Pertama sekali MMI nak ucapakan terima kasih kepada mamat ni sebab apa yang dia dah buat tu telah menyebabkan 'back fire' kepada puak-puak pembangkang.
MMI yakin dan pasti ramai netizan dah sedia maklum dengan penyebaran video tentang mamat ni lepas perasaan dengan menyalahkan Najib apabila kena buang kerja.Malah MMI juga yakin yang ramai dah tengok video dari seorang mamat berbangsa cina yang 'respon' balik terhadap rasa tak puas hati bekas pekerja Nestle tu.
Kita tahu apa yang pembangkang buat, menyalahkan Najib dalam apa jua perkara sekalipun macamlah Najib tu maksum tahap nabi.Hakikatnya Najib pun manusia juga dia pun tak akan lari daripada membuat kesilapan dan dia juga ada kelemahan.
Namun melakukan propaganda dengan menyalahkan Najib dalam semua perkara adalah satu tindakan yang bodoh sebenarnya.
Tak nafi walaupun gerakan itu ada kesannya tetapi berkat kesungguhan dan keikhlasan seorang pemimpin akhirnya isu yang diketengahkan oleh pembangkang itu akhirnya memakan diri.
Malah Najib sentias komited dalam menguruskan negara sehingga banyak perkara-perkara yang terhasil daripada dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Rakyat dapat melihat dan menilai sendiri contohnya pembinaan MRT, Jambatan Pulau Pinang 2, Tun Razak Exchange 106, KL118, UTC, RTC, Kota Iskandar, ECRL, HSR telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan.
Itu belum masuk bab BR1M, KR1M 2.0,PRIMA dan banyak lagi yang telah dijayakan oleh kerajaan BN khusus untuk rakyat.
Kalau kita perhatikan dalam bab ekonomi sekalipun Malaysia sedang bergerak ke arah pencapaian yang lebih baik.
Oleh sebab itu pembangkang kini semakin tertekan dan mereka lebih banyak mengulang-ulang isu.
Apa pun yang MMI nak fokuskan di artikel ini adalah berkaitan mamat bekas pekerja Nestle.
Cukupkah hanya dengan melempaskan rasa ketidakpuasan hati tu di media sosial ?
Persoalan pertama ? Apakah dengan berbuat demikian mamat tersebut telah mendapat peluang pekerjaan lain ?
Mungkin YA mungkin TIDAK !
Tentu ada dikalangan netizen yang simpati dan juga rakyat Malaysia yang hairan mengapa beliau betindak sedemikian.
Sedangkan beliau mengaku mengaku dibuang kerja kerana 'performance' kerjanya tidak bagus selama setahun.
Jadi takkanlah kerana sikap diri sendiri nak salahkan orang lain ?
Bekas pekerja Nestle tu sepatutnya mendaftar di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Sistem ini merupakan insurans bagi melindungi pekerja-pekerja swasta kerana langit tidak selalunya cerah. SIP berperanan untuk membantu para pekerja yang hilang punca mata pendapatan atas sebab diberhentikan mahupun mereka letak jawatan kerana faktor-faktor seperti dibuli mahupun gangguan seksual di tempat kerja.
Ia diuruskan oleh SOCSO dan bertujuan membantu para pekerja ketika tempoh susah 6 bulan pertama sebelum mendapat pekerjaan baru. Mereka yang tidak boleh menuntut insurans SIP ini adalah mereka yang dipecat atas masalah disiplin, pekerja kontrak yang kontraknya tamat dan tidak diperbaharui dan juga para pekerja yang telah mencapai usia persaraan mandatori.
Seperti juga EPF, skim ini melibatkan caruman pekerja dan juga majikannya. Jumlah caruman pekerja adalah 0.2% dan majikan juga adalah sebanyak 0.2% (total 0.4%). Syarat minimum kelayakan caruman ini adalah bagi gaji sebanyak RM300 yang mana ini akan melibatkan caruman sebanyak RM1.20 sebulan.
Manakala nilai siling pula diletakkan pada RM4K dengan caruman maksimum sebanyak RM16 sebulan. Bermakna, sekalipun gaji anda lebih dari RM4K, maksimum caruman setiap bulan adalah sebanyak RM16 saja (RM8 sahaja dari gaji anda, dan RM8 adalah dari majikan).
Majikan wajib membayar caruman ini kepada anda dan gaji anda tidak boleh diturunkan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi menampung bayaran tambahan oleh majikan anda ini. Sekiranya ini berlaku, mereka boleh didenda sebanyak RM10K atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.
Skim insurans ini boleh mula dinikmati oleh para pekerja sektor swasta bermula tahun 2019. Untunglah anda kerana kebajikan anda lebih terbela. Sekiranya anda hilang pekerjaan, melalui skim insurans ini anda layak untuk memperolehi manfaat-manfaat berikut:
1. Bantuan mencari pekerjaan baru
2. Elaun sementara mendapat pekerjaan baru (6 bulan pertama)
3. Elaun akibat kurang wang pendapatan
4. Elaun latihan
5. Kaunseling kerjaya
Pada dasarnya kebajikan pekerja yang diberhentikan seperti bekas pekerja Nestle ini ditanggung oleh SOCSO dimana pekerja ini yang membayarnya ketika masih berkhidmat. Sedikit sebanyak adalah bantuan berbanding tiada langsung pendapatan untuk menyara keluarga.
Tahun 2015 di bawah pemerintahan PM Najib adalah merupakan titik tolak kenapa kerajaan mula memikirkan langkah-langkah melindungi pekerja swasta. Seramai 6,457 telah hilang pekerjaan dengan hampir 30% antara mereka adalah pekerja sektor industri minyak dan gas akibat dari kejatuhan harga minyak global. SIP ini akan membantu meringankan beban sekiranya berlaku lagi krisis seperti ini dikemudian hari.
Amat kelakar melihat mentaliti rakyat Malaysia yang memaki hamun kerajaan atas niat mulia mereka melindungi para pekerja sektor swasta ini. Malah ada juga posting-posting di facebook yang mana pekerja sektor swasta mempertikaikan caruman demi masa depan mereka sendiri dengan berkata ia hanya bermanfaat sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. Jika tidak, mereka hanya mencarum kosong sahaja.
Jadi jelas berdasarkan kepada perkara melibatkan SIP diatas mamat bekas pekerja Nestle tu sepatutnya dah mendaftar dan selalunya ia diuruskan oleh pihak syarikat.
Pihak syarikat pula pastinya telah menyerahkan surat makluman atau pemberitahuan sebelum SIP dimulakan pada Januari 2018 bermakna makluman itu pasti dilakukan sebelum 1 Januari 2018.
Jadi kenapa mamat Nestle tu melalak di 'Facebook' ?
Tak dapat makluman atau menolak tawaran daripada syarikat ?
Dan kalau mamat Nestle tu mendaftar SIP rasanya beliau sekarang dah boleh merujuk kepada SOCSO cuma MMI tak pastilah dia layak atau tidak sebab diberhentikan kerana tak 'perform' !
You kena check la bro !
Kalau tak layak juga MMI ada cadangan ! You boleh refer kepada DAP sebab DAP tak suka Najib lagipun DAP ada biro yang jaga bab pekerja malang ni.
Tak percaya baca artikel yang MMI tulis sebelum ni ... Nah baca KLIK SINI
So brother jangan bising-bising na, salah sendiri tu !!!!
MMI
No comments:
Post a Comment