Terlalu "double standard" hinggakan semua perkara yang dilihat boleh menjejaskan imej kerajaan DAP Pulau Pinang dianggap sebagai perbuatan jahat atau tindakan bermotifkan politik.Sedang realitinya apa yang berlaku itu adalah sebenar-benar kelemahan kerajaan DAP Pulau Pinang yang sekarang ini sedang GAGAL dalam banyak perkara.
Rayer di Adun yang terkenal dengan label CELAKA ni bukan sahaja tidak hadir dalam forum yang dianjurkan oleh satu badan NGO baru-baru ini tetapi bermulut puaka apabila menggunakan sidang DUN Pulau Pinang untuk melempaskan dendam dan amarahnya.
PULAU PINANG 9 Nov. - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini petang tadi kecoh apabila R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) mempertikaikan dialog terbuka anjuran Penang Forum pada 29 Oktober lalu yang disifatkan sebagai hanya untuk 'menghentam' Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dalam masa sama, Rayer turut menyelar pemimpin pakatan harapan seperti Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) kerana tidak membantu Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) mempertahankan kerajaan negeri ketika sesi soal jawab.
Rayer yang tidak hadir dalam dialog itu berkata, peserta perlu diberitahu bahawa punca banjir dan tanah runtuh bukan disebabkan pembangunan kerana banyak kawasan ditimpa bencana sama Sabtu lalu walaupun tidak dimajukan seperti di Bukit Bendera dan Jalan P. Ramlee.
Norlela bagaimanapun berkata, Soo Huey dipercayai tidak mendengar penjelasan awal panel yang menjelaskan punca banjir di Pulau Pinang yang menyebabkan beliau dimarahi peserta apabila memaklumkan punca bencana alam itu adalah hujan lebat.
Dalam masa sama, Kah Peng berkata, dalam program itu, banyak kajian diberikan oleh pakar dan kira-kira 85 peratus maklumat merupakan penjelasan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah alam sekitar namun ramai pemimpin DAP tidak menghadirinya.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid yang turut menghadiri program itu pula menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai penakut dan hanya mahu menyekat suara rakyat apabila menimbulkan penganjuran program itu di DUN.
Sementara itu, Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) meminta kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat fakta berunsur fitnah dalam dialog anjuran Penang Forum itu. - UTUSAN ONLINE
Lihatlah sendiri bagaimana berkecamuknya puak-puak Pakatan Haprak di Pulau Pinang !
Telus ka ? Ikhlas ka ? BANGANG ......
MMI
No comments:
Post a Comment