Isu perobohan rumah bekas pegawai masjid di Selangor walaupun mendapat pelbagai pandangan sebenarnya ia harus menjadi batu asas kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sedar bahawa inilah realitinya dasar pentadbiran kerajaan di bawah pembangkang yang saban waktu mengaku sebagai maksum.
Percaya atau tidak , sudah pasti mereka-mereka yang telah menjadi mangsa faham dan sedar betapa tindakan yang diambil terhadap mereka hadir tanpa sebarang budi bicara apatah lagi kesungguhan pihak yang mengaku PEDULI RAKYAT dan BERJIWA RAKYAT !
Tidak ada bezanya kerajaan-kerajaan negeri ini (yang berada di bawah pembangkang) kerana mereka lebih banyak bersandiwara.
MMI dalam artikel sebelum ini dah jelaskan panjang lebar betapa perobohan di Selangor itu telah memperlihatkan kepada kita betapa dasar dan pimpinan Pakatan Haprak tidak jauh bezanya.Walaupun yang membezakan pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang adalah parti , tetapi dalam satu sudut ianya mengamalkan polisi yang hampir serupa.
Tidak ada PEDULI RAKYAT kerana Azmin selaku Menteri Besar Selangor langsung tidak punya KUASA untuk menghalang kerja-kerja perobohan tersebut !
Jika ada sekalipun ianya dilihat secara sambil lewa dengan hanya mengarahkan pihak-pihak lain untuk membuat kerja-kerja susulan walaupun rungutan dan suara masyarakat dan pihak terlibat telah disampaikan kepada Menteri Besar pada 2016 lagi. Seterusnya
Jika benar Azmin adalah seorang pemimpin yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat dan mendengar suara hati rakyat , maka sudah pastilah beliau dengan keupayaan selaku Menteri Besar boleh mengarahkan supaya tindakan meroboh dihentikan.
Dengan budi bicara seorang Menteri Besar , MMI yakin dan percaya perkara seumpama ini mampu diselesaikan kerana ia hanya melibatkan beberapa individu sahaja.
Bayangkan jika masalah beberapa individu ini pun tidak mampu ditangani oleh Azmin selaku Menteri Besar , apakah warga Selangor yakin sekiranya berlaku lagi insiden yang sama dan melibatkan sekumpulan besar masyarakat seperti mana yang sering berlaku di Pulau Pinang , boleh ditangani dengan baik oleh pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali ??
Dan lebih mengejutkan lagi , tindakan di Selangor itu didedahkan oleh mereka yang terlibat sebagai hasil daripada RESTU Menteri Besar Selangor !
Buktinya ... Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Mohd Ismath berkata sebelum dia ditahan, dia terpaksa berhadapan dengan jentera Kerajaan Negeri Selangor dan FRU Polis Diraja Malaysia.
“Jika anda dapat merasa betapa kerasnya kayu cota.
“Ini hanya berlaku di zaman Kerajaan BN memerintah. Namun hari ini, didepan kami, pegawai KERAJAAN NEGERI, PEJABAT TANAH DAN MBSA serta FRU PDRM menunjukkan bukti kerajaan Azmin Ali arah terus roboh walau proses mahkamah masih berjalan,” tulis Khalid di laman Facebooknya.
Malah beliau terus mengutuk pentadbiran Azmin dan kerajaan negeri Selangor melalui akaun twitternya.
Dalam satu komentar di akaun facebook bernama Zakiyamani Yamani turut menjelaskan sesuatu.
“Aku nak ucapkan tahniah kepada Khalid Mohd Ismath menjadi perjuang dan benteng rakyat yang dizalimi ….
“Apa yang aku faham di dalam kenyataan Khalid Ismath, Rara (Syefura Othman) dari DAP yang langsung tidak sensetif dengan nasib mangsa perobohan dan kezaliman kerajaan Selangor di bawah PH …
“Dari tweet Khalid jugak ada mengatakan Kerajaan Selangor mengarahlan polis bertindak dan memukul pendemo sehinggakan ada yang berdarah …..
“Sadis Pemimpin PAN menjadi bacul langsung tidak bersuara, terutama Mat Sabu , Salahuddin dan Khalid Samad , di mana mereka-mereka ini ketika ahli mereka sendiri dizalimi ??’
“PH Selangor Kejam !!,”katanya.
Apabila mengikuti perkembangan isu perobohan ini , MMI terpanggil untuk menyatakan bahawa sebagai rakyat kita perlu bingkas bangun dan segera sedar supaya permainan politik jual beli ini boleh dinilai dengan sebaik-baiknya.
Mana-mana pihak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa jua , malah tindakan kerajaan Selangor yang hanya menyediakan penempatan sementara kepada mangsa setelah perobohan dilakukan perlulah dilihat dalam konteks yang lebih rasional.
Apakah tindakan itu kerana Azmin benar-benar mengambil kisah atau ianya sekadar mahu menyelesai dan menutup isu yang sebenarnya sudah menelanjangkan mereka-mereka yang asyik berpolitik ?
MMI
No comments:
Post a Comment