MALAPETAKA ! Itulah yang boleh MMI katakan apabila merujuk kepada situasi yang sedang berlaku dalam Pakatan Haprak hari ini.
Sejak DAP begitu bersungguh-sungguh kempen supaya Pakatan Haprak menerima Tun Mahathir bekas Perdana Menteri yang bertanggungjawab menghumban Anwar Ibrahim ke penjara akibat MELIWAT, Pakatan Haprak kini sedang berantakan.
Kekecohan pertama adalah penolakan secara total penyokong DAP terhadap penerimaaan Tun Mahathir yang membawa kepada tindakan keluar parti atau di buang parti atau di anak tirikan.
Keduanya tergadai maruah si anak dan si ibu terhadap bapa dan suami sendiri apabila sanggup menerima Tun Mahathir bahkan diangkat pula sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang pada PRU 14.
Ketiganya tindakan keluar parti ahli-ahli PPBM yang baru setahun jagung apabila mula menghidu rentak sebenar atau motif dan agenda pemimpin yang sedang mempergunakan mereka.
Keempat walaupun ianya dilihat kononnya keputusan itu dibuat atas dasar suka sama suka hakikatnya ada parti yang tidak berpuas hati kerana perlu melepaskan kerusi Parlimen mahupun DUN kepada PPBM yang baru lahir dalam Pakatan Haprak.
Yang dipertikaikan berkuasa sangatkah Mahathir dalam Pakatan Haprak ?
Kini berlaku lagi ketidakpuasan hati dikalangan mereka apabila ahli PPBM berubah menjadi manusia 'mutant' terjerit-jerit pertikaikan tentang pengagihan kerusi.
Semua itu membuktikan kepada kita bahawa ada MALAPETAKA yang sedang berlaku Pakatan Haprak yang hampir pasti membawa rebah yang amat dasyat dan mungkin akan tercatat sebagai keputusan TERBURUK pembangkang dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia.
Paling dekat adalah situasi di Seberang Jaya Pulau Pinang ;
Pakatan Haprak gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membuatkan Pengerusinya Tun Mahathir menggesa semua pihak supaya bersetuju dan menyokong keputusan pembahagian kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan pakatan itu.
Mengakui terdapat masalah dalam hal pembahagian kerusi, Dr Mahathir berkata semestinya akan ada banyak pihak yang tidak puas hati dengan pengagihan tetapi matlamat utama adalah kemenangan calon yang bertanding.
“Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi, akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain.
“Yang penting bukan dapat kawasan untuk bertanding kepada parti itu, kawasan itu tidak penting. Apa gunanya kalau jadi calon untuk bertanding tetapi kalah,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang di SP Arena baru-baru ini.
“Kalau nak bersatu, kita kena belakangi parti sendiri dan utamakan pakatan harapan supaya kemenangan itu akan dikecapi,” katanya.
Bulan lepas, Konvensyen PH Negeri Sembilan kecoh apabila kira-kira 40 anggota PPBM yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN, membantah.
Well rakyat harus sedar permainan politik licik ini.
Mereka hanya mahukan rakyat untuk berkuasa dan membina kedudukan bukan benar-benar bersedia untuk membantu rakyat !
Rakyat harus sedar ada MALAPETAKA dalam Pakatan Haprak yang harus kita tolak secara TOTAL !
Mereka bukan berjiwa rakyat dan mereka tidak peduli rakyat !
MMI
No comments:
Post a Comment