Pemuda UMNO mengesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyiasat syarikat yang menguruskan portal berita ‘The Malaysian Insight’ (TMI) didakwa gagal menghantar penyata tahunan dan akaun syarikat beraudit kepada agensi itu.
Penolong Setiausahanya, Datuk Mohammad Sahfri Abd Aziz berkata siasatan perlu dilakukan segera ke atas Inside Media Sdn Bhd (Inside Media).
“Sekiranya didapati ini adalah benar maka tindakan perlu dikenakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Isu portalberita itu timbul apabila Perwakilan UMNO Pulau Pinang, Mohd Nashrol Hisham pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 meminta pihak berkuasa menyiasat pemilik TMI yang dilihat kerap menghina kepemimpinan parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Nashrol turut mendedahkan bahawa Semakan di SSM mendapati Inside Media ditubuhkan pada 4 Mei 2014 dengan alamat berdaftar di Nombor 3A Tingkat Satu Jalan Wawasan Ampang 2/2, Bandar Baru Ampang.
Syarikat itu ditunjangi oleh dua pengarah iaitu Puan Sri Faridah Begum K A Abdul Kader dan Harbir Singh a/l Ajaib Singh Gill.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari dilaporkan berkata siasatan ke atas portal berita itu sedang berjalan.
No comments:
Post a Comment