Followers

Wednesday 22 November 2017

Kelicikan Politik Mahathir Akhirnya Makan Diri


Nampaknya sikap suka menyalahkan pihak lain dan mengecam para pemimpin negara sudah menjadi sebahagian daripada amalan Tun Mahathir dan ianya semakin menjadi-jadi sejak bersama dengan parti cauvinis DAP serta kuncu-kuncunya.

Jika sebelum ini beliau membuat pelbagai tuduhan tanpa asas dan bukti terhadap pemimpin negara kemudiannya menghina etnik Bugis kini sekali lagi Tun Mahathir menghina lagi.

Hinaan kali ini diarahkan kepada bekas-bekas pemimpin negara kononnya mereka lebih kejam dan bengis daripada Tun Mahathir.

Hal ini berlaku apabila Tun Mahathir menjawab soalan mengenai Akta ISA dalam satu program di Petaling Jaya semalam.

Ternyata Tun Mahathir lebih banyak "spin" daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan dan jelas sekali jawapan tersebut lebih menumpukan kepada serangan terhadap parti UMNO yang kini amat dibenci oleh beliau.

Tun Mahathir dalam jawapannya berkata selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau hanya menangkap seramai 1,200 orang sahaja berbanding zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menangkap lebih ramai orang. 

“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi perdana menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi perdana menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.

“Tun Hussein Onn jadi perdana menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” katanya.

Seperkara yang Tun Mahathir lupa adalah semua pemimpin yang dikaitkan itu memimpin negara dalam keadaan dan suasana yang jauh berbeza dengan apa yang berlaku para era pimpinannya selaku Perdana Menteri.

Apakah Tun Mahathir sengaja mahu menyembunyikan fakta bahawa para era pemimpin sebelumnya negara berhadapan dengan konflik hasil gerakan subversif Parti Komunis Malaya (PKM) ?

Sudah tentu Akta ISA itu amat-amat diperlukan khusus bagi mengekang gerakan yang boleh menyebabkan berlakunya huru hara kepada negara.

Ianya amat berbeza sekali dengan era Tun Mahathir, yang menjadi mangsa tangkapan ISA pada waktu itu adalah kalangan mereka yang bergerak aktif dalam politik dan tidak mesra kerajaan di bawah pentadbiran Tun Mahathir bukannya kalangan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang boleh mengundang ancaman seperti mana gerakan komunis mahupun pengganas.

28 Oktober lepas, ada badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Tun Mahathir memohon maaf kerana menahan 106 orang di bawah ISA dalam Ops Lalang. Sehingga kini beliau enggan memohon maaf malah tidak mengaku kesalahan sendiri. 

Makanya atas dasar apa Tun Mahathir masih lagi mahu menuding jari kepada orang lain sedang diri sendiri dipenuhi najis ?

Realitinya Tun Mahathir sememangnya bersikap sedemikian punya ego tersendiri sehingga dilabel antara ahli politik paling licik.Malah punya sejarah hitam tersendiri ...

Sudah terpahat dalam sejarah Malaysia dan Umno khususnya, Tun Mahathir inilah yang pernah disingkirkan daripada parti, kemudian bukunya 'Malay Dilemma' pula diharamkan. Sebelumnya beliau telah kalah dalam pilihanraya di Kota Setar kerana menjadi seorang yang ultra-malay dalam kempen-kempennya. Beliau pernah merempat di pentas-pentas pembangkang khususnya PAS untuk bersuara. Pada ketika itu juga, beliau memohon simpati mahasiswa untuk membelanya sehingga bermulalah hubungan politiknya dengan Anwar Ibrahim. Kemudian beliau naik semula dalam pentas politik antaranya dengan sokongan kuat Dato' Harun Idris. Kesemua ini memperlihatkan betapa liciknya politik beliau sejak zaman mudanya lagi.

Kejatuhan Tunku Abdul Rahman dalam politik Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan kelicikan politik Tun Mahathir. Kekalahan Perikatan di beberapa buah negeri dalam PRU 1969 telah menyediakan ruang yang besar kepada Tun Mahathir untuk mengkritik Tunku habis-habisan berlarutan sehingga selepas Peristiwa 13 Mei. 

Asakan inilah yang telah menyebabkan Tunku akhirnya tertiarap dalam politik, walaupun beliau seorang negarawan yang besar ketika itu. Tunku sendiri terpaksa menulis sebuah buku khusus untuk menjawab kritikan-krtikan Tun Mahathir terutama berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei. 

Kelicikan politik beliau terus terserlah apabila dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia, walaupun beliau bukanlah Naib Presiden Umno yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan parti 1975. 

Malah selang enam tahun kemudian Tun Hussien Onn yang memberi kepercayaan kepada Tun Mahathir ini pula yang melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepadanya. Peristiwa perletakan jawatan Tun Hussien ini sehingga kini masih misteri, iaitu apakah masalah kesihatan yang dihidapinya? Beliau dilihat masih sihat malah menyertai Tunku Abdul Rahman bersama-sama menyerang Tun Mahathir selepas peritiwa pengharaman Umno 1987. Semua pemerhati politik maklum dengan rahsia umum tersebut, Tun Mahathirlah yang menyebabkan Tun Hussien bersara awal.

Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau sebenarnya telah melakukan 'hattrick kecil' dengan menyingkirkan tiga Timbalan Perdana Menteri. Kecuali Tun Ghaffar Baba, kedua-dua yang lain disingkirkan secara berlawan. Manakala Tun Ghaffar Baba disingkirkan melalui proksi 'anak didik' politiknya Anwar Ibrahim. 

Ketiga-tiga Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan ini bukan calang-calang politikus, tetapi kelicikan politik Tun Mahathir dapat mengatasinya. Musa Hitam yang disingkirkannya terus senyap daripada berpolitik, manakalah Tun Ghaffar pula sebelum meninggal dunia tiada lagi peranannya dalam politik selain daripada veteran Umno. Hanya tinggal Anwar Ibrahim yang masih terus berpolitik.

Kemudian Tun Mahathir melakukan satu lagi hattrick iaitu menumbangkan seorang Perdana Menteri. Beliau telah melakukannya terhadap Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien dan Tun Abdullah. Sekarang beliau sedang melakukannya terhadap YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Semua modus operandi Tun Mahathir sebenarnya hampir sama.

Cuma semasa zaman Tun Hussien beliau mempunyai kedudukan dalam Umno iaitu sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun kedudukan tidak penting bagi Tun Mahathir kerana beliau telahpun melakukannya semasa mengasak Tunku Abdul Rahman dan lain-lain Perdana Menteri. 

Hasil gerakan yang disumbangkan oleh Tun Mahathir akhirnya menyebabkan Pak Lah menjadi mangsa seterusnya. Dengan tidak semena-mena Pak Lah telah mengumumkan pelan peralihan kuasa yang merupakan riak-riak awal berulangnya semula peristiwa yang pernah berlaku kepada Tun Hussien. 

Kini sasaran Tun Mahathir dan modus operandinya tetap sama cuma beliau bukan sahaja berdiri atas pentas pembangkang tetapi telah pun bersama dengan pakatan pembangkang bersama-sama dengan DAP, PKR dan PAN.

Bezanya Tun Mahathir berdepan lawan yang bukan calang-calang.YAB Datuk Seri Najib telah membuktikan kata-katanya untuk berjiwa besar dan keputusan itu bukan dibuat atas dasar politik semata-mata tetapi ianya dilengkapi dengan kemampuan serta keupayaan membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih disegani.

Kedudukan politik UMNO khususnya terus dimantapkan dengan sokongan tidak berbelah bahagi para ahli di peringkat akar umbi sehingga gerakan Tun Mahathir bersama Pakatan Haprak kini berdepan dengan pelbagai masalah dalaman.

Malah rata-rata rakyat kini sudah tidak lagi melihat kehadiran Pakatan Haprak sebagai alternatif yang lebih baik untuk menggantikan Barisan Nasional sebaliknya kehadiran gerombolan itu lebih dilihat bersifat politik bermusim yang dipenuhi dengan agenda politik untuk kepentingan parti dan pemimpin masing-masing.

PERHATIKAN

Jika kita amati sejarah politik Tun Mahathir dan kelicikan politik yang telah dibuktikan beliau sebelum ini, sudah pasti kedudukan YAB Datuk Seri Najib sudah pun tergugat !

Isu-isu yang dibangkitkan bukanlah isu biasa kerana ianya berimpak tinggi yang boleh menyebabkan Perdana Menteri digulingkan namun semua itu tidak menjadi kerana kewibawaan kepimpinan dan saf pentadbiran kerajaan yang terus komited menguruskan hal negara dan keperluan rakyat.

Malah semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang itu berjaya ditangani dengan penuh berhemah malah telah pun dibuktikan sebagai satu tuduhan bermotifkan dendam politik dan agenda jahat pembangkang untuk menguasai Putrajaya secara jalan pintas.

Tun Mahathir sebenarnya telah GAGAL untuk meyakinkan jutaan rakyat Malaysia bahawa perjuangannya bersama Pakatan Haprak adalah berdasarkan kepada usaha untuk menyelamatkan Malaysia sebaliknya agenda jijik itu semakin hari semakin terdedah dan sudah pun dapat dibaca oleh rakyat yang telah sedar dan faham bahawa kehadiran pembangkang hanyalah lebih kepada soal POLITIK semata-mata.

Tidak ada dasar yang telus dan kepincangan kesiapsiagaan parti-parti dalam Pakatan Haprak selain kehadiran Tun Mahathir itu sendiri telah menyebabkan rakyat mula menghidu bau-bau busuk hasil daripada kesongsangan prinsip sesama parti dalam Pakatan Haprak.

Justeru itu Tun Mahathir sebenarnya telah sedia maklum bahawa beliau telah melakukan satu kesilapan paling besar sepanjang karier politiknya dan kesilapan itu tidak lagi mampu untuk diperbaiki dan kerana itulah akhirnya Tun Mahathir hilang punca dan menjadikan politik adu domba, menghina dan memfitnah sebagai peluru terakhir sebelum beliau menutup mata.

MMI

1 comment:

  1. dulu zaman reformasi kita panggil dia madey lakhnatullah..

    ReplyDelete

Labels