Followers

Monday, 25 June 2018

Jangan Jadi IBLIS Rosakkan PERUBAHAN Parti

Gambar Hiasan
Parti UMNO kini sudah pun menyelesaikan proses pemilihan di peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara.

Satu realiti bahawa UMNO kekal sebagai wadah perjuangan bagi orang-orang Melayu apabila ribuan pemimpin di semua peringkat menawarkan diri dan bertanding dalam proses paling terbuka dalam sejarah penubuhan parti.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Datuk Zahida Zarik Khan masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada pemilihan UMNO 2018 yang baharu sahaja berlangsung pada tanggal 23 Jun 2018 yang lalu.

Beggitu juga di peringkat 199 sayap bahagian di seluruh negara, pemimpin telah dipilih oleh perwakilan bagi mewakili peringkat masing-masing.

Kepada yang telah terpilih, SELAMAT menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Kini semua mata tertumpu kepada soal pemilihan di peringkat bahagian dan juga pusat yang akan berlangsung pada 30 Jun 2018 nanti.

Sudah tentu bagi pihak yang menawarkan diri, siri kempen akan berlaku dan para perwakilan hampir pasti akan ditemui walaupun kita tahu bukan mudah untuk bertemu dengan semua perwakilan khususnya bagi mereka yang bertanding di peringkat pusat.

Bagi mereka yang punya keupayaan mungkin ianya tidak menjadi masalah tetapi bagi mereka yang menawarkan khidmat tetapi bukan dari kalangan yang punya upaya kewangan misalnya maka kempen dan pencalonan mereka hanyalah berbekalkan kepada sejauh mana populariti dan keupayaan hasil bantuan dan sokongan para sahabat.

Mudah cerita ada pelbagai kaedah dan cara pengenalan calon dibuat termasuklah menggunakan media sosial. 

Apa pun MMI ucap SYABAS kepada semua yang menawarkan diri dan tidak ada istilah kem kem tertentu kerana proses pemilihan kali ini adalah melibatkan soal jatuh bangun parti bukannya pemimpin.

Ringkasnya tidak ada istilah untuk mengundurkan diri daripada meneruskan khidmat kepada parti sekiranya ada mana-mana calon tidak terpilih. Jika ada maka ahli UMNO di setiap peringkat hampir pasti dapat melihat kewujudan mereka-mereka yang selama ini menjadi PARASIT dalam parti.

So jika ada kumpulan sebegini selepas selesai semua proses pemilihan maka MMI sarankan seluruh ahli UMNO perlu TOLAK jauh-jauh PARASIT-PARASIT ini kerana kehadiran mereka bukanlah seikhlas mana tetapi lebih kepada soal jawatan dan kedudukan.

Dalam keadaan UMNO hampir menjadi satu-satunya parti tunggal, ahli UMNO perlu segera berubah dan sedar bahawa perjuangan selepas ini jauh berliku dan ianya memerlukan satu pengorbanan yang mungkin mampu menitiskan air mata.

Semua pihak tanpa mengira yang menang mahupun yang kalah perlu berada dalam satu saf dan masing-masing perlu di beri peranan untuk sama-sama memulihkan parti keramat UMNO.

Apa pun kita sedang berdepan PERUBAHAN dan PERUBAHAN ini perlulah seiring dengan hasrat dan impian ahli UMNO untuk melihat UMNO kembali dipercayai rakyat.

JANGAN SEKAT hak ahli dan uruskan proses pemilihan dalam keadaan TELUS dan seIKHLAS mungkin.

Dari pengamatan MMI, sudah ada bunyi-bunyi yang kurang enak di beberapa kawasan dan bahagian mempertikaikan KETELUSAN proses pemilihan yang dijalankan.

Ada yang kata proses pengundian dibuat semacam pesta ! 

Terlalu ramai yang berada dalam bilik pengundian malah diberitakan bahawa kempen kepada calon-calon yang bertanding masih lagi berlaku pada ketika ahli sedang menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih.

Dalam masa yang sama tidak ada wakil calon sepanjang proses pengundian dan pengiraan undi dibuat malah ada yang menafikan hak para calon untuk mengemukakan wakil masing-masing sepanjang proses berjalan.

Undang-undang apakah yang digunapakai ?

Apakah kita masih menggunakan undang-undang rimba yang hanya memenangkan si SINGA tanpa bulu ?

INGATLAH jangan sampai UMNO dihukum lagi !!!!!!

Seperti mana yang MMI sebut dalam tajuk, siapa jua yang dipertanggungjawabkan untuk mengemudi proses paling PENTING dalam survival parti UMNO ini, JANGANLAH menjadi IBLIS yang hanya mementingkan diri sendiri selain berniat untuk menghancurkan apa yang kita julang sebagai HAK AHLI !

Berhentilah daripada mempergunakan diri sendiri dan sanggup menerima jawatan yang sama dengan si IBLIS hanya kerana kepentingan sekumpulan orang-orang yang asyik dengan undang-undang RIMBA.

SEDARlah parti UMNO bukan hak individu atau mana-mana kumpulan !

UMNO HAK SELURUH AHLI-AHLINYA !

Maka tunaikan kewajipan kamu dengan penuh AMANAH, ini PENTING memandangkan UMNO sedang dalam proses pemulihan.

Jika ahli pun hilang percaya dengan parti dek kerana si IBLIS dan kuncu-kuncunya, bagaimana kita mahu mendapatkan kepercayaan rakyat khususnya dalam mendepani PRU yang ke 15 nanti ?

Soal pemilihan perkara biasa dalam parti cumanya jangan bimbang dengan perubahan kerana perubahan apa sekalipun ianya adalah hak ahli untuk menentukan.

SERAHKAN kepada perwakilan agar keputusan nanti adalah keputusan yang benar-benar untuk kebaikan parti keramat UMNO.

Ayuh jika kamu si IBLIS yang MMI maksudkan berubahlah !

Sedarlah ! berubah segera dan belajar resam MALAIKAT !

Jangan sampai nanti yang hadir itu MALAIKAT MAUT !

Selamat Bersidang para perwakilan di seluruh negara.
Tunaikan kewajipan kita dengan ikhlas dan telus.

MMI

1 comment:

  1. Semua ahli UMNO kena bersatu
    Pemilihan hanyalah untuk memilih pemimpin dan bukannya untuk pilih kerajaan.
    Yg kalah pun adalah ahli UMNO juga...so, kena ikut semnagt demokrasi.
    Yg kalah akan menyokong yg majoriti


    Start buat kerja, kukuhkan parti
    Bersatu semua


    PH sekarang adalah kerjaaan yg paling lemah
    Bila2 masa ajer boleh tumbang kalau ahli Amanah dan PBBM keluar PH

    atau bila PKR join UMNO buat kerajaan perpaduan..

    PBBM akan pupus bila madey dah tak ada....sebab PBBM tak ada pemimpin yg berkaliber dan tak ada pemimpin yg ada suara yg kuat ....semua MP PBBM akan join UMNO semula...


    PH tak lama...percayalah.


    PM yg akan datang ialah Anwar Ibahim pemimpin kerajaan perpaduan PKR/UMNO/PAS

    ReplyDelete

Labels