Orang Melayu terkenal dengan adat dan budayanya termasuklah dari segi pemakaiannya.
Dari sudut sejarahnya pula pemakaian tengkolok dan bersampin itu mencerminkan ciri-ciri bangsa Melayu, walaupun kita tidak mengetahui secara tepat masa bangsa Melayu mula menggunakan tengkolok dan bersampin , namun hampir pasti usianya sama dengan usia bangsa itu sendiri.
Bagi orang Melayu memakai busana yang punya ciri-ciri kemelayuan ini adalah satu amanah kerana kita menyambung legasi yang diperturunkan sejak dari zaman berzaman.
Adat dan adab yang dibawa itu cukup unik malah dipenuhi dengan elemen-elemen ketuanan Melayu, semangat juang seorang pendekar dan lebih penting lagi ianya memenuhi ciri-ciri Islamik.
Mengikut catatan dalam sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang pula, dihikayatkan bahawa Sultan Muhammad Syah akan menyarung baju Melayu ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri yang dipakai dengan cara sarung dan lengkap bertanjak.
Tanjak dan samping menjadi sebahagian daripada kelengkapan pakaian tradisional lelaki Melayu yang masih kekal sehingga ke hari ini. Seni lipatan dan ikatannya pula wujud di kalangan masyarakat Melayu sejak zaman awal kerajaan Melayu seperti Palembang, Jambi, Pagar Ruyung dan Kesultanan Melayu Melaka.
Oleh kerana itulah maka MMI katakan pakaian tradisional orang Melayu ini punya ciri-ciri tertentu dan sipemakainya bertanggungjawab terhadap adat, adab serta kesopanan sebagai seorang Melayu yang beragama Islam.
Itu mukadimahnya .. Yang sedang bermain di fikiran MMI ketika ini adalah sejauh mana pemakai-pemakai busana Melayu diatas (gambar) sedar dan faham tentang semua bentuk ciri-ciri yang MMI nyatakan di atas ?
Apakah Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz faham tentang tanggungjawab itu ?
Dari pengamatan MMI, jika kita bandingkan antara kerja buat mereka dengan pemampilan yang sebegitu maka ada kontra di antara kedua-duanya.
Sebab .... Apa yang telah dan sedang dilakukan oleh Tun Mahathir kini terlalu banyak songsangnya !
Sedarkah Tun bahawa bersahabat dengan rakan politik yang secara terang-terangan mengaku memperjuangkan kesamarataan tanpa mempedulikan langsung perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara adalah sesuatu yang sudah pun mengkianati adat dan adab orang Melayu itu sendiri.
Mana mungkin sebagai orang Melayu yang memahami adat dan adab Melayu boleh menerima DAP sebagai sahabat dalam usaha untuk memerintah tanah tumpah orang Melayu yang kini dikenali sebagai negara Malaysia ?
Apakah Tun sudah lupa bahawa orang Melayu dan pemimpin terdahulu telah bangkit serta berjuang untuk memastikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam diangkat setinggi-tingginya dan diletakkan di kedudukan tertinggi agar legasi orang Melayu dan agama Islam itu senantiasa dipelihara tanpa diganggu-gugat oleh kalangan mereka-mereka yang lain ?
Tahukah Tun bahawa pemimpin kita yang terdahulu bangkit dan berjuang serta mampu mendapatkan persetujuan daripada bukan Melayu dan Islam untuk patuh dan berpegang kepada prinsip -prinsip asas ini ?
Cukup janggal sekali apabila melihat Tun dan kuncu-kuncunya cuba untuk menjadi Melayu sedang hakikatnya mereka sudah pun menggadaikan maruah Melayu semata-mata untuk politik dan kuasa !
Malah kalau kita perhatikan, Tun sendiri sebenarnya sudah tidak menghormati adab KEMELAYUANnya apabila menjadi PUNCA kepada berlakunya sekali lagi PERPECAHAN orang Melayu apabila meninggalkan parti UMNO dan menubuhkan PPBM.
Kesannya ramai dari kalangan PPBM sendiri akhirnya sedar betapa perjuangan Tun dan PPBM bukanlah seperti mana yang diwar-warkan sebaliknya ia dipenuhi dengan mereka-mereka yang gilakan kedudukan dan kuasa.
Misi Tun jelas beliau tidak boleh menerima waima siapa jua pemimpin yang menafikan KEHENDAKnya untuk meneruskan legasi KRONISME yang dulunya menjadi senjata Tun untuk memperkukuhkan kedudukannya.
Sejak zaman Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia, Tun sebenarnya sudah tidak selesa kerana dasar-dasar kerajaan mula diubah. Kerajaan pada ketika ini tidak lagi menjadikan amalan sedemikian sebagai dasar kerana rakyat akhirnya akan menjadi mangsa.
YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam ucapannya di Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018 di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini telah menjelaskan bahawa tiada ruang untuk amalan kroni wujud dalam pentadbiran kerajaan pada era kini.
Menurutnya, fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada pertumbuhan ekonomi negara.
“Era kapitalisme kroni yang lalu tidak boleh diteruskan dan fokus diberikan kepada urus tadbir korporat digabung dengan visi jelas dalam pengurusan ekonomi.
“Oleh itu, kerajaan komited bagi memastikan perniagaan dan institusi bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti tempatan, tetapi juga beroperasi pada tahap tinggi,” katanya.
Jelas dasar yang menjadi amalan kerajaan pada hari ini adalah penyebab kenapa Tun sanggup menjilat ludah sendiri dan rasionalnya Tun hanya memilih untuk menyelamatkan negara dengan mengkayakan kroni daripada hasil wang rakyat bukan berusaha untuk membawa manfaat kepada seluruh rakyat diakar umbi !
Isu-isu yang dibangkitkan tentang GST, 1MDB, dana RM2.6 bilion dan lain-lain hanyalah alasan untuk menzahirkan kehendak politik Tun Mahathir memandangkan semua perkara yang dibangkitkan itu telah dijawab selain siasatan yang dibuat telah menafikan semua pertuduhan jahat yang dilontarkan terhadap kepimpinan negara dan kerajaan.
Apa lagi yang Tun mahukan ? Tidak cukupkah dengan segala harta anak beranak yang rasanya sampai mati pun tak habis di makan ?
Dan jika benar sekalipun Tun begitu berjiwa rakyat, kenapa memutuskan untuk bersara daripada menjadi pemimpin UMNO dan negara ?
Kenapa tidak diteruskan tanggungjawab itu di saat jutaan rakyat mahukan Tun terus memimpin ?
LARI dari TANGGUNGAJAWAB !!!!!!
Hari ini Tun cuba untuk menampilkan wajah Melayunya untuk menagih simpati rakyat walaupun pada eranya lebih ramai bukan Melayu menjadi kaya raya dan menjadi sahabat baiknya.
Sudahlah Tun tak perlulah bertopeng dengan busana Melayu kalau adat dan adab Melayu itu pun tak faham !
MMI
No comments:
Post a Comment