Followers

Monday, 4 September 2017

Perlunya Melayu Bersama UMNO-BN


1.Berhasrat sungguh DAP untuk menang dalam PRU ke-14.  Berbagai perkiraan dan analisis dibuatnya, termasuklah tentang kelebihan dan kekurangan Pakatan Harapan (PH) sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru. 

2.Sekarang lihat pula analisis saya tentang kekuatan DAP.  Pertanyaannya, kuatkah DAP di kawasan Melayu?  Kuatkah DAP di kawasan campuran? Kuatkah DAP di kawasan majoriti Cina?  Untuk menjawabnya, lihat data di bawah.

Tahun PRU Parlimen DUN
1990 20 (57) 45 (87)
1995 9 (50) 11 (103)
1999 10 (47) 11 (89)
2004 12 (44) 15 (106)
2008 28 (47) 73 (102)
2013 38 (51) 93 (103)
*Dalam kurungan ialah bilangan kerusi yang ditandingi

3.Dalam PRU 1990, UMNO berpecah ketika itu.  DAP berpakat dengan S46, PAS, Berjasa dan Hamim, itu pun DAP gagal memenangi kerusi di kawasan campuran.  DAP hanya menang di kawasan majoriti Cina sahaja.

4.Dalam PRU 1999, UMNO berpecah lagi.  DAP berpakat dengan PAS dan Keadilan, itupun DAP cuma memang di beberapa kawasan majoriti Cina.

5.Tetapi dalam PRU 2008 dan 2013, apabila DAP mendapat sokongan Melayu yang banyak hasil kerjasamanya dengan PAS dan PKR, maka kerusi DAP bertambah drastik dengan memenangi masing-masingnya 28 kerusi (12.61%) dan 38 kerusi (17.1%) daripada 222 kerusi parlimen.

6.Kini, setelah PAS tidak lagi bersama dalam PR, DAP resah.  DAP risau partinya tidak kuat lagi.  Justeru itulah DAP mengeluar pelbagai propagandanya untuk memastikan pengundi Melayu dalam PAS kekal bersamanya dalam PH.

7.Sekiranya pengundi Melayu bersama DAP dalam PRU ke-14 nanti, bolehkah DAP menguasai negara ini jika sekadar bertanding 60 kerusi parlimen sahaja?  Boleh sekiranya Melayu tidak bersatu.  Ini kerana kita mempunyai kawasan campuran yang banyak, khususnya di Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.  Seperti kata pemimpin DAP, berlakunya peralihan undi 10-15% pengundi Melayu sudah mencukupi bagi mereka untuk menguasai Putrajaya. 

8.Boleh kerana DAP menggunakan rakannya dalam PH seperti PAN, PKR dan PPBM untuk mendapatkan undi orang Melayu.  Sekiranya orang Melayu memberi sokongan kepada PH, maka ada beberapa kawasan campuran yang DAP dan parti gabungannya berpotensi untuk menang. 

9.Oleh itu, elaklah dari berpolitik menggunakan emosi.  Fikirlah tentang masa depan negara kita sebelum tertarik untuk mengalih sokongan kepada PH. Politik BN membuat jasa budi, bertolak ansur antara kaum, dan telah terbukti berjaya membangunkan negara.Kita semua ada tanggungjawab untuk negara.


No comments:

Post a Comment

Labels