Followers

Sunday, 8 October 2017

Cabaran Sudah Di Lontar Kenapa Rafizi & Tony Pua BISU ?


Kalau asyik membebel dan membuat tuduhan tanpa bukti , rasanya bolehlah kita anggap ianya sebahagian daripada permainan politik untuk mengangkat diri selain daripada memanipulasi isu supaya rakyat di akar umbi terpukau seterusnya memusuhi parti UMNO mahupun kerajaan Barisan Nasional.

Kalau MMI silap perbetulkan , sebab melihat kepada tindakan Rafizi contohnya beliau sebenarnya sudah hilang arah dan lebih banyak bermain dengan emosi sendiri apabila kehadirannya dalam kancah politik negara semakin tidak menentu.

Dalam kenyataan terbaru yang dibuat melalui "facebook" juga kalau kita amati , Rafizi lebih banyak menyumpah dan menyindir sehingga memperbodohkan dirinya sendiri.

Memang Bodoh ! Bodoh ! Bodoh ! Bodoh dan Bodoh !

Apakah ini sebenarnya imej dan kredibiliti seorang pemimpin yang mengaku begitu hebat dalam soal politik sehingga kononnya mempunyai begitu banyak maklumat tentang kesongsangan kerajaan BN di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri ? 

Jika ada sekalipun Rafizi rasanya sudah terbalam dengan pelbagai cerita fitnahnya yang kini sudah mula diperkatakan oleh banyak pihak.


Oleh kerana itulah apabila terlalu banyak membuat bising akhirnya Rafizi telah dicabar untuk berdebat dan seharusnya cabaran itu diterima memandangkan di pentas inilah Rafizi mampu untuk sekurang-kurangnya membersihkan dirinya dengan BUKTI terhadap semua dakwaannya.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya , cabaran itu begitu menggerunkan sekali sehingga ianya langsung tidak bersahut !

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To memberi tiga hari kepada Rafizi Ramli untuk memujuk Tony Pua berdebat isu Projek Terowong Dasar Laut bernilai RM6.34 bilion.

Beliau juga mencadangkan Rafizi menggunakan INVOKE menganjurkan debat terbuka itu antara mereka bertiga.

Sekiranya Tony Pua masih lagi enggan berdebat,  Eric See-To mencabar Rafizi pula untuk berdebat dengannya isu berkaitan GST, MRT, Industri penerbangan dan pelaburan Tabung Haji yang sering diputarbelit oleh Naib Presiden PKR yang dikenali jolokan “pakar segala pakar” itu.

“Nampaknya Tony Pua dan Rafizi hanya berani ‘berkokok’ di luar gelanggang tetapi tidak berani ‘masuk gelanggang’.

“Mereka cepat memanggil orang lain pengecut bila enggan berdebat selepas dicabar tapi sebenarnya merekalah pengecut sebenarnya”, ujar beliau.

Tegasnya lagi alasan Tony Pua kononnya beliau tidak layak berdebat dengannya kerana ‘nobody” mencerminkan sikap penakut dan keanak-anakan MP Petaling Jaya Utara itu.

“Jika dia takut berdepan seorang diri, Tony Pua boleh bergandingan dengan  Rafizi”, katanya.

Cabaran debat 2 lawan 1 itu sebenarnya satu sindiran dan penghinaan besar kepada Rafizi dan Tony Pua yang selama ini dianggap bijak dan berkarisma tetapi sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.

Amat MEMALUKAN sekali dan sikap membisu itu jelas memperlihatkan kepada kita betapa puak-puak ini hanya kencang di pentas sendiri tetapi DAYUS untuk berdepan REALITI !

Bodoh ! Bodoh ! Bodoh ! Bodoh !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels