BEBAN, ada yang menggunakan istilah ini untuk melahirkan kesusahan hidup yang kini dihadapi oleh sebahagian daripada kita.Macam-macam diselitkan apabila kenaikan kos sara hidup dijadikan sebagai alasan.
MMI faham sangat bukan semua orang senang tapi melihat kepada perkembangan semasa rasanya ramai rakyat Malaysia yang boleh menjalani hidup dengan baik malah keperluan pun dapat disediakan dengan baik cumanya kehendak itu barangkali sudah dijadikan sebagai keperluan maka dah tentulah semua perkara akan menjadi bebanan.
Dasar kerajaan dan pengurusan kerajaan dah banyak melihat kepada soal ini sebenarnya dan ia sentiasa menjadi keutamaan mengikut keupayaan kerajaan menyediakan segala mungkin yang difikirkan perlu disediakan tanpa gagal.
Selain daripada adu domba pembangkang, kebanyakkan yang bersuara itu adalah dikalangan mereka yang sebenarnya punya serba serbi malah hidupnya jauh lebih selesa daripada kalangan mereka yang diajak atau dihasut ke jalanan.
Kalau KEHENDAK itu dijadikan sebagai KEPERLUAN maka sendiri mau ingatlah ...
Apa pun tindakan seorang penyanyi bernama Sheila Majid yang baru-baru ini membebel di media sosial bolehlah dianggap sebagai rungutan rakyat.
Mungkin Sheila Majid terkesan dengan keadaan sesama atau projek menyanyi semakin kurang MMI tak pasti tapi rasanya apa yang diungkapkan oleh beliau itu barangkali berkenaan diri sendiri.Oleh kerana itu maka tindakan Datuk Rahman Dahlan amat-amat MMI Puji.
Sheila Majid dijemput untuk menghadiri taklimat oleh Unit Perancang Ekonomi untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan ekonomi semasa Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan membuat undangan melalui Twitternya.
“Saya ingin menjemput Sheila Majid atau mana-mana selebriti untuk hadiri taklimat EPU mengenai keadaan ekonomi semasa negara.
“Mungkin Persatuan Seniman boleh menganjurkan lawatan ini dan saya gembira menjadi tuan rumah,” kata beliau hari ini.
Terdahulu dalam Tweetnya sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata golongan selebriti seperti Sheila tidak membuat kesalahan jika ingin mengulas mengenai hal ehwal semasa pentadbiran kerajaan.
“Lagipun, di negara-negara lain, selebriti, pelawak dan bintang porno juga mengatakan tentang isu-isu yang mempengaruhi negara mereka. Ada juga yang memutuskan untuk menjadi ahli politik sepenuh masa.
“Saya suka Sheila Majid. Saya peminatnya, Saya berharap dia boleh membabitkan diri dan menyatakan lebih lanjut sebab dia berkata demikian,” tulis Rahman.
So tak payahlah bagi alasan tak boleh hadir dan macam-macam alasan bertaraf selebriti ya Sheila , turun dan dengar sendiri kemudian tanya !
Orang dah respon tu jangan tak pi pulak na !!!!!
MMI kata baru-baru ni banjir di Pulau Pinang, dalam gerak kerja membantu mangsa banjir MMI bertemu Fauziah Latif yang turun padang hulur bantuan dan sumbangan kepada mangsa.Alhamdulilah dia tak merungut macam orang lain.
MMI
No comments:
Post a Comment