Followers

Wednesday, 13 December 2017

Pulang Pingat - Bila Tun Mahathir Benar-Benar Mahu Jadi Kit Siang


Nampak gayanya Tun Mahathir benar-benar mahu merubah dirinya agar tidak lagi dilihat seperti mana Tun Mahathir yang dulu.Kalau dulunya pebagai gelaran menjadi sandaran kini Tun Mahathir memilih untuk tidak lagi memiliki segala gelaran bagai dan pastinya ramai dari kalangan warga Malaysia dapat melihat antara punca Tun Mahathir bertindak sedemikian adalah kerana politik semata-mata.

Sikap dendam yang menebal kerana kewibawaan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengurus tadbir negara dan membawa Malaysia mendepani pelbagai cabaran yang ada dikalangannya dicetuskan sendiri oleh Tun Mahathir benar-benar menyentap jiwa bekas pemimpin negara itu.

Impian untuk melihat Perdana Menteri dijatuhkan dan kerajaan di ambil alih melalui satu proses diluar norma undang-undang dan perlembagaan telah menyebabkan Tun Mahathir sendiri kini berdepan dengan konflik yang menghantui tidurnya pada setiap malam.

Tun Mahathir sedar untuk mengharapkan balaci-balaci obses dengan jawatan, kuasa dan kedudukan yang bertaburan dalam PPBM adalah sesuatu yang amat mustahil apatah lagi menjadikan mereka-mereka itu sebagai senjata untuk melumpuhkan UMNO.

Tidak mungkin sama sekali kerana apa yang sudah berlaku dalam PPBM menjadi bukti kegagalan Tun Mahathir sendiri.Malah kehadiran Mukhriz sekalipun tetap tidak menyumbang kepada perkembangan yang baik kerana Mukhriz terlalu bersifat orang besar.

Dalam pertapaan Tun Mahathir akhirnya beliau akur untuk sekurang-kurangnya meneruskan tentangannya terhadap parti UMNO walaupun beliau sedar keupayaan serta sokongan tidaklah seperti mana yang diharapkan.

Oleh kerana itu maka Tun Mahathir perlu berubah untuk sekurang-kurangnya menjadi seperti mana sahabat baiknya Lim Kit Siang !

Perjuangan songsang itu telah dirasakan akan lebih mujarab sekiranya ia diiringi tanpa sebarang gelaran mahupun kedudukan yang hadir daripada mereka-mereka yang disifatkan beliau sebagai penyokong UMNO.

Seperti mana yang diamalkan oleh Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Barangkali dengan usaha sedemikian Tun Mahathir mahu memperlihatkan betapa beliau adalah seorang pejuang RAKYAT yang tidak menumpang kudrat pihak lain.

Sebab itulah Tun Mahathir difahamkan telah memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Perkara itu disahkan seorang pemimpin PPBM, Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM Datuk Rais Hussin.

Dua pingat yang dikembalikan pengerusi PPBM itu masing-masing diterima daripada Sultan Selangor pada 1978 dan 2003.

Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam Khamis lalu.

Awal November lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Sultan Sharafuddin juga menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Dr Mahathir itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Tak cukup dengan itu Dr Siti Hasmah juga dikatakan turut memulangkan dua darjah kebesaran dari Istana Selangor selepas suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad berbuat demikian.

Perkara itu disahkan jurucakap pejabat bekas perdana menteri itu, selian memberitahu darjah kebesaran itu dipulangkan pada Khamis lepas.

Begitulah ceritanya sama ada ianya ada kaitan dengan teguran Sultan Selangor atau punya agenda tersendiri MMI serahkan kepada pertimbangan masing-masing.

Cumanya MMI melihat kepada soal kredibiliti Tun Mahathir, jika sudah bertindak ke tahap itu adalah wajar kiranya Tun Mahathir segera menyerahkan kembali semua pangkat dan anugerah yang telah beliau terima sebelum ini.

Bukan apa kalau hanya terarah kepada anugerah dari Sultan Selangor sahaja ianya lebih memburukkan reputasi Tun Mahathir sendiri kerana ramai yang melihat tindakan itu sekadar tindakan budak-budak yang merajuk sewaktu main polis sentri.

Pulangkan semuanya sekali dan kalau boleh segera tinggalkan dan tolak semua kemudahan termasuk pejabat dan segala yang disediakan oleh kerajaan sebab tak guna main acah-acah sedang realitinya masih lagi bertaut.

Tak salah apa yang MMI sebutkan diatas sebab Tun Mahathir bukan suka dengan kerajaan sekarang !

MMI

1 comment:

Labels