MMI masih lagi mahu mengolah soal pemilihan CEC DAP sebab parti cauvinis ini banyak sangat bercakap dan puak-puak Melayu yang bersama parti ini pula masih lagi berbangga kononnya DAP adalah platform terbaik untuk berpolitik.
Sudah semestinya kalau kita menyebut Melayu DAP pandangan seluruh rakyat akan terarah kepada nama-nama yang sering muncul di media seperti Dyana dan Rara.
Kalau kita perhatikan kedua-dua mereka sememangnya begitu cintakan parti DAP dan salah seorangnya pernah sewaktu menyerahkan borang keahlian seumur hidup bercita-cita untuk menghapuskan status bumiputera.
Maksudnya kehadiran itu berpaksikan kepada urusan untuk meleburkan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi pegangan semua pihak kecuali puak-puak pembangkang yang semakin hilang adab dan tamadun itu.
Jadi ianya jelas sekali usaha dan keinginan mereka itu lebih merujuk kepada penentangan terhadap Perlembagan Persekutuan itu sendiri.
Menentang Perlembagaan Persekutuan bolehlah kita samakan dengan penentangan terhadap negara dan kepimpinannya.Dalam konteks ini barangkali kita boleh samakan dengan penentangan terhadap Yang Di Pertuan Agung.
So apa hukumannya ???
Kalau kita balik kepada peristiwa sebelum-sebelum ini contohnya kempen mereka dalam mana-mana PRK kita pasti akan melihat bagaimana jumudnya prinsip politik yang dibawa kerana mereka seolah-olah memberikan harapan terhadap orang Melayu dan Islam walaupun realitinya pegangan dan prinsip mereka berada sebaris dengan perjuangan parti cauvinis DAP yang menolak sama sekali kedudukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apakah Dyana benar-benar berpegang kepada prinsip perjuangan Islam yang kini dipertahankan oleh UMNO dan rakan-rakan politiknya ?
Apakah Rara benar-benar seorang pemimpin anak muda yang faham dan menerima hakikat bahawa bangsa Melayu dan agama Islam itu adalah 2 perkara utama yang jelas tidak boleh digangu-gugat oleh mana-mana pihak ?
Dan kalau benarlah kedua-dua wanita sekular ini mewakili bangsa Melayu dalam parti DAP yang kononnya adalah parti 'multiracial' kenapa tidak kedua-duanya diangkat oleh pimpinan cauvinis DAP untuk berada dalam jawatankuasa CEC ?
MMI tertarik dengan artikel yang disiarkan oleh BNBBC bertajuk Tercari-cari Dyana Sofya dan Rara dalam CEC DAP
Pemilihan semula jawatankuasa CEC yang mengekalkan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng bukannya satu kejayaan kepada DAP.
Apatah lagi hanya 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 perwakilan sahaja yang hadir sekaligus memberi gambaran penentangan terbuka terhadap Dinasti Lim.
Bakinya 1,356 perwakilan tidak hadir sekaligus hampir separuh dewan pemilihan dipenuhi kerusi kosong.
Isu lain adalah apabila hanya Zairil Khir Johari calon yang dipertikai status Melayu menang. Itulah dalam senarai tercorot ahli CEC.
Tujuh lagi calon Melayu seperti ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan bekas senator Dr Ariffin Omar serta Ahmad Ton tewas.
Ternyata, orang Melayu tidak punya tempat terbaik di dalam DAP walaupun parti itu sering melaung-laungkan turut memperjuangan nasib orang Melayu.
Peliknya tidak calon wanita Melayu yang bertanding sedangkan DAP ada Dyana Sofya Mohd Daud dan Syefura Osman atau Rara.
Rara pernah memberitahu media, DAP bukan parti Cina dan ada peluang cerah dengan menyertai parti tersebut.
“Saya rasa DAP lebih terbuka dan stabil berbanding PKR dan PAS, kerana itu saya memilih parti ini, kalau parti yang lain nampak masalahnya namun tidak pada DAP.
“DAP juga banyak memberi peluang, kalau ramai-ramai Melayu masuk DAP mereka akan diberi peluang bersuara dan melontarkan pendapat. Jadi orang kita akan nampak sebenarnya parti ini tidak hanya terlalu fokus kepada kaum Cina saja,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Malangnya baik Rara atau Dyana Sofya, kedua-dua mereka tidak bertanding pada CEC kali ini.
Pelik, menjadi bintang di dalam DAP tetapi kedua-dua mereka tidak diberikan sinar kecuali Dyana Sofya yang tewas pada PRK Teluk Intan.
Kenapa Dyana Sofya yang berkhidmat dengan Kit Siang dan heboh berkepit dengan Zairil tidak bertanding- atau tidak dibenarkan bertanding?
Adakah Kit Siang khuatir ‘bintang filem Melayu’ parti itu akan dikalahkan sekaligus akan menconteng arang di mukanya?
Hanya mereka yang tahu sebabnya tetapi yang jelas apa yang dikatakan Rara mengenai DAP mengenai peluang orang Melayu di dalam parti itu, hanya indah khabar dari rupa.
Mungkin sebab itu juga, bekas pensyarah dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim tidak bertanding.
Jangan pula kedua-dua mereka bagi alasan baharu sahaja menyertai DAP dan pemilihan CEC itu hanya menggantikan pemilihan 2012.
MMI kata apa yang berlaku sudah mengesahkan kepada kita bahawa kedua-duanya adalah MACAI belaan DAP yang dipergunakan untuk kepentingan agenda politik parti cauvinis tersebut.
Tak lebih dari tu pun ...Dan MMI ada terdegar bunyi-bunyi yang kata tak dibenarkan bertanding takut sebab ramai yang marah dengan sikap suka berpeluk dan bercium dengan suami orang.
Apa yang Dyana dan Rara boleh buat ? Tangan terikat bro ....
MACAI !!!!!
MMI
No comments:
Post a Comment