Laporan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan IPIC menemui jalan penyelesaian USD6 bilion dan tidak lagi meneruskan pertikaian melalui arbitrasi antarabangsa mengejutkan ramai pihak namun tidak kepada saya.
Saya sentiasa yakin bahawa IPIC adalah pihak yang akan rugi jika arbitrasi itu diteruskan.
Akhbar Singapura, The Straits Times pernah menulis mengenainya:
“Arbitrasi yang tidak kemas dan berpanjangan terhadap pertikaian antara keduanya akan mengheret mereka kepada kegagalan pengurusan entiti milik negara seperti 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC) dimiliki kerajaan Abu Dhabi dan anak syarikatnya, Aabar Investments,” menurut laporan itu.
Tetapi petunjuk lebih ketara ialah petikan berikut:
“Encik Qubaishi, yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan IPIC, ditahan di negara emiriyah itu. Beliau masih lagi tidak didakwa atas sebarang jenayah.”
Baca: Laporan The Straits Times Singapura
Khadem Al Qubaishi adalah Pengarah Urusan IPIC dan turut memegang jawatan Pengerusi Aabar Investments. Sehingga lewat 2015, beliau disenaraikan sebagai warga Arab ke-14 paling berkuasa.
Qubaishi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny, yang turut menjadi sasaran Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi kes sivil penggubahan wang haram, adalah dua individu yang didakwa paling terlibat dalam pertikaian 1MDB dan IPIC.
Dana dari 1MDB telah dimasukkan ke akaun mereka sendiri, tandatangan mereka terdapat di merata perjanjian antara 1MDB dan Aabar dan mereka juga adalah pemilik dan pengarah kepada ‘Aabar’ palsu di British Virgin Islands.
Bukti terhadap mereka sangat ketara.
Sepatutnya, mereka adalah individu yang pertama didakwa atas penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa namun sehingga kini masih lagi tidak didakwa.
Alasannya mudah. Jika mereka didakwa atas jenayah terbabit, ia satu pengakuan kepada perbuatan pegawai tertinggi Abu Dhabi menipu 1MDB dengan syarikat palsu dan resit penerimaan wang tanpa kebenaran. Ia sekaligus bermakna 1MDB akan mudah memenangi arbitrasi itu terhadap IPIC.
Jika Qubashi dan Badawy didapati bersalah ia juga akan mengaibkan kerajaan Abu Dhabi kerana ia boleh diibaratkan seperti jika ia melibatkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah atau PNB kerana memalsukan dokumen bagi membuat penipuan berbilion dari negara lain.
Untuk itu, adalah tidak mengejutkan IPIC bersetuju untuk tidak meneruskan arbitrasi dan mencapai satu persetujuan dengan 1MDB.
Setelah sekian lamanya IPIC tidak mahu mengesahkan 1MDB sudah membayar mereka USD3.5 bilion dan Aabar telah memberi jaminan dua unit dana iaitu yang dinamakan Unit Dana Brazen Sky Cayman dan Dana GIL.
Sekarang, IPIC telah mengakui pembayaran ini telah dibuat dan mereka kini akan bekerjasama dengan 1MDB bagi menyelesaikan pertikaian sebagaimana dilaporkan Bloomberg dan turut diumumkan IPIC:
“Kedua-dua negara ini turut bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang sebelum Disember 2020 di mana pada masa yang sama keduanya akan turut berunding terhadap pertikaian ke atas USD3.5 bilion yang dikaitkan dengan dua bon.”
“Sebagai sebahagian dari penyelesaian ini, 1MDB akan membayar USD2.5 bilion melalui perolehan jualan daripada unit Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd.
Unit dana USD2.5 bilion dimiliki oleh 1MDB.
Untuk mengimbau kembali, 1MDB masih lagi memiliki aset kewangan dalam bentuk unit iaitu:
1. Unit Brazen Sky bernilai US$940 juta.
Ia adalah lebihan dari keuntungan USD2.38 bilion dan modal USD1.8 bilion dalam PetroSaudi di mana USD1.44 bilion sudah ditebus dan digunakan.
Dana ini dijamin oleh syarikat sebenar Aabar PJS (biarpun IPIC sebelum ini mempertikai fakta ini).
Pemindahan awal dari 1MDB kepada PetroSaudi adalah sumber kepada semua dakwaan kononnya Riza Aziz dan Jho Low telah menerima kesemua wang itu. Sekarang, bukan sahaja 1MDB memperolehi semula wang itu, malah akan turut membuat keuntungan sebanyak USD500 juta bagi pelaburan dalam PetroSaudi, dan ia juga bermakna tiada dana dicuri dan kesemua pelaburan yang dibuat PetroSaudi adalah sah, maka tiada jenayah dilakukan.
