Followers

Friday, 22 September 2017

Kenapa Tiba-Tiba Ada Cadangan Penutupan Jalan Di P.Pinang ?? Boleh Selesai Banjir Ka ????


Masalah banjir tak selesai lagi pun , mula pula cerita kerajaan DAP Pulau Pinang nak tutup jalan Love Lane dari jam 7.00 petang sampai 4.00 pagi pada setiap hari.Walaupun surat kat atas tu menyebut cadangan tapi semua orang tau puak-puak kaki putaq ni bukan boleh harap.

Sebelum kita pergi lebih jauh , MMI nak kongsikan dengan semua apa sebenarnya yang ada di Love Lane ni hingga mendapat PERHATIAN ISTIMEWA dari kerajaan negeri ! 

Kalau semua masih ingat disinilah tempatnya di mana jalanraya digunakan oleh mereka-mereka yang membuka pub , gerai makan sehingga mengganggu lalu lintas tapi TIDAK PERNAH menjadi sasaran penguatkuasa.

Kalau ditempat lain dah lama dah kena tindakan atau paling tidak barang-barang macam kerusi meja di rampas !

Tapi di Love Lane lain beb .. Kat sini adalah lubuk penting puak-puak penyembah kesamarataan dan mereka akan berhabis untuk mempertahan serta berusaha untuk mengekalkan kawasan itu yang kini sedang berubah menjadi kawasan kalangan kaki lepak dengan beer dan arak.

Siapa jua yang melalui jalan ini pasti akan nampak sesaknya sampaikan ada yang MENARI di tepi jalan dengan kenderaan lalu lalang.


Ampa boleh buat carian di google dengan "key word" - love lane pulau pinang (image) dan buat carian sikit pasti akan jumpa gambar-gambar dan video menari dan sebagainya.

MMI bukan dengki beb ... Dah tahu dah Pulau Pinang di bawah DAP dengan dasar perjuangan KESAMARATAAN mereka akan berusaha untuk mewujudkan blok-blok sebegini.

Tapi isunya apakah perlu sampai ke tahap MENUTUP JALAN ??????

Malah dengan susah payahnya mereka mengeluarkan SURAT RASMI cadangan penutupan tersebut kononnya "SURVEY" , Yang MMI persoalkan adalah kenapa tidak dilakukan perkara yang sama tentang masalah paling besar di Pulau Pinang pada hari ini berkenaan penyelesaian BANJIR ?????

Sejak 2008 rasanya tak pernah dengar la pula ada surat-surat rasmi semacam ni dikeluarkan kepada penduduk khususnya mereka-mereka yang sering menghadapi banjir !

Punya nak jaga sanggup tutup dari jam 7.00 petang sampai 4.00 pagi !!!!

Haprak beb bab banjir boleh buat BODOH ja , tapi kalau bab nak jaga PUB segala bagai cepat ja buat kerja !!!!!!!

MMI bukan rasis dan bukan juga menidakkan hak mereka-mereka yang bukan Islam yang nak minum segala macam beer dan arak bagai , FAHAM sangat tapi kalau sampai ke tahap nak tutup jalan rasanya melebih sangat kot !

Sebagai warga Malaysia , MMI juga boleh merasa sangsi dengan tindak-tanduk sebegini sebab cara dan kaedah MBPP buat kerja ni dah macam dapat arahan atau bersekongkol dengan DAP yang kita tahu banyak bermuka-muka khususnya dengan orang Islam dan Melayu.

Kalau puak DAP boleh buat tuduhan sembrono bahawa keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak meluluskan Oktorberfest memberi gambaran kasar kerjasama yang bakal terjalin antara PAS dan BN,  BACA SINI kenapa tidak MMI boleh beranggapan yang sama ?

Ini juga boleh jadi kerjasama dan gerak kerja terancang atas satu arahan oleh pihak kerajaan negeri untuk meluas dan perkembangkan lagi kewujudan PUB-PUB  yang jelas sama sekali di luar norma orang Islam !

Janganlah siapa-siapa marah MMI pula sebab ini HAK MMI untuk menyuarakan kesangsian yang timbul apatah lagi ada dikalangan puak DAP sendiri yang sebelum ni bercakap soal TOLERANSI !

Paling penting apakah keputusan menutup jalan itu akan menyelesaikan masalah banjir kilat yang sedang membelenggu penduduk khususnya di bahagian pulau ?

Kalau setakat nak kembangkan bisnes pub dan sebagainya buatlah tapi jangan sampai KORBANKAN hak orang lain kerana kami juga ada hak kami !

Mana lebih baik pastikan jalanraya hanya digunakan untuk kenderaan sahaja dan melarang mana-mana premis menggunakan jalanraya sebagai kawasan meletakkan bangku dan meja ATAU menutup jalanraya semata-mata nak bagi premis guna jalanraya sebagai sebahagian daripada kawasan mereka ???


Kalau berlaku juga maka tak mustahil lepas ni Love Lane jadi macam Bangla Road di Phuket !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels