Dalam kekalutan yang kini membelenggu parti-parti dalam kem pembangkang, kerisauan jelas terpancar di wajah para pengikut Pakatan Haprak yang bimbang melihat perkembangan terkini parti itu.Manakan tidak isu pemilihan CEC DAP masih lagi berbunyi dan mesyuarat agung PPBM turut dipertikaikan.
Sudah tentunya bagi kalangan mereka yang benar-benar faham politik dan kononnya bersama dalam parti-parti itu kerana prinsip akan melihat situasi sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.Lainlah dengan mereka yang menyokong atas dendam dan kepentingan politik !
Mereka-mereka yang faham itu tahu bahawa sudah ada yang tidak kena dengan kewujudan serta kesefahaman yang dibentuk atas nama Pakatan Haprak dan ini pasti akan menyukarkan impian kononnya mereka sedang membawa wadah yang jauh lebih baik dari UMNO.
Seperkara yang sedang bermain-main di benak fikiran pengikut Pakatan Haprak ini khususnya orang-orang Melayu adalah sejauh mana kehadiran Tun Mahathir yang kini dilihat mempergunakan PPBM untuk kepentingan politi peribadinya.
Apakah pemimpin ini masih lagi punya moral politik yang boleh orang Melayu yakini ?
Jika dulunya Kit Siang melabel Tun Mahathir dengan pelbagai label seperti Maha Firaun, Diktator dan yang seumpamanya, manakala Tun Mahathir melabel Kit Siang sebagai rasis dan pelampau dalam soal perkauman, apakah hari ini dengan hubungan kedua-duanya yang diperlihatkan sebagai bersaudara itu boleh membawa Malaysia menjadi lebih baik dan berjaya ?
Lupakah pengikut-pengikut PPBM bahawa Lim Guan Eng dan ramai lagi dari kalangan pemimpin DAP turut sama bersekongkol melabel Tun Mahathir ?
Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Saudara Jasmin Nordin dalam kenyataannya baru-baru ini mempersoalkan apakah DAP sebuah parti yang punya prinsip, apabila parti tersebut menjalinkan kerjasama dengan Tun Mahathir setelah pelbagai kecaman yang telah dilontarkan oleh pemimpin Dap terhadap bekas Perdana Menteri itu sejak berpuluh tahun lamanya.
Menurut Jasmin, di dalam satu ceramah Lim Guan Eng ketika bersama pakatan rakyat dulu, beliau pernah berkata bahawa Tun Mahathir sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk terus memimpin kerana usianya yang sudah lanjut, serta mendakwa Tun Mahathir telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk mengkayakan anak-anaknya.
Tambah beliau dalam satu ceramah, Lim Guan Eng mendedahkan anak Tun Mahathir, mempunyai harta sebanyak RM2.7 Bilion di zaman pemerintahannya dan lebih kaya daripada Tan Sri Vincent Tan. Kata Guan Eng, Tun Mahathir maha takut kalau Pakatan Rakyat memerintah negara, kerana sudah pasti anak Tun Mahathir akan disoal bagaimana beliau boleh kaya sedemikian rupa.
“Sebab itu saya nak tanya Dap, adakah mereka ini sebuah parti yang mempunyai prinsip? Saya ada terbaca baru-baru ini kenyatan Lim Guan En bahawa MCA patut keluar dari BN, seperti mana Dap berpisah dengan Pas kononnya kerana prinsip.
“Sepatutnya Guan Eng bertanya diri dan partinya sendiri, adakah beliau dan Dap mempunyai prinsip apabila bekerjasama dengan seorang pemimpin yang pernah mereka katakan tidak layak memimpin serta menyalah gunakan kuasa ketika memerintah?
“Hari ini, sudahkah beliau menemui jawapannya? Adakah beliau berani untuk menyoal Tun Mahathir tentang harta kekayaan anaknya itu? Bukan sekadar nak soal, bahkan hari ini, Guan Eng bersama bapanya, Lim Kit Siang boleh pula bekerjasama dengan orang yang didakwanya menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan keluarganya? Prinsip apakah yang Dap pakai sebenarnya? Atau Dap ini sebenarnya langsung tidak ada prinsip dalam berpolitik?,” soalnya tegas.
Begitu juga dengan Tun Mahathir, selama 22 tahun menjadi pemimpin UMNO apakah ianya cukup untuk membersihkan segala kesalahan dan dakwaannya terhadap DAP hanya dengan membuat permohonan maaf dalam satu mesyuarat agung syok sendiri ?
Tun Mahathir telah bersikap angkuh dan sombong kerana membuat permohonan maaf sebegitu memandangkan diwaktu zaman beliau berkuasa banyak perkara telah berlaku antaranya ;
Kerugian Bank Negara sebanyak RM32 bilion (Forex)
Insiden Memali
Perwaja bangkrap
Rasuah projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKNZ)
Kerugian Proton
Kegagalan projek Bakun
Misteri pesawat Hawk
Malah ada buku yang dihasilkan oleh seorang penulis bernama Syed Hussein Al-Attas bertajuk 'Dosa-Dosa Che Det' boleh beli di kedai-kedai buku dan berikut adalah ulasan yang disiarkan oleh Mynewshub
Mengambil kira semua diatas, sebagai rakyat MMI tidak melihat sikap pemimpin yang begini harus dipertontonkan kepada umum dan ianya amat dangkal sama sekali melainkan ianya punya agenda politik.
