Followers

Sunday 10 December 2017

Kit Siang Perdana Menteri Apa Kata Tunku Aziz


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sememangnya mempunyai impian  untuk menjadi perdana menteri dan hanya berlakon menyokong orang lain  dalam pembangkang.

Bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata Datuk Seri Najib Razak sememangnya bercakap benar apabila mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu berhasrat mengetuai negara.

“Sekarang, Kit Siang perlu menjadi perdana menteri jika beliau mahu menyelamatkan anaknya, Lim Guan Eng daripada dihukum penjara kerana tuduhan rasuah.

“Sebenarnya dia berpura-pura menyokong orang lain sebagai Perdana Menteri untuk melencongkan pandangan umum dan menyembunyikan hasrat sebenarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Tunku  Aziz turut mencabar Kit Siang menjawab pendedahan terbaharu oleh Najib yang juga Presiden UMNO.

Tambahnya, sebelum ini DAP dilihat condong menyokong Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan terbaharu, Tun Dr Mahathir Mohamad jika pembangkang menang dalam pilihanraya.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar bukan Ahli Parlimen dan mereka tidak layak menjadi Perdana Menteri,” kata Tunku Aziz.

Semalam, ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, Najib dilaporkan berkata terdapat khabar mengatakan orang bernama Kit Siang mahu menjadi perdana menteri seperti dinyatakan oleh bekas ADUN Jawi, Pulau Pinang, Tan Beng Huat yang keluar dari DAP.

MMI kata kalau pembangkang jadi kerajaan kemudian lantik juga antara 2 orang tu sebagai PM maka isunya atas peruntukan apa yang membolehkan mereka-mereka itu dilantik ?

Ubah perlembagaan ? Guna kuasa VETO ? Kuasa siapa ?

Dan kalau bukan 2 orang tu, siapa ? Kit Siang ? 

Kalau bukan Kit Siang siapa ? 

Mat Sabu ? Wan Azizah ? Ampa pikiaq bagi habih-habih dulu kot ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels