Pasti ada yang bertanya kenapa MMI letak gambar Mahathir sekali sebab tajuk kat atas tu lebih menjurus kepada soal Dinasti Lim.Sebelum mengulas lebih lanjut, MMI nak ingatkan bahawa kita jangan sesekali lupa betapa kehadiran Mahathir bersama-sama dengan DAP sudah pun mencetuskan kontroversi akibat daripada penolakan oleh ahli-ahli DAP di akar umbi.
Sejarah sudah tercatat keakraban dan hubungan mesra antara Mahathir dan pemimpin DAP itu sudah dilabel oleh ahli parti DAP sebagai ULAR dan BAPA AYAM !
Wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind dalam ucapannya kepada perwakilan parti itu sebelum ini menggesa parti supaya menjarakkan diri daripada Dr Mahathir, yang diumpamakan seperti ular dan bapa ayam.
Shamser turut mengemukakan 3 peristiwa sebagai bukti untuk mengukuhkan dakwaannya bahawa pemimpin dan ahli DAP mencemuh kerjasama dengan Mahathir.
Pada 11 Ogos, pengarah pendidikan politik Pemuda Sosialis DAP Chiong Yoke Kong menggelar PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebagai klon Umno dan parti baharu yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan ‘Selamatkan Malaysia’.
Pada 19 April tahun lepas (2015), Ahli Parlimen Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh) dilaporkan berkata kerjasama dengan Dr Mahathir mengundang bencana.
Tambahan pula, Shamser mendakwa selepas ucapan beliau di konvensyen tahunan DAP negeri, beberapa ahli veteran menemui beliau dan berjabat tangan, menandakan mereka menyokong kenyataan beliau. rujukan
Jadi tak salah kalau MMI katakan Mahathir juga adalah antara penyumbang kenapa DAP pada hari ini terhukum !
Dalam masa yang sama kemerosotan kehadiran perwakilan ke pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini memberi gambaran penolakan ahli terhadap kepimpinan Dinasti Lim serta kepercayaan kepada parti berkenaan.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, mesej yang amat jelas apabila akar umbi cuba menunjukkan tanda protes kerana tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Dinasti Lim dan juga kepada parti itu secara keseluruhannya.
“Bagaimanapun, keputusan pemilihan itu juga memberi gambaran jelas bahawa Dinasti Lim masih terus berkuasa dalam DAP dan tiada apa yang berubah. Hampir semuanya muka lama dan tiada perubahan besar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas tentang kemerosotan kehadiran perwakilan iaitu 1,356 atau 53.94 peratus berbanding 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula CEC parti itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), dekat sini.
Jumlah tersebut diumumkan oleh wakil firma perunding Grant Thornton yang turut memaklumkan kemerosotan kehadiran yang tinggi berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan CEC DAP pada 2013.
Perwakilan yang layak mengundi dalam CEC kali ini juga berkurangan daripada 2,576 kepada 2,514 berikutan seramai 62 perwakilan tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia atau diisytiharkan muflis.
Menurut pengumuman itu, calon yang bertanding dalam pemilihan semula CEC pada tahun ini turut menurun daripada 68 calon kepada 62 calon.
Sementara itu, bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi, Seremban, David Dass berkata, kemerosotan kehadiran jelas menunjukkan ahli DAP sudah bosan dengan kepemimpinan parti itu.
Jika lihat pemilihan CEC 2012 katanya, lebih 2,000 perwakilan hadir dan pada pemilihan semula 2013 jumlahnya merosot kepada lebih kurang 1,700 orang tetapi hari ini terus menurun kepada 1,356.
“Apakah maksudnya? Ini maksudnya akar umbi tidak puas hati dengan pentadbiran Lim Guan Eng serta barisan kepimpinan beliau. Itu sebabnya,” ujarnya.
Presiden Parti Alternatif Rakyat yang juga bekas ahli DAP, Zulkifli Mohd. Nor pula memberitahu, pemilihan CEC hanya sekadar wayang melengkapkan syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana calon yang dipilih sudah dirancang.
“Mereka menyediakan ‘menu pilihan’ kepada semua pengundi untuk memilih pemimpin dan ini berlaku sejak saya berada di dalam DAP,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, kegagalan perwakilan yang majoritinya kaum Cina menghadiri CEC menunjukkan liabiti sokongan terhadap DAP dan ini tidak pernah diramalkan parti sejak penubuhannya.
“Pemilihan Zairil Khir Johari hanya sebagai sandiwara untuk mengaburi masyarakat sedangkan individu itu bukan Melayu tulen,” ujarnya. - utusan online
So ianya jelas DAP sudah mula hilang sokongan dan sudah ada desas-desus mengatakan kumpulan ini bakal melakukan sesuatu pada PRU14 nanti.
MMI
No comments:
Post a Comment