Followers

Wednesday 3 January 2018

PAS Sesat , Fatwa Lim Guan Eng !


Akhirnya Mahfuz Omar membuat keputusan untuk meninggalkan parti PAS dengan alasan parti itu sukar bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selain memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.Dalam kenyataannya kepada pihak media Mahfuz turut menyatakan tindakannya keluar daripada PAS bukan atas desakan mana-mana pihak atau menerima tawaran daripada pemimpin tertentu seperti yang ditularkan sebelum ini.

Sebaliknya kata beliau keputusan dibuat selepas melihat parti itu tidak mempunyai kesungguhan terhadap perjuangan rakyat dan merealisasikan apa yang dikehendaki rakyat sekalipun pelbagai pendekatan untuk menyelamatkan PAS dan pemikiran ahlinya dibuat.

Kadang-kadang terhibur juga melihat lakonan semacam ini seolah-olah rakyat di luar sana tu semuanya bodoh dan bangang belaka.

Mahfuz bleh berkata apa sahaja kerana tindakan beliau itu sebenarnya dinanti-nantikan oleh kebanyakkan ahli-ahli PAS sendiri malah pimpinan PAS sebelum ini pun sudah menyindir si Mahfuz tentang bila pemimpin 2 alam ini akan meninggalkan PAS.

Dan sindiran itu dibuat berdasarkan kepada lafaz bai'ah yang dilakukan pimpinan PAS sebelum bertanding dalam PRU13.

Mungkin bimbang agaknya takut-takut jatuh bai'ah maka Mahfuz mengambil masa yang cukup lama untuk membuat keputusan tersebut.

MMI dalam atikel sebelum ini dah menyebut bahawa apa yang berlaku itu adalah sebahagian daripada kelemahan PAS sendiri yang tidak mengambil serius isu Mahfuz yang setiap hari corak politiknya amat berbeza dan lari dari dasar parti PAS sendiri.Baca SINI 

Namun untuk kali ini MMI lebih tertarik dengan respon pantas Lim Guan Eng DAP terhadap tindakan Mahfuz meninggalkan PAS.

PAS telah dianggap sebagai SESAT oleh Lim Guan Eng, seorang pemimpin cauvinis dari DAP yang pernah diberi gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz oleh parti itu sewaktu bermuta'ah bersama DAP.

Ironinya dahulu ramai pihak menganggap gelaran itu adalah satu tindakan SESAT yang dibuat oleh parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi hari ini sekali lagi parti itu dianggap SESAT cuma tuduhan sesat itu datangnya dari seorang pemimpin yang pernah PAS angkat setinggi-tingginya.

Kadang-kadang MMI terfikir siapa sebenarnya yang sesat ni ? 2 kali sesat kot Hahahaha

Apa pun tindakan Guan Eng yang memperlihatkan sokongannya terhadap pengunduran Mahfuz dari PAS amat menarik untuk kita amati.

Sepantas kilat pemimpin DAP ini bangkit membuat fatwanya sendiri seolah-olah Guan Eng begitu memahami soal adat, budaya dan pegangan orang Islam.

Semacam PAS sebelumnya sudah berjaya membentuk kefahaman puak-puak DAP tentang Islam walaupun hakikatnya disaat akhir PAS di halau umpama anjing kurap yang tidak bertuan.

Kalau setakat duduk setalam dan makan guna tangan yang belum tentu suci itu dianggap sebagai penerimaan Guan Eng terhadap perjuangan PAS, MMI boleh kata ianya adalah sejarah terburuk dasar parti itu kerana apa yang dihidangkan kepada umum selama tempoh waktu itu hanyalah sekadar lakonan politik murahan menagih sokongan.

Walau bagaimanapun fatwa Guan Eng itu dibidas oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Komen DAP (itu) lari dari apa yang Mahfuz sebutkan. Jika kita lihat kenyataan Mahfuz, tiada kena-mengena dengan PAS sesat, makin jauh… Bagi PAS, itu hak peribadinya.

“Kita tahu Mahfuz sudah lama buat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti, ini bukan perkara baru. Semua maklum beliau akan umum (keluar parti),”kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Tambahnya, isu keluar parti bukan sahaja berlaku dalam PAS, bahkan turut berlaku dalam DAP sepertimana aktivis-aktivis parti itu di Melaka dan Johor keluar parti pada tahun lalu.

“Mereka (DAP) tidak ada hak untuk komen tentang PAS. Jaga parti mereka sudahlah. PAS tahu uruskan parti sendiri.

“Bagi kita tindakan beberapa tokoh DAP keluar parti dahulu pun yang di Johor, Melaka jika dilihat apa yang dibuat oleh DAP itu mencerminkan tindakan DAP sendiri diprotes oleh ahli-ahli mereka dan keluar parti, menyerlah sikap cauvanis, perkauman,”katanya.

Tegas Tuan Ibrahim, DAP seumpama menangguk di air keruh, mengambil kesempatan pengumuman Mahfuz keluar parti untuk menyerang PAS.

“Sikap DAP yang menentang dasar-dasar yang dibawa PAS semakin menyerlah dengan kenyataan beliau.

“Sebab itu PAS ambil keputusan bahawa tindakan DAP selama ini menjadi punca kepada sikap tak hormat kepada dasar yang diperjuangkan oleh PAS,”katanya lagi.

MMI kata sekurang-kurangnya PAS tahu siapa DAP !

Dan hari ini kita wajar menerima kenyataan Timbalan Presiden PAS ini bahawa DAP bersifat cauvanis dan perkauman.

Realiti yang diperakui oleh sekumpulan ahli politik yang pernah tidur sebantal dengan DAP !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels