Followers

Tuesday 30 January 2018

Ada Masalah Ke Polis Ambil Keterangan Siti Hasmah ?


Berikut adalah kenyataan daripada Pengarah Siasatan Jabatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkenaan Tun Dr. Siti Hasmah yang dicanang puak-puak pembangkang kononnya sebagai satu tindakan melampau.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memanggil Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan berhubung satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada bulan September tahun lalu.

Pengarah Siasatan Jabatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata, polis tidak sesekali melakukan soal siasat terhadap isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi mengambil keterangan secara profesional dan menghormati kedudukan serta status beliau di negara ini.

“Malah Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang kenyataan beliau dirakam,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, polis merakam kenyataan Siti Hasmah berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ pada 10 September 2017.

Anggota polis dari Bukit Aman menyoal siasat Siti Hasmah di bangunan Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur hampir dua jam.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, pihaknya memandang serius kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh kerana Siti Hasmah sendiri bersedia untuk memberi kerjasama dalam melengkapkan siasatan polis.

Katanya, ini adalah sebahagian daripada proses siasatan polis dan tidak melibatkan sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak.

Maka jelas apa yang berlaku itu adalah disebabkan oleh proses yang perlu dilakukan oleh pasukan PDRM bagi melengkapkan siasatan mereka terhadap perhimpunan tanpa permit itu.

MMI ulang ... siasatan terhadap satu perhimpunan tanpa permit !

Jadi yang nak dikecoh sangat tu kenapa ? Sebab melibatkan Tun Dr. Siti Hasmah ? Sebab dia isteri Tun Mahathir ?

Agak-agaklah kalau nak berpolitik sekalipun, PDRM ada standard prosedur yang perlu mereka patuhi dan kerana itu siapa jua tanpa mengira faktor umur, bangsa, agama sekalipun perlu berdepan prosedur terbabit.

Tak perlu politik banyak sangat, takkan disebabkan Tun Dr. Siti Hasmah isteri kepada Tun Mahathir maka beliau perlu diberikan pass istimewa ?

Bro dia dah hadir dan berucap di perhimpunan tu maka secara tidak langsung terlibat !

Full stop MMI tak nak ulas bab perhimpunan tu lagi biar pihak PDRM buat kerja mereka.

Cuma MMI agak bengang tengok kelaku puak-puak pembangkang ni, kritik tak habis-habis macamlah PDRM tu puak MILITIA di SOMALIA !

Dalam pada tu MMI nak tanya jugalah siapa Tun Mahathir ? Hanya seorang bekas Perdana Menteri dan hari ini adalah pemimpin politik yang tak punya apa-apa kerusi jadi janganlah nak melampau sangat.

Kalau ada yang kata MMI ni kurang ajar terpulanglah tapi sebagai rakyat Malaysia MMI juga adalah sebahagian daripada rakyat yang terkesan dengan tindak tanduk melampau Tun Mahathir yang asyik dengan fitnah akibat dendam politik beliau.

Agak-agaklah ....MMI berani kata macam ni sebab sekarang dah terdedah dah sikap dan tahap hipokrit Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Tak dengar apa yang Bekas Ketua Srikandi PPBM kata ?

Ainina Saaduddin mendedahkan  beliau merasa tertipu dengan perjuangan yang dibawa oleh Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir yang kononnya untuk menyelamatkan UMNO dengan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Hakikatnya jelas beliau, apabila agenda perjuangan itu mula bertukar kepada agenda politik peribadi Dr Mahathir untuk meneruskan legasi kuasanya menerusi anaknya Mukhriz Mahathir, apabila dia membuat keputusan untuk menubuhkan PPBM. Nah baca bagi habis KLIK SINI

Belum pun jadi kerajaan, kerja buat PDRM pun puak-puak pembangkang nak spin, kita tu rakyat Malaysia maka kenalah ikut undang-undang yang sedia ada,

Lainlah macam si Mukhriz tu sampai mengaku malu jadi rakyat Malaysia ! Kalau betullah malu kenapa tak keluar ja pegilah ke mana-mana negara yang lebih baik dari Malaysia ni, kita nak tengok sejauh mana hebatnya Mukhriz berada di negara orang lain.

Apa pun MMI nak bagitahulah tak perlu pertikai kerja PDRM dan PDRM tahu apa yang mereka perlu lakukan selain mereka faham bagaimana nak menghormati orang lain.

Yang perlu perbetulkan adalah diri sendiri, langgar undang-undang main ikut suka ja tapi bila PDRM panggil dan ambil keterangan kecoh macam kita tu KEBAL sangat.

MMI

1 comment:

  1. pembangkang Malaysia semakin bertaraf longkang bila mahathir& kuncu2 kitul nya menyertai pembangkang....

    ReplyDelete

Labels