Followers

Wednesday, 8 November 2017

Bantuan Banjir DAP STYLE - Nasi Bungkus Tangkap Gambar Selesai !


Tidak bersedia dan tidak punya pengalaman adalah penyebab kenapa pemimpin DAP di Pulau Pinang kena maki dengan penduduk yang benar-benar terkesan akibat kelalaian kerajaan negeri menyelesaikan masalah banjir.

Pemimpin dalam parti DAP yang sebelumnya mengaku mampu untuk menyelesaikan masalah banjir hanya dalam tempoh dan jangka masa tak lebih dari 9 bulan akhirnya terdiam dan kaku akibat sikap mereka yang suka mengangkat diri dan berbohong untuk kepentingan politik.

Ikuti insiden di Jalan P.Ramlee apabila wakil penduduk (Sofian) bangkit berdepan dengan Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang.

DAP telah memperlekehkan mangsa banjir di Pulau Pinang seumpama bernilai sebungkus nasi, dakwa seorang penduduk yang terlibat dalam kejadian itu, Sofian Mohd Zain. 

Sofian berkata begitu sebagai membidas layanan ADUN DAP Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dan pembantunya, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terhadap mangsa banjir di Jalan P Ramlee, Pulau Pinang.

“Banjir yang menyebabkan bencana, dia (Jagdeep) tidak ambil tindakan. Inikah tanggungjawab YB (Jagdeep) yang kita lantik.

“Ketika rakyat menghadapi bencana (banjir), dia datang dengan kuasa yang dia tidak bawa dan dia tidak ambil sebarang tindakan.

“Saya dari 4 hb sampai sekarang berada di sini, mana YB..mana JKKK..dia melayan masyarakat setempat hanya dengan bantuan nasi bungkus

“Standard YB DAP hanya melayan penduduk kampung dengan nasi bungkus sahaja. Yang lain-lain tidak ada..,katanya.

Walau bagaimana pun, Sofian menjelaskan ‘bantuan nasi bungkus’ yang disumbangkan YB DAP itu bukan untuk membantu mangsa banjir, sebaliknya untuk mendapatkan publisiti semata-mata.

“Semasa saya berada dalam masjid (Rawana) bersama kawan-kawan, datang beberapa penduduk kampung mengatakan JKKK tidak mahu memberi nasi (bungkus). Nasi ada, tetapi tidak mahu diedarkan kepada penduduk kampung (mangsa banjir)

“Saya tanya, nasi itu ada di mana, mereka beritahu ada di tepi masjid (Rawana) bersama dengan JKKK.

“Saya pun pergi bertanya kepada JKKK sebab apa tidak mahu edarkan nasi sedangkan banjir berlaku pada pukul 12 malam, sekarang kita sudah 12 tengahari, dah 12 jam, penduduk tak makan..

“JKKK kata arahan daripada Pengerusi JKKK bahawa nasi tidak boleh diedarkan selagi YB Jagdeep Singh tidak datang.

“Saya tunggu..datang Pengerusi JKKK bersama YB Jagdeep, mereka tangkap gambar dulu..selepas tangkap gambar barulah nasi diedarkan kepada penduduk di kawasan itu,”katanya.

Bersempena dengan kehadiran Jagdeep, Sofian berkata dia telah meminta tolong YB DAP bertaraf exco itu untuk menggunakan kuasanya mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menghantar sebuah lori tangki air untuk mencuci masjid Rawana yang kotor akibat banjir.

“Saya minta tolong kepada YB, kebetulan kita sedang cuci masjid..Saya minta tolong kepada YB guna kuasa dia sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk telefon MBPP minta bantuan lori tangki sembur air…

“Apa yang Jagdeep Sigh kata, dia bagitau ‘saya tak ada kuasa untuk panggil MBPP ambil tindakan cuci masjid’

“Saya kata kepada YB, kalau awak tiada kuasa (panggil MBPP) awak boleh minta bantuan jabatan bomba yang berada di hadapan ini. Awak boleh berjalan (masuk pejabat bomba) sebagai YB, Exco Pulau Pinang, ini kawasan awak, berunding dengan pihak bomba, minta mereka datang untuk sembur air (ke dalam masjid)

“Ini bukan kerja susah. Bukan kita sebagai rakyat kena buat. Kalau rakyat kena buat, lebih baik kita tak payah lantik awak sebagai YB..Awak dapat berapa gaji ? Puluhan ribu sebulan,”katanya.

No comments:

Post a Comment

Labels