Followers

Friday, 6 October 2017

Roboh Rumah Pegawai Masjid , Apa Beza Azmin Dengan Guan Eng ?


Beginilah nasib sebahagian daripada orang kita , terpaksa menempuh keadaan yang hampir pasti menjadi satu beban yang mampu menjatuhkan air mata bagi sesiapa jua yang berada dalam keadaan yang sama.

Isu perobohan premis dan kediaman di bumi milik orang Melayu ini rasanya sudah menjadi perkara biasa kerana insiden serupa yang telah berlaku berulang kali khususnya di Pulau Pinang.Bagi warga Pulau Mutiara , kejadian sebegini sudah menjadi asam garam kerana dasar "double standard" pentadbiran kerajaan negerinya yang diterajui oleh DAP.

Dah banyak laporan dikeluarkan dan banyak pihak telah dan sentiasa berusaha untuk sekurang-kurangnya apabila tindakan sebegitu dilakukan , ianya perlulah melalui proses kebertanggungjawaban pihak kerajaan negeri dengan prosedur yang memerlukan satu-satu kerajaan negeri campur tangan bagi menyelesaikan permasalahan yang perlu ditanggung oleh rakyat.

Pada ketika ini , tidak ada prosedur yang boleh menyelamatkan mangsa daripada terus ditekan oleh mana-mana pihak sama ada pemilik tanah mahupun syarikat-syarikat yang memiliki hak ke atas tanah-tanah terbabit.

Selain daripada itu kerajaan negeri juga boleh dengan sewenang-wenangnya bersikap lepas tangan atau mereka hanya akan bertindak selepas sesuatu kerja-kerja perobohan berlaku seperti mana yang telah berlaku dalam isu perobahan rumah pegawai masjid di Selangor.

Bukankah lebih baik sekiranya ada prosedur atau undang-undang tertentu yang mengarahkan supaya setiap kerajaan negeri yang berdepan dengan isu pemilihan tanah seperti ini , CONTOHNYA perlulah merujuk kepada peraturan-peraturan tertentu misalnya bagi mana-mana pihak yang telah menduduki satu-satu kawasan tanpa kebenaran selepas lebih dari 10 tahun misalnya maka kerajaan negeri perlulah terlebih dahulu menyediakan pelan tindakan atau menyediakan rumah bagi tujuan perpindahan sebelum kerja-kerja perobohan dilakukan.

MMI rasa sebagai kerajaan negeri , tindakan sebegitu wajar kerana disinilah KEBERTANGGUNGJAWABAN kerajaan negeri dinilai bukan dengan hanya bercakap sahaja tetapi tindakan tidak jelas dan ianya boleh dipusing-pusing mengikut kesesuaian semasa dan politik.

Bukan bermaksud untuk membela mereka-mereka yang jelas tidak punya hak dari segi undang-undang tetapi mengambil kira laungan dan lalakan kerajaan negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor kerana asyik mengulangi ungkapan kononnya mereka begitu BERJIWA RAKYAT dan PEDULI RAKYAT !

Jadi kenapa isu sebegini masih lagi berlaku ?

Perobohan di Selangor itu jelas sama sekali memperlihatkan kepada kita betapa dasar dan pimpinan Pakatan Haprak tidak jauh bezanya.Walaupun yang membezakan pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang adalah parti , tetapi dalam satu sudut ianya mengamalkan polisi yang hampir serupa.

Tidak ada PEDULI RAKYAT kerana Azmin selaku Menteri Besar Selangor langsung tidak punya KUASA untuk menghalang kerja-kerja perobohan tersebut ! 

Jika ada sekalipun ianya dilihat secara sambil lewa dengan hanya mengarahkan pihak-pihak lain untuk membuat kerja-kerja susulan walaupun rungutan dan suara masyarakat dan pihak terlibat telah disampaikan kepada Menteri Besar pada 2016 lagi.

Kehadiran pimpinan dari Pakatan Haprak sekalipun (lihat gambar atas) tidak mampu untuk mengejutkan Azmin dari mimpi cengkaman DAP !

Yang kita nampak , Azmin selaku Menteri Besar Selangor begitu cepat memberikan reaksinya terhadap tuntutan pimpinan DAP yang begitu mahukan supaya PESTA ARAK dianjurkan di negeri tersebut.

Kelulusan bagi penganjuran itu tidak perlu menanti tempoh yang lama kerana Azmin tidak mampu untuk menolak tuntutan dan desakan daripada puak-puak DAP walaupun beliau punya KUASA selaku Menteri Besar.

Soalnya Azmin PEDULIKAN siapa ? DAP atau orang Melayu yang sedang tertekan dengan tindakan sebegitu ?

Azmin + Guan Eng = DAP

MMI

1 comment:

  1. apa apa pun tahniah ler kepada melayu BAHALOL yg undi dua ekor setan ni dulu....NEXT PRU undi lagi la yer...??

    ReplyDelete

Labels