Followers

Friday, 12 January 2018

DAP Semakin Bimbang Hadapi PRU14


Apabila berlakunya tsunami politik yang membawa budaya fitnah dan tuduhan membunuh karektor pemimpin maka banyak pihak khususnya rakyat menjadi keliru dengan berita-berita yang disebarkan khususnya melalui media sosial.

Walaupun disaluran media perdana berita-berita sahih sering dipaparkan tinjauan mendapati peratusan yang mengikuti berita-berita itu kurang berbanding mereka yang mengikuti melalui medium paling pantas iaitu media sosial.

Oleh sebab itu maka ruang seperti aplikasi whatsapp misalnya menjadi pilihan paling tinggi selain daripada you tube, twitter, facebook, page, live, blog dan sebagainya. 

Kerana itu kita dapat melihat bagaimana sejak tahun-tahun sebelum ini pembangkang telah menggunakan ke semua medium ini dalam penyebaran politik propaganda mereka.

Kesannya ramai dari kalangan rakyat yang termakan dengan hasutan-hasutan berterusan sehingga ada dikalangan mereka yang langsung menolak kerajaan dan BN hanya kerana tuduhan-tuduhan yang sedap dihadam tetapi tidak berkhasiat.

Ekoran daripada itu apabila seluruh jentera UMNO digerakkan secara konsisten dibantu oleh kalangan mereka yang pro kepada kerajaan akhirnya kesannya berbalik kepada pembangkang.

Ini dapat kita buktikan dalam beberapa keadaan apabila rakyat mula faham tentang permainan kotor lagi jijik pembangkang yang sebenarnya hampir gagal sama sekali untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya mereka lebih banyak berpolitik dan hanya terarah kepada soal memenuhi impian untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Mengambil contoh isu banjir di Pulau Pinang yang sudah pun menjadi beban baharu kepada rakyat, kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menanganinya sudah pun menelanjangkan sikap sebenar pembangkang yang lebih banyak bercakap dari bekerja.

Rakyat mula sedar dan faham sejak 2008 yang lalu sehingga 2017, Pulau Pinang bukan sahaja terus mengalami masalah banjir kilat tetapi juga sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang lebih banyak mengharapkan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Pasti ramai yang masih ingat bagaimana insiden jam 3.30 pagi berlaku yang menyaksikan satu lakonan penuh dramatik ketua menteri sehingga tersesak-esak memohon bantuan kerajaan pusat yang telah memperlihatkan dengan jelas sekali betapa kerajaan DAP Pulau Pinang GAGAL dan tidak berupaya menanganinya walaupun mereka punya agensi-agensi di bawah kerajaan negeri yang boleh digerakkan.

Malahan kerajaan negeri yang mengaku sebagai terlalu hebat daripada semua kerajaan sedia ada itu masih lagi menagih simpati kerajaan pusat khususnya melibatkan soal kewangan sedang merekalah yang paling lantang mengkritik pentadbiran kerajaan pusat kononnya sedang membangrapkan negara.

Mungkin sedar kesilapan itu akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak membeli mangsa banjir dengan bayaran RM700 secara one off setelah hujan lebat turun sebanyak 191 kali di Pulau Pinang !

Satu tindakan yang sebenarnya terhasil daripada kegagalan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang menangani banjir kilat dan sudah tentunya DAP tahu dan sedar tindakan itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan kononnya rakyat Pulau Pinang akan terus memuji dan menyokong kerajaan negeri sedia ada.

Mereka tahu kerajaan negeri sedang berdepan dengan masalah !

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya telah diasak dengan begitu teruk sekali termasuklah dari kalangan penduduk sehingga ada yang bertindak memaki hamun pemimpin DAP.

Ingat kembali insiden penduduk memaki hamun pemimpin DAP yang turun kawasan berbaju kemeja dan berkasut hitam membawa bungkusan nasi yang disifatkan lebih kepada untuk bergambar bukannya membantu meringankan beban penduduk.

Hakikatnya banyak perkara-perkara lain yang telah menyumbang kepada kebimbangan ini contohnya kejadian tanah runtuh paling kontroversi yang telah mengorbankan nyawa akibat kerja-kerja pembinaan di lereng bukit yang sebelumnya dibantah oleh banyak pihak termasuklah para NGO dan agensi.

Selebihnya pula isu pentadbiran kerajaan DAP yang semakin mengelirukan termasuklah dalam soal projek terowong yang kini sudah mendapat perhatian SPRM, pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah terhadap ketua menteri, pembohongan bersiri tentang pembinaan rumah mampu milik oleh kerajaan negeri, kenaikan cukai yang mencatat peratusan tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain, sikap 'double standard' agensi kerajaan negeri khususnya MPSP dan MPPP melibatkan perobohan gerai milik orang Melayu yang begitu ketara seolah-olah wujud unsur perkauman dan rasis melampau, kenaikan surcaj air dan banyak lagi.

DAP sebenarnya tahu bahawa rakyat sudah mula melihat dan sedar tentang kelemahan dan kegagalan mereka sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008 sehinggalah diwaktu artikel ini ditulis.

Malah kegagalan dan kelemahan itu disambung lagi dengan sejarah DAP sebelum ini yang beria-ia mahu menuntut supaya Pulau Pinang diberikan kuasa autonomi untuk memerintah sendiri.Satu tindakan yang jelas terhasil daripada dasar dan kehendak parti itu sendiri.

Agenda dan matlamat terlindung ini walaupun kini disunyikan hakikatnya ia telah dan pernah disuarakan oleh pemimpin DAP di Pulau Pinang ! BACA SINI

Tidak cukup dengan itu penerimaan Kit Siang terhadap kehadiran Tun Mahathir juga sebenarnya sudah mencetuskan pergolakan dalaman sehingga sudah ada suara-suara yang berbeza rentaknya.

Ada yang menerima dengan tepukan tanda kepuasan dan ada yang menerima dengan was-was kerana memikirkan percaturan politik yang jelas membelakangkan nama-nama besar yang ada dalam kem pembangkang sejak Tun Mahathir bersama UMNO.

Tidak cukup dengan itu ada juga yang tampil menolak sama sekali pencalonan itu selain kritikan daripada kalangan mereka yang sebelum ini lantang dalam parti tetapi disingkirkan setelah dilihat tidak sehaluan dengan dasar parti.

Sama ada sedar atau tidak keputusan tersebut turut sama mendapat tentangan dari kalangan ahli-ahli PPBM, parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri !

Malah parti DAP dilihat sudah pun meninggalkan legasi mendiang Karpal Singh apabila kenyataan anak kepada mendiang yang disiarkan oleh media dianggap sekadar pandangan peribadi yang tidak menjejaskan parti. BACA SINI

Dalam masa yang sama formula baharu yang dizahirkan oleh parti-parti komponen BN melibakan MCA dan Gerakan melalui Perhimpunan teguh Bersama MCA - Gerakan juga sebenarnya telah mengundang resah yang teramat sangat pada DAP khususnya di Pulau Pinang.

Ini kerana ikrar dan usaha berterusan itu bukan biasa-biasa tetapi ianya hadir berpaksikan kepada keutuhan dan kekuatan yang diwujudkan oleh Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tidak ada lagi haluan masing-masing yang hanya bersama atas tiket BN tetapi kerjasama secara bersepadu dan berdiri atas nama BN untuk memastikan kerajaan sedia ada dapat terus berkhidmat kepada rakyat.

Formula BN yang sebelum ini sukar kita lihat telah berlaku dan kesungguhan ini tidak akan menjadi realiti sekiranya semua parti-parti dalam BN tidak faham dan mahu melakukan perubahan.

Atas perubahan itulah maka akhirnya pembangkang sudah mula bimbang dan kebimbangan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka sedar kesepakatan yang dibentuk itu mampu menumbangkan Pulau Pinang ! BACA SELANJUTNYA

Dan DAP juga tahu tindakan bersifat kuku besi dan diktator yang diamalkan oleh pentadbiran DAP Pulau Pinang mengenepikan hak Wakil Rakyat dari pembangkang sendiri sebenarnya sudah memakan diri.

Maka akibat daripada kelemahan DAP dan kemampuan seluruh jentera BN itu sendiri akhirnya telah menampakkan kesannya apabila pembangkang kini sedang berlumba-lumba menyajikan berita tentang sokongan rakyat terhadap Pakatan Haprak.

Kita sudah dapat melihat bagaimana gerakan dan propaganda ini dilakukan, Nurul Izzah misalnya baru-baru ini sudah pun membangkitkan soal pengundi pos yang cuba dikelirukan seolah-olah BN menjadikan undi-undi ini untuk mendapatkan kemenangan.

Senarionya hampir sama dengan isu sebelum ini membabitkan kemasukan bangla yang diwar-warkan mencecah puluhan ribu orang sedang realitinya ia hanyalah satu propaganda politik murahan.

Apa lagi yang boleh ditawarkan oleh pembangkang dan DAP di Pulau Pinang ?

Terus membeli rakyat ? 

Percayalah warga Pulau Pinang kini telah faham dan kenal siapa DAP sebenarnya dan penolakan terhadap dasar dan amalan parti itu kini telah menjadi racun yang bakal membunuh setiap daripada mereka apabila tiba masanya nanti.

Sedar atau tidak ketakutan itu kini sudah mula menganggu tidur malam Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya, kadang-kadang mungkin sampai terjaga tengah malam menggigil kerana bayang sudah menjelma berada disebalik batang-batang besi.

Guan Eng sendiri pernah mengakui kebimbangan ini pada Julai 2017 yang lalu walaupun ianya melibatkan kesepakatan dalam Pakatan Haprak kita boleh simpulkan ianya masih lagi berlaku melihat kepada senario yang kini sedang berlaku dalam kem pembangkang itu.Ianya telah disiarkan oleh media pro pembangkang MalaysiaKini.

Ironinya perasaan bongkak dan angkuh walaupun masih menjadi pendirian keperibadian mereka ianya sedikit demi sedikit akan mula pudar kerana mereka kini sedang berusaha untuk menagih simpati rakyat untuk terus mengekalkan kuasa.

Dan MMI percaya rakyat khususnya di Pulau Pinang hari ini bukan seperti sebelumnya !

Tunggulah masanya akan tiba nanti.

MMI

1 comment:

  1. Harap2 kerajaan melantik Shafie Abdullah utk menjadi pendakwaraya kes rasuah LGE untuk memastikannya masuk penjara... Sama2 kita berdoa...

    ReplyDelete

Labels