan etnik.

Sesuatu yang cukup melampau dan DUNIA perlu bertindak !

Konflik yang melanda rakan-rakan Rohingya kita di wilayah Rakhine, Myanmar bertambah kritikal sekali lagi sejak 25 Ogos lalu dengan dengan lebih 400 rumah dibakar, diburu, dibunuh dan diseksa seperti binatang. 

Dijangkakan hampir 125,000 etnik Rohingya telah terpaksa keluar meninggalkan Myanmar ke Bangladesh dalam masa kira-kira 2 minggu kebelakangan ini. Kegagalan kerajaan Myanmar menghentikan segala kekejaman ini ke atas etnik Rohingya, dan menggunakan tentera kerajaan untuk melakukan perkara-perkara di atas menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat antarabangsa tentang keikhlasan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Aung San Suu Kyi, yang juga pemegang hadiah Nobel Keamanan Dunia dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Situasi di Myanmar pada hari ini cukup memalukan peradaban dunia !

1) Myanmar menyekat semua bantuan PBB kepada orang awam di Myanmar yang menyebabkan etnik Rohingya kehilangan bahan asas di Rakhine.

2) Krisis antara pemberontak Rohingya dan anggota keselamatan Myanmar masih berlaku sehingga kini. Pembunuhan dan penyeksaan oleh anggota keselamatan Myanmar juga masih berlaku kepada etnik Rohingya yang masih berada di Rakhine.

3) Bencana kemanusiaan:
  • Jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh sejak 11 hari lalu kini mencapai hampir 125,000.
  • Menyebabkan agensi bantuan tidak mempunyai kemudahan untuk pelarian. Agensi bantuan juga kekurangan air dan makanan.
  • Mereka terpaksa tidur tanpa bumbung atau di khemah buatan sendiri sementara kem di Cox's Bazar telah penuh dengan hampir 400,000 pelarian sebelum ini.
  • Sebahagian kawasan hutan sedang dibersihkan untuk membina penempatan tambahan buat pelarian Rohingya di Bangladesh.

Kerana itu rakyat Malaysia tidak boleh berkompromi dengan isu kemanusiaan sebegini. Justeru kita menyeru agar PBB mengadakan sidang khas (special session) secepat mungkin bagi membincangkan penyelesaian terbaik ke atas isu ini dengan memanggil wakil kerajaan Myanmar serta wakil kepada etnik Rohingya.

Kami menyeru supaya negara-negara berdekatan untuk menerima pelarian Rohingya dan memberikan perlindungan sewajarnya kepada mereka. Daripada kira-kira 900,000 pelarian yang diterima masuk ke Malaysia sejak 2010, 90 peratus daripadanya adalah dari Myanmar dengan majoritinya adalah etnik Rohingya. 

Dan lebih mustahak pengiktirafan terhadap pemimpin Myanmar perlu di tarik balik , Hadiah Nobel Keamanan kepada A. Suu Kyi sebenarnya telah memalukan seluruh umat manusia dan peradabannya.

Ayuh lakukan sesuatu kita bukan hidup di zaman batu !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels