Followers

Showing posts with label PAU13. Show all posts
Showing posts with label PAU13. Show all posts

Monday, 12 August 2013

PAU13 Sesuatu Yang Menarik Sedang Berlaku ..


Berdasarkan keputusan pucuk pimpinan tertinggi untuk melihat UMNO terus relevan dan mampu terus menjadi payung kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya , proses tranformasi politik yang sedang dilakukan dalam parti kini menampakkan perkembangan positif.

Seperti semua sedia maklum parti UMNO kini sedang melakukan perubahan khususnya dalam soal pemilihan parti dengan membuka ruang kepada lebih ramai ahlinya untuk menjadi pemilih dan penentu siapa yang bakal menerajui parti keramat ini.

Dalam masa yang sama isyarat yang di berikan oleh penggiat media maya khususnya para bloggers pro-UMNO yang dimulakan oleh bloggers Dr MiM & team untuk membantu parti UMNO memiliki pemimpin yang benar-benar bekerja untuk parti dan rakyat turut menjadi sebahagian daripada perkara yang harus di berikan perhatian.Baca Sini 

Seperti sahabat-sahabat bloggers lain MMI juga mahu melihat parti UMNO yang bakal mempunyai barisan kepimpinan barunya dalam pemilihan yang akan datang benar-benar memiliki pemimpin yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan bukannya pemimpin yang hanya menjadikan jawatan sebagai keutamaan tetapi dari segi kerjanya boleh diibaratkan sebagai hangat-hangat tahi ayam.

Ada juga pihak yang mempersoalkan sejauh mana mereka-mereka ini (penggiat media maya) mampu membantu parti untuk memiliki pemimpin-pemimpin terbaik untuk menerajui parti ? Senang cita jangan sama sekali menidakkan suara pasukan maya kerana jaringan yang wujud diantara sesama mereka sudah cukup untuk menggegarkan negara.

Bukan niat MMI untuk menggugut mana-mana pihak apatah lagi mahu mengaibkan sesiapa , tetapi atas dasar mahu melihat UMNO tidak lagi menjadi mangsa kepada kerakusan segelintir mereka-mereka yang gila kuasa dan tamak haloba maka sesuatu harus di lakukan.

Dan kerana itulah ada sesuatu yang menarik sedang berlaku kini apabila satu persatu pemimpin mula menyatakan pendirian masing-masing untuk tidak bertanding jawatan MