Followers

Sunday 17 September 2017

Pesta Arak Apa Komen Tun Mahathir ??


Susulan pembatalan ‘Better Beer Festival 2017’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dirancangkan bakal berlangsung pada hujung minggu ini di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, sekumpulan Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan bersama membantah tindakan yang telah diambil DBKL.

YB Tan Kok Wai, YB Fong Kui Lun, YB Teresa Kok, YB Datuk Dr Tan Kee Keong dan YB Lim Lip Eng kesal kerana DBKL berlagak jadi jaguh agama dan mencadangkan agar Menteri Wilayah Persekutuan supaya mengarahkan DBKL supaya menarik balik penolakkan permohonan ‘pesta arak’ tersebut.


“DBKL perlu sedar bahawa ia memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Ia juga berperanan menggalakkan pelancongan negara kerana Kuala Lumpur ialah ibukota Malaysia.”

Mereka juga mahu Menteri Pelancongan menyelesaikan isu ini kerana menganggap pembatalan acara tersebut bakal menjejaskan industri pelancongan Malaysia.

“Ramai pelancong asing akan takut datang ke negara ini kerana kerajaan Malaysia dianggap sama dengan rejim yang tidak membenarkan kebebasan.”

Kenyataan tersebut juga memetik jaminan Perdana Menteri pada satu majlis yang memberi jaminan hak kaum Cina akan dipertahankan.

Ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR tersebut juga meminta Menteri Wilayah Persekutuan mengarahkan DBKL untuk menarik balik penolakan permohonan acara tersebut. - Menara

Berikut adalah komentar netizen terhadap isu di atas yang MMI ambil dari blog menara ...


Merujuk kepada komen netizen tu MMI tertarik dengan isu seperti penolakan terhadap RUU355 , bila hal bersangkut dengan kepentingan orang Islam puak-puak ni buat apa ?????

Akhir kalam MMI cuma tertunggu-tunggu apa reaksi dan komen daripada Tun Mahathir sahabat DAP ni tentang tuntutan wakil-wakil parti DAP dan PKR tu !

Bukan apa sebagai rakyat kita nak dengar juga apa ulasan beliau maklumlah isu ni sensitif jadi buatlah kenyataan sikit !

MMI

1 comment:

  1. kalau pakatan menang esok buatlah parti beer sebesar2nya.. setiap mlm pun takpa.. org yg mengundi mrk pun blh join sama sbb kalau tak join rugi dosanya sama je..

    ReplyDelete

Labels