Bila kita bercakap puak-puak ni banyak wayang dan suka menipu, ada yang tak percaya !
Akhirnya ada nyawa melayang di Pulau Pinang kerana tanah runtuh !
Tak cukup dengan itu masalah banjir tak pernah selesai, malah ada nyawa juga yang menjadi taruhan.
Soalnya penduduk Pulau Pinang tak sedar ke ?
PULAU PINANG 29 April – Sesi dialog bersama penduduk kondominium Miami Green, Batu Feringghi di sini pagi ini bertukar panas apabila calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari ‘diserang’ dengan kata-kata kemarahan oleh penduduk.
Semuanya gara-gara kegagalan Zairil yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri menyatakan pendiriannya dengan jelas berhubung isu projek pembangunan di lereng bukit bersebelahan kondominium tersebut.
Malah, meskipun diasak penduduk supaya menyatakan pendirian sama ada mahu membatalkan projek berisiko itu sekiranya sekali lagi DAP diberi kuasa, Zairil gagal menyatakan dengan jelas sebaliknya hanya berkata projek itu akan ‘dinilai semula’.
Dalam pada itu, Zairil ketika ditanya berkenaan kelulusan pelbagai projek lereng bukit di negeri ini seolah-oleh berterusan menyalahkan pihak lain termasuk agensi kerajaan Pusat kononnya kelulusan dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) selari dengan garis panduan yang ada ketika ini.
Tindakan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera itu bagaimanapun sekali lagi mengundang rasa tidak puas hati penduduk selepas dijelaskan Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai kuasa penuh terhadap sebarang kelulusan projek pembangunan di negeri ini.
Dalam pada itu, seorang penduduk pangsapuri Miami Green, Jessica Lee, 50-an yang lantang mengkritik Zairil berkata, alasan yang diberikan calon PKR DUN Tanjong Bunga itu jelas tidak boleh diterima.
Apatah lagi, katanya, kajian yang dibuat pakar geoteknikal secara jelas membuktikan projek membabitkan tiga blok pangsapuri di lereng bukit itu membahayakan nyawa penduduk pangsapuri berkenaan.
“Apakah nyawa penduduk di sini tidak penting dan pemaju lebih diberi keutamaan sehingga projek berisiko ini boleh diberi kebenaran untuk dibangunkan?” katanya.
Mengikut kelulusan perancangan yang diberikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kawasan lereng bukit seluas kira-kira lima hektar (12 ekar) bersebelahan kondominium itu akan dibangunkan dengan projek pangsapuri tiga blok masing-masing dua blok 34 tingkat dan satu blok 28 tingkat.
Projek itu apabila siap kelak akan menempatkan sebanyak 869 unit rumah atau 101 unit rumah bagi setiap 0.4 hektar iaitu jauh lebih tinggi daripada kepadatan yang ditetapkan dalam garis panduan kerajaan negeri (87 unit).
Malah, laporan geoteknikal daripada firma yang diupah persatuan penduduk juga mendapati 50 peratus projek itu kelak akan dibina di kawasan lereng bukit melebihi 25 darjah iaitu kawasan yang diklasifikasikan sebagai sensitif alam sekitar.
Orang Penang kata baru Zairil ada akai ....
Melihat kepada insiden terbabit MMI rasa sudah ada penduduk di Pulau Pinang yang dulunya begitu obses dengan janji-janji DAP sudah sedar bahawa DAP tidaklah sesuci mulut-mulut penipu pemimpinnya.
Dan mereka seharusnya menjadikan peluang kali ini untuk segera merubah keadaan dan kehidupan sendiri daripada terus-terusan tertekan dengan perancangan caca marba DAP kepada sebuah kerajaan negeri yang lebih baik.
Untuk kali ini penduduk Pulau Pinang perku mengembalikan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional kalau tidak bersedialah untuk berdepan situasi kritikal yang mungkin sampai ke tahap ada nyawa lagi yang hilang akibat kerakusan pentadbiran yang dikepalai DAP.
Your choice Bro ...
MMI
No comments:
Post a Comment