Followers

Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Saturday, 16 February 2013

BR1M - Timbalan Ketua Cabang PKR Antara Yang Turut Sama BERATUR !!


Tu dia !! Sememangnya Bantuan Rakyat 1 Malayisa benar-benar mengotakan janji yang dibuat oleh YAB PM apabila setiap rakyat yang layak menerima sudah pun mula menerima.Kepada yang belum dapat tu bersabar lah sikit noo..

Kalau dah juak pembangkang yang hadir dan menerima bantuan itu merupakan pimpinan parti pembangkang  maka ianya membuktikan betapa BR1M merupakan pakej menarik yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional.

Baguslah Timbalan Ketua Cabang PKR boleh beratur untuk mendapatkan BR1M siap pakai topi lagi....Bukti kerajaan BN komited membantu rakyat.sumber 

MMI.                                     

Tuesday, 1 January 2013

BR1M 2.0 Mulai Februari 2013


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Kepada rakyat Malaysia yang masih belum memohon silalah membuat permohonan secepat mungkin kerana pendaftaran masih dibuka.

Paling menarik puak-puak yang dok bangkang pun ramai dah yang daftar , tu dalam dok fitnah dengan mengata kat kerajaan ! Hehehe ..

MMI.

Thursday, 1 November 2012

Janji Di Tepati "We Deliver It To Your Screen" BR1M 2.0


Seperti yang dijanjikan proses pendaftaran bagi BR1M 2.0 kini sudah bermula , kepada semua rakyat Malaysia yang layak dan memenuhi syarat bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang yang disediakan secara online.

Tak perlu risau MMI dan rakan-rakan bloggers bawakan borang tersebut terus ke skrin anda , Pemohon yang layak, boleh mengisi terus atau memuat turun borang BR1M 2.0 di SINI     


Terima Kasih kerajaan UMNO Barisan Nasional yang prihatin serta memahami denyut nadi rakyat yang berpendapatan rendah.Semoga ianya diteruskan di masa-masa depan "Demi Rakyat Dari Rakyat Kepada Rakyat" !

Ini Suatu Bukti JANJI DITEPATI dan BUKANNYA JANJI DITABURI!!

Kredit Anak Seberang

MMI.

Labels