Kenapa ?
Sebab pembohongan Tun Mahathir selama lebih dari 22 tahun mentadbir negara akhirnya didedahkan oleh beliau sendiri dan semua itu berlaku setelah Tun Mahathir sebantal dan sekatil dengan DAP serta parti-parti dalam Pakatan Haprak yang dulunya adalah musuh politik beliau.
Lebih jelas lagi sikap diktator Tun Mahathir yang diwar-warkan oleh Kit Siang selama ini kini berlaku dalam PPBM apabila parti itu sanggup menggadaikan maruah sendiri dengan menganjurkan mesyuarat agung yang cukup luar biasa.
Tanpa sebarang mesyuarat di peringkat cawangan mahupun bahagian, mesyuarat agung telah diadakan bahkan menolak sama sekali suara para perwakilan PPBM yang kini sudah pun dipertikaikan oleh ahli PPBM sendiri.
Amat memalukan !
Dalam artikle sebelum ini, MMI sudah mengulas panjang lebar tentang kenapa kita perlu tolak gerakan Tun Mahathir dan Muhyiddin malah sudah pun memberikan bayangan siapa Tun Mahathir sebenarnya dengan mengambil kata-kata daripada Syed Hussein Al-Attas.
Dalam mencipta kegemilangan, hendaklah pada masa yang sama mengurangkan orang-orang bebal (bebalisme) dan pandir . Istilah bebalisme dan pandir ini digunakan oleh Syed Hussein AlAtas merujuk kepada orang yang tidak mempunyai daya antisipasi dan biasanya mereka hanya bertindak balas terhadap peristiwa setelah kejadian – mereka akan membuka payung hanya sesudah hujan membasahi tubuhnya . Tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah merupakan ciri utama bebalisme. Ciri utama yang menonjol adalah tidak adanya kehalusan pekerti. Dia tidak merasa malu dengan kesalahan yang dilakukan kerana kebodohannya. Dia tidak takut dengan kekurangan intelektualnya. Bila orang ini menonjol maka ia akan menjadi bahan rujukan dan ikutan sehingga akhirnya merosakkan nilai-nilai baik yang cuba dibawa oleh orang lain.BACA SETERUSNYA
Melihat kepada semua senario diatas pastinya kita sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya keputusan politik Pakatan Haprak untuk memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang PRU14 yang bersifat sementara itu benar-benar berlaku.
Apakah kita punya keyakinan kedudukan itu pasti berubah setelah sampai tempohnya ?
Bagaimana dengan nama-nama lain yang kini berada disekeliling pinggang Tun Mahathir dalam PPBM termasuk Mukhriz ?
Dan adakah kita percaya bahawa Kit Siang yang kini juga berperanan sebagai pemimpin dalam DAP akan bersetuju dengan segala keputusan-keputusan yang dikira baik oleh Tun Mahahir selepas ini ?
INGAT kedudukan Kit Siang selaku pemimpin paling berpengaruh dalam DAP juga bersifat diktator dan ianya kini sudah melebar ke peringkat anaknya sendiri Guan Eng yang sudah pun membuktikannya dalam pentadbiran parti mahupun kerajaan negeri di Pulau Pinang !
Oleh kerana itu sebarang keputusan menyokong kumpulan ini bererti kita sedang menyokong sekumpulan diktator yang kini sedang mempergunakan sesama sendiri untuk kepentingan masing-masing dan musibahnya kita hampir pasti akan melihat berlakunya pertembungan kuasa diantara diktator-diktator ini yang akan menyebabkan paling tidak banyak perkara berkaitan dasar negara dan kerajaan tergadai dan sukar di realisasikan.
Sehingga artikel ini ditulis, pemimpin negara YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri bukan sahaja diuji dengan pelbagai cabaran politik dan dunia tetapi juga diasak dengan gerakan untuk menggulingkan beliau dan kerajaan.
Dalam keadaan sebegitu pun pemimpin negara ini tetap tenang malah dalam ucapan beliau sempena tahun baharu 2018, Datuk Seri Najib berkata kerajaan yakin dengan kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan untuk masa akan datang kerana mereka tahu siapakah yang memperjuangkan kepentingan mereka dengan sebenar-benarnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Baca seterusnya
Berbeza sama sekali dengan sikap diktator-diktator dalam Pakatan Haprak yang kini sedang berlumba-lumba nak tunjuk baik sedang realitinya mereka menjahanamkan bukan sahaja pemikiran rakyat tetapi juga negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.
Sekali selesa sebagai diktator maka selamanyalah diktator !
MMI
No comments:
Post a Comment