2. Dana GIL USD1.5 bilion yang dijamin Aabar PJS.
Ini adalah lebihan dari bon GIL USD3 bilion di mana USD1.5 bilion disimpan bagi kegunaan 1MDB.
Jumlah USD1.5 bilion dari dana GIL inilah yang didakwa kononnya dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jika dana ini kini ditebus, ia turut bermakna RM2.6 bilion tidak mungkin dari ‘wang dicuri’ kerana tiada wang hilang atau dicuri.
Nampaknya pemulihan harga minyak dan komoditi baru-baru ini turut membenarkan aset di bawah kedua-dua dana ini untuk pulih dan direalisasikan oleh pengurus dana.
Masih tiada lagi pengumuman dari IPIC / Aabar untuk memghormati jaminannya dan membantu bagi menebus dana ini namun ia adalah satu kemungkinan yang ketara memandangkan IPIC tidak mahu berdepan risiko menanggung aib.
1MDB sentiasa memegang kepada Surat Ikatan Jaminan dari Aabar bagi kedua-dua unit ini yang ditandatangani oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar.
Menggunakan USD2.5 bilion daripada perolehan ini, 1MDB kini boleh membayar semula USD1 bilion yang dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 serta semua faedah bagi bon USD3.5 bilion yang dijamin IPIC.
Kesinambungan kepada Perjanjian Pertukaran Aset USD6 bilion pada Jun 2015.
Keseluruhan pembayaran dan jaminan USD6 bilion dikenalpasti sebagai aset bagi perjanjian pertukaran aset pada Jun 2015 antara 1MDB-IPIC dimeterai berdasarkan kepada fakta berikut:
Bagi memudahkan kefahaman, kita senaraikan komponen terbabit mengikut senarai berikut:
Aset dari 1MDB:
a. USD3.5 bilion deposit tunai yang dibayar kepada Aabar BVI
b. USD1.5 bilion dana GIL (Pengurus Dana diperkenalkan oleh BSI dan dijamin oleh Aabar BVI)
c. USD940 juta unit dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi, dan bukan Aabar BVI, sebagaimana dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara dan laporan PAC).
d. USD3.5 bilion bon prinsipal 1MDB
e. USD1.5 bilion dari faedah bon hadapan apabila tempoh matang pada 2022 bagi bon USD3.5 bilion
f. USD 1 bilion dalam bentuk pendahuluan tunai (yang dibayar kepada 1MDB pada Jun 2015)
Di bawah persetujuan terkini, 1MDB akan dapat menebus semula dana b) USD1.5 bilion dana GIL dan c) USD940 juta unit dana Brazen Sky, mungkin dengan bantuan daripada IPIC berikutan jaminan yang diberikannya.
Jumlah kira-kira USD2.5 bilion ini kemudian akan digunakan oleh 1MDB untuk menyelesaikan dana ‘e’ iaitu faedah bon hadapan 1MDB USD1.5 bilion dan membayar semula IPIC wang tunai pendahuluan USD1 bilion.
Sebagaimana anda boleh lihat, perkara b, c, e dan f akan diselesaikan.
Ia meninggalkan perkara ‘a’ dan ‘d’ untuk diselesaikan.
Lanjutan itu, pertikaian dengan IPIC kini hanya termaktub kepada ‘a’ iaitu aset USD3.5 bilion yang ditegaskan 1MDB, ia sudah dibayar kepada IPIC, namun dinafikan IPIC dan ini menjadi kunci utama pertikaian dalam arbitrasi.
Namun sekarang IPIC akhirnya mengakui terdapat pembayaran seumpama itu dan ia akan bekerjasama dengan 1MDB bagi menyelesaikan pembayaran itu yang kemudiannya akan digunakan 1MDB untuk membayar bon ‘d’ USD3.5 bilion yang dijangka perlu dibayar pada 2022.
Sebab itu IPIC dan 1MDB memberikan tempoh sehingga tahun 2020 bagi menyelesaikannya dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang antara satu sama lain sepanjang tempoh itu.
Persetujuan ini turut bermakna 1MDB tidak melepaskan haknya untuk menyaman IPIC bagi jumlah USD3.5 bilion tetapi hanya boleh berbuat demikian selepas tahun 2020.
1MDB secara ketara melalui perkembangan yang baik untuk mendapatkan semula dana mereka dan membayar hutang. Dan saya lihat penebusan dan penjualan unit dana sebagai langkah kedua terakhir. Adalah diharapkan 1MDB dan IPIC akan mencapai satu langkah terakhir bagi menyelesaikan dana USD3.5 bilion.
Fakta bahawa IPIC akhirnya mengakui terdapat pembayaran USD3.5 bilion dari 1MDB kepada pihak terlibat (berkaitan kerajaan Abu Dhabi) bermakna satu lagi langkah kritikal bagi 1MDB dalam menyelesaikan kontroversi dan tuduhan kononnya terdapat ‘wang dicuri.’
