Berlaku perang mulut antara Lim Kit Siang (DAP) dengan pemimpin PAS apabila si bapak Guan Eng ni tiba-tiba mengingatkan PAS bakal hilang semua kerusi di Johor.
Entah apa yang difikirkan oleh Kit Siang ni dan kenapa yang dia kalut sangat bab di Johor tu ?
Bukan ka Kit Siang dah tukar kawasan nun sampai ke sebelah utara sana nooo .... Pulau Pinang yang dalam keadaan kucar kacir dan kelam kabut akibat anak dia sendiri pun tak terjaga sampai bapak sendiri pun kena turun cover ! Cehh apa hal la puak-puak nih !
Bimbang ke Kit Siang ?
PAS kemudiannya membalas dakwaan Kit Siang apabila yakin DAP akan kecundang di Pulau Pinang pada PRU14.
Ketua Dewan Ulama parti Islam, Datuk Khairuddin Aman Razali mendakwa perkara itu tercetus susulan ketiadaan PAS bersama Pakatan Harapan.
“Hakikatnya DAP akan kecundang pada PRU-14 di Pulau Pinang tanpa sokongan kami.
“Manakala PAS akan terus membina sokongan orang Islam di seluruh negara dalam keadaan jentera bersiap sedia dengan permuafakatan dalaman yang padu,” katanya.
Semalam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata PAS akan menjadi mangsa pertembungan tiga penjuru dan mendakwa parti Islam itu tidak akan memenangi sebarang kerusi di Dewan Negeri Johor
Bagaimanapun, Khairuddin berkata parti Islam itu sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan PAS lebih konsisten berbanding pembangkang lain.
“Semua orang boleh buat andaian sebagai satu bentuk perang saraf pilihanraya. Kenyataan Kit Siang itu adalah sebahagian dakyah pilihanraya.
“Sedang semua parti lain sedang bergelut dalaman dan berpecah-belah ketika di ambang pru ke 14. DAP sendiri sedang bergolak dalaman mereka dengan isu pemilihan parti yang masih menjadi isu,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Ampa pakat-pakat bertujai lah .. Sana kata sini , sini kata sana , hasil yang selama ni ampa buat apa dia ?
RUU355 pun DAP tolak bro ... berkawan la lagi !!!!
MMI
No comments:
Post a Comment