Dulu dia kata pilihanraya di Malaysia ni tak bersih dan kerana itu dia turun ke jalanraya buat demontrasi dengan bersih sebab nak bersihkan pilihanraya.
Hello sekarang ni pilihanraya dah bersih ka Maria Chin ?
Kalau bersih siapa yang bagi bersih ?
Tindakan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin, yang mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mewakili parti pembangkang secara tidak langsung menunjukkan beliau mengakui pilihan raya yang akan diadakan di Malaysia adalah adil dan bersih.
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata sebelum ini BERSIH beberapa kali mengadakan demonstrasi kononnya mahukan pilihan raya yang bersih di negara ini.
“Namun, hari ini sudah terbukti bahawa mereka adalah kuda tunggangan yang dicipta oleh pembangkang bagi memporak-perandakan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Mohd Razlan berkata, beliau tidak faham kenapa Kerajaan atau pejabat Peguam Negara tidak mendakwa kumpulan itu.
“Rakyat berhak mendapat pembelaan daripada tindakan dan hasutan BERSIH ini. Rakyat yang sudah ditipu selama ini harus bangkit untuk menolak gerakan mereka ini,” katanya.
Jadi tak perlu nak bagi alasan apa pun sebab Maria Chin dah sahkan bahawa apa yang mereka lakukan selama ini hanyalah menjadi KELDAI kepada NAFSU politik pembangkang dan mereka-mereka yang menyokong LGBT.
MMI
No comments:
Post a Comment