MMI tak pasti bagaimana bermulanya kesilapan dalam isu "Slow Leaner" yang telah mendapat reaksi pelbagai pihak sehinggakan ada dikalangan penggerak parti UMNO sendiri pun semacam kecewa dengan ungkapan sedemikian.
Namun sesuatu yang pasti ramai dari kalangan kita yang sebenarnya turut sama menyumbang kepada sama ada kesilapan mahupun kelemahan tertentu sehingga isu tersebut tular di media sosial.Soalnya sedarkah kita bahawa yang menjadikan berita tersebut tular adalah kerana sikap kita sendiri yang suka menyebarkan berita-berita yang hanya berdasarkan kepada laporan sebelah pihak.
Sedangkan bagi mana-mana pihak yang terlibat dalam parti UMNO dan Barisan Nasional khususnya kita sebenarnya punya akses yang lebih baik dengan mendapatkan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.
Ya memang akan memakan sedikit masa tetapi sukar sangatkah untuk kita menunggu daripada terus menjadi hulubalang siber yang tidak sabar-sabar untuk menyebarkan berita yang jelas mampu mengguris hati pihak-pihak tertentu ?
Ada rungutan kononnya pembangkang sudah pun menjadikan isu tersebut sebagai peluru untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional, bagi MMI pedulikan mereka kerana peluru seharusnya dibayar dengan peluru bukan dengan turut sama menjadi pembangkang yang membangkang dan membantu menyebarkan maklumat tersebut.
Malah pembangkang memang bersikap sebegitu makanya kenapa kita harus terkinja-kinja mengikut amalan politik mereka ?
Ada beza sebenarnya dan dalam tempoh tak sampai sehari pun isu tersebut sudah mula mendapat reaksi pihak-pihak pro kerajaan dan ulasan demi ulasan sudah pun diberikan cuma mungkin sikap orang-orang kita sendiri yang lebih suka membaca berita-berita yang disediakan oleh pembangkang.
Malahan Tengku Nan sendiri kemudiannya turut sama tampil menjelaskan situasi sebenar dan telah pun menjelaskan isu yang tular tersebut kepada pihak UiTM sendiri.
Soalnya kenapa ada dikalangan kita yang begitu terburu-buru menyebar dan menyalahkan Tengku Nan kononnya tindakan sebegitu akan menyebabkan parti UMNO dan kerajaan terkesan ?
Malah isu tersebut kini sudah pun dianggap selesai apabila pihak UiTM sendiri menyifatkan ada pihak tertentu yang memutar belitkan fakta serta cuba untuk meraih kepentingan politik. Baca SINI
Sebagai orang Melayu khususnya kita sewajarnya perlu sekali sekala menoleh kebelakang untuk sekurang-kurangnya mengenali asal usul kita.
Melayu dulunya bukanlah sehebat Melayu pada hari ini, kalau kita merujuk kepada keperluan dan kehendak sekalipun jurangnya amat berbeza sekali.Malahan orang-orang Melayu dulu ada yang tidak bersekolah dan ianya adalah satu perkara biasa bagi masyarakat Melayu kerana kekangan ekonomi, mentaliti masyarakat dan lain-lain.
Dan kalau kita melihat kumpulan orang-orang Melayu yang mampu bersekolah dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading (pada ketika dulu) bilangannya amat sedikit sekali.Ramai yang lain tidak mampu untuk meneruskan pelajaran kerana kekangan tertentu.
Kerana itu orang-orang seperti Aminuddin Baki, Abdul Wahab Arif, Mohd Nor Marahakim, Abdullah Majid dan Siti Hasmah Mohd Ali tampil secara sukarela membantu pelajar-pelajar Melayu yang tidak senasib dengan mereka dalam bidang pendidikan sehingga tertubuhnya pertubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Baca sejarahnya di SINI
Sedarkah kita kenapa kumpulan terlibat tampil dan membantu pelajar-pelajar Melayu ?
Sudah tentunya kerana orang Melayu akan lebih berjaya dan terbela dengan ILMU dan PENDIDIKAN adalah senjata kepada segala keupayaan untuk terus mengangkat martabat orang Melayu ke persada dunia.
Ianya jelas satu perjuangan ikhlas untuk melihat orang-orang Melayu terus berjaya dan mampu mengubah nasib generasi Melayu yang seterusnya.
Begitulah juga apabila parti UMNO hadir sebagai peneraju pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Jangan sesekali lupa bahawa keupayaan anak-anak Melayu khususnya dalam pendidikan masih lagi jauh ketinggalan dan situasi ini memerlukan satu perancangan rapi dan terperinci bagi memastikan anak-anak Melayu ini mendapat tempat di Universiti.
Justeru itu maka terbinalah UiTM (nama yang terkini) di serata pelusuk negara khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar Melayu yang sehingga kini sudah pun melahirkan begitu ramai cerdik pandai mengisi pelbagai sektor pekerjaan di bumi Malaysia mahupun di luar negara.
Satu pencapaian cemerlang yang berlaku sejak lebih dari 60 tahun yang lalu hasil daripada usaha perjuangan UMNO menjadi peneraju pentadbiran negara Malaysia di bawah Barisan Nasional.
Itu dasarnya .. kenapa perlu melatah ?
Dalam semua perkara di atas termasuklah apa yang diungkapkan oleh Tengku Nan, MMI kadang-kadang ketawa kecil kerana ramai dari kalangan mereka diluar sana lebih melihat kepada ungkapan 3 saat "Slow Leaner" daripada intipati keseluruhan ucapan beliau yang merujuk kepada soal syukur, nikmat, usaha, perjuangan dan BANGSA MELAYU.
Makanya dapatlah MMI simpulkan bahawa sehebat mana pun seseorang itu, kita kadang-kala lupa bahawa Melayu datang dan bangkit dari bawah bukannya seperti mana sebahagian daripada kita barangkali yang hadirnya dihiasi karpet merah mahupun dari kalangan mereka yang sebenarnya sudah memiliki paling tidak keperluan paling asas di rumah masing-masing hasil daripada kudrat dan usaha mereka yang layak kita sanjung sebagai PEJUANG dan NEGARAWAN.
Come on Melayu !
MMI
salam aku pun pelik ngan org melayu ni bila kata slow learner marah tapi bila kata bilangan anak muda melayu yang jadi penagih dadah dan mat rempit yang paling ramai tak marah lak. biar hisap dadah jgn slow learner kut. pada aku biar slow learner boleh lah ajar lagi jadi penagih dadah satu ape pun tak guna. fikir lah sendiri
ReplyDeleteItulah hakikatnya dengan org Melayu. Slow learner terutamanya dalam bidang Kejuruteraan. Baru Ku Nan cakap sikit dah melenting.
ReplyDelete