MMI percaya mana-mana pihak sekalipun apabila menjawat satu-satu jawatan , perkara asas dan paling penting adalah AMANAH.Tanpa asas itu nescaya setiap kerja buat akan terselit dengan pelbagai perkara yang menjurus kepada penipuan dan pembohongan.
Merujuk dalam hal membabitkan Rafizi Ramli , walaupun secara zahirnya beliau kini seorang pemimpin politik dan bergiat dalam dunia politik , latar belakang yang diagung-agungkan sebagai seorang akauntan haruslah turut sama perlu dijaga kerana sebarang perlakuan yang menyimpang dari asas itu akan menyebabkan nama baik sendiri tercalar.
Ternyata langkah Rafizi untuk terus bermuka-muka dalam isu membabitkan INVOKE dan KEIP telah membongkar sifat sebenar kaki fitnah ini.
Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor dilaporkan telah menyindir Rafizi Ramli berikutan ketidakcerdikan beliau mendedahkan dokumen aliran bayaran gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal.
Katanya, adalah memalukan apabila mendedahkan kebodohan sendiri tentang gaji kakitangan Invoke yang tidak masuk akal dimana bayaran gaji bulan Oktober telahpun dibuat pada 11 September.
“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menujukkan segala dokumen-dokumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui syarikat KEIP Resources Sdn Bhd), satu dokumen yang ditunjukkan dimana tarikah invoice pada 22 Oktober, malah semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September sangat tidak masuk akal biasanya gaji dibayar pada bulan yang sama ini bulan baru belum masuk lagi tapi gaji dah siap bayar memang hebat Rafizi ini.
“Hebatkan Rafizi ini baru 11 september dah bayar gaji Oktober, dasyat tak kerja seorang akauntan bertauliah,yang buat vaucher Rafizi, disemak Rafizi dan disahkan akauntan yang juga nama Rafizi dan diaudit oleh YB Rafizi Ramli.
“Bagi saya orang ini kalau dia nak menipu dia akan makan diri, menerusi dokumen yang ditunjukkan Rafizi semalam Rafizi mengesahkan dia seorang penipu,” sindir Rizal dalam satu kenyataan hari ini.
Well cuba bayangkan kalau perkara sebegini berlaku di sebelah mereka-mereka yang pro kerajaan BN ?
MMI yakin sampai berbuih mulut puak-puak pembangkang akan menjaja keserata negara , tapi dalam hal Rafizi ni ada ampa nampak mana-mana puak pembangkang komen ????
Tak ada beb ... BISU !!!!
Akhir sekali tindakan Rafizi ni telah mengaibkan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga nama baik para akauntan di seluruh negara.
Akauntan dok buat kerja lagu ni ka ????? MMI tanya ???
MMI
No comments:
Post a Comment