Landasan paling asas kepada tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai 2016 adalah berikutan kepada pengakuan 1MDB bahawa ia telah membayar wang kepada IPIC namun dinafikan, maka timbullah tuduhan wang hilang dan penggubahan wang haram.
Memandangkan IPIC telah mengakui terdapat pembayaran seumpama itu dan tiada wang yang hilang, maka tidak pernah berlaku penggubahan wang haram.
Bagi membaca semula secara terperinci mengapa kesemua ‘wang yang hilang’ itu bukan milik 1MDB dan mengapa saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan siasatan Switzerland akan gagal, baca tulisan saya pada Julai 2016 di capaian berikut:
Ditulis oleh Lim Sian See
MMI kata ramai dari kalangan warga Malaysia yang kurang memahami isu membabitkan 1MDB secara keseluruhannya , tetapi memilih untuk membaca laporan-laporan pendek serta hebahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang ditambah skrip kerana bahan seperti ini tentunya mudah untuk dibaca selain punya tarikan perasa batu api yang begitu popular dikalangan pengamal media khusunya mereka-mereka yang membenci kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.
Menyalurkan bahan-bahan yang ditokok tambah ini kemudiannya mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah mereka-mereka yang termakan dakyah fitnah yang kemudiannya menyebarkan lagi bahan-bahan itu melalui aplikasi media sosial yang kini semakin bercambah.
Tidak cukup dengan itu ada juga dikalangan kita yang begitu obses meletakkan kepercayaan secara membuta-tuli sampaikan apa jua tangkisan fitnah yang dibuat dianggap sebagai satu tindakan terdesak.Langsung tidak lagi boleh menerima dan mahu menilai jawapan-jawapan yang disebarkan kerana terlalu emosi.
Realitinya ramai yang tak faham pun kronologi mahupun perjalanan isu membabitkan 1MDB tetapi memilih untuk menjadi jurucakap menyebarkan dakyah-dakyah sekerat jalan hinggakan Malaysia hampir-hampir menerima musibah apabila pelabur bimbang dengan perkembangan ekonomi negara akibat daripada sikap segelintir orang kita yang menjaja FITNAH.
So dalam hal berkaitan , MMI cuma nak berpesan kalau kita punya 1 batang buluh janganlah dijerit pekik ke seluruh kampung seolah-olah kita sudah mempunyai 1000 batang buluh !
Kesannya berbeza sebab 1000 batang buluh hampir pasti mampu menjadi tumang kepada rakit yang dibina berbeza dengan 1 batang buluh yang belum pasti mampu bertahan kerana di akhirnya nanti yang bakal menjadi mangsa adalah penumpang rakit itu sendiri.
Nilailah ....
MMI
MMI kata ramai dari kalangan warga Malaysia yang kurang memahami isu membabitkan 1MDB secara keseluruhannya , tetapi memilih untuk membaca laporan-laporan pendek serta hebahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang ditambah skrip kerana bahan seperti ini tentunya mudah untuk dibaca selain punya tarikan perasa batu api yang begitu popular dikalangan pengamal media khusunya mereka-mereka yang membenci kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.
Menyalurkan bahan-bahan yang ditokok tambah ini kemudiannya mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah mereka-mereka yang termakan dakyah fitnah yang kemudiannya menyebarkan lagi bahan-bahan itu melalui aplikasi media sosial yang kini semakin bercambah.
Tidak cukup dengan itu ada juga dikalangan kita yang begitu obses meletakkan kepercayaan secara membuta-tuli sampaikan apa jua tangkisan fitnah yang dibuat dianggap sebagai satu tindakan terdesak.Langsung tidak lagi boleh menerima dan mahu menilai jawapan-jawapan yang disebarkan kerana terlalu emosi.
Realitinya ramai yang tak faham pun kronologi mahupun perjalanan isu membabitkan 1MDB tetapi memilih untuk menjadi jurucakap menyebarkan dakyah-dakyah sekerat jalan hinggakan Malaysia hampir-hampir menerima musibah apabila pelabur bimbang dengan perkembangan ekonomi negara akibat daripada sikap segelintir orang kita yang menjaja FITNAH.
So dalam hal berkaitan , MMI cuma nak berpesan kalau kita punya 1 batang buluh janganlah dijerit pekik ke seluruh kampung seolah-olah kita sudah mempunyai 1000 batang buluh !
Kesannya berbeza sebab 1000 batang buluh hampir pasti mampu menjadi tumang kepada rakit yang dibina berbeza dengan 1 batang buluh yang belum pasti mampu bertahan kerana di akhirnya nanti yang bakal menjadi mangsa adalah penumpang rakit itu sendiri.
Nilailah ....
MMI
Kabar baik!!!
ReplyDeleteNama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.
Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com
Email saya: teddyteddy2234@gmail.com