Ahli Lembaga Pengarah Malaysia sekular Sisters in Islam (SIS), Datin Paduka Marina Mahathir gagal mempertahankan ideologi feminisme ketika berhujah dengan penyelidik Muslim Debate Initiative (MDI), Zara Huda Faris.
Dalam forum anjuran Malaysia Progresif United Kingdom (MPUK), Marina dilihat kehilangan hujah sehingga berkali – kali mengatakan ‘saya bersetuju sepenuhnya dengan Zara Faris!’.
Namun tidak dapat dipastikan apakah yang dipersetujui Marina kerana Zara Faris dalam hujahnya telah meruntuhkan asas ideologi feminisme di mana katanya ideologi Islam dan feminisme tidak selari, malah saling bertentangan.
Zara Faris berkata pertubuhan yang bertopeng dengan jenama Islam sama ada di peringkat antarabangsa seperti Musawah (persamaan gender) atau SIS (Malaysia) adalah pertubuhan yang menganut fahaman ideologi sekular-liberal Barat.
“Sesetengah kumpulan feminis seperti SIS dan Musawah, mereka tidak menghidupkan Islam, tetapi meminta supaya Islam diterjemah semula, dibangkang atau direformasikan untuk diselarikan dengan kepercayaan sekular liberal Barat.
“Feminis secara terbuka mengatakan mereka mahu menyeragamkan Islam dengan konsep keadilan moden, teori feminis, hak kemanusiaan dan etika Barat.
“Bermakna mereka bukan menafsir ayat Al Quran, tetapi menokak tambah sekular liberal, dengan kata lain missionari.
“Mereka tidak menghidupkan semula kefahaman Islam yang asal dan tidak menginspirasikan mujaddid dalam Islam, feminis bagaimanapun cuba mencabut keluar mekanisme keadilan dalam Islam dan mereka juga tidak membantu Muslim keluar dari kemunduran akibat penjajahan..
“Sebaliknya feminis dilihat cuba menyempurnakan projek penjajahan dengan meniru bulat-bulat ideologi Barat. Ini bukan penyeragaman, tetapi perkahwinan paksa dan pemurtadan, “katanya. kredit AIDC
No comments:
Post a Comment