Followers

Thursday, 11 January 2018

SEDIH MENANGIS SENYUM KELAT SALAHKAN ORANG LAIN Sebab Tak Dapat Jumpa Anwar GAME POLITIK !


Tak ada sesiapa pun yang nak tahan dan peduli kalau Tun Mahathir nak berjumpa dengan Anwar Ibrahim sebab itu hal diri masing-masing cuma ikutlah peraturan yang telah disediakan.

Ingatlah sikit diri kita tu siapa ? Janganlah pula ambil pusing apa yang Nurul Izzah cakap kononnya sebelum ini ada dikalangan menteri yang dibenarkan untuk berjumpa dengan Anwar tanpa merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab.

Dan bagi MMI kalau dilepaskan pun tak mengapa sebab mereka menteri sudah tentu ada tugas dan tanggungjawab tertentu.

Ceritanya mudah pihak yang nak berjumpa tu orang biasa ka ? 

Kalau orang biasa-biasa macam MMI ni boleh terima lagi sebab kadang-kadang kita kurang faham prosedur tertentu itupun orang biasa akan rujuk kepada pihak-pihak yang mereka rasa boleh membantu bukan main belasah jer beb !

Bila dah tak dapat jumpa buat kenyataan siap sekali 'package' rasa sedih dengan memek muka dan senyum kelat ... Adoiii sudahlah Tun Mahathir ooii orang dah boleh baca 'game' politik semua ni.

Tak perlulah nak 'spin' bagai sebab Tun selalu mengaku bijak pandai dan hebat dalam serba serbi takkan bab macam ni pun tak faham !

Ini semua cerita politik .. Tindakan yang disengajakan sebab agendanya nak raih simpati rakyat kononya kerajaan ni kejam sampai nak berjumpa pun tak bagi.

Agak-agaklah dulu waktu humban mamat tu dalam penjara tak pernah pula dengar nak berjumpa bagai, sekarang ni baru kalut .. itu pun sebab gila nak berjawatan, Hello Tun siapa yang berkuasa sebenarnya ni ?

Anwar ka Mahathir ?

                

Seperkara yang Tun perlu sedar adalah Anwar tu banduan dan dipenjarakan kerana MELIWAT jadinya ada peraturan tertentu yang perlu Tun buat.Sama ada dia di hospital atau dimana sahaja dia masih seorang banduan yang dapat segala macam kelebihan lebih daripada PELIWAT-PELIWAT lain.

Nak bercakap bab sekatan dan halangan lagi ?

Zaman Tun berkuasa dulu hebat sangat ka ?

Pantang bunyi sikit ISA lupa ka ?

Kepada rakyat Malaysia, bersedialah sebab drama-drama politik semacam ni akan mula disiarkan sehinggalah waktu PRU nanti.

Pandai-pandai guna akal dan nilai elok-elok sebab apa pun yang puak-puak ni buat rasanya kerajaan BN jauh lebih bekerja untuk rakyat banding tengoklah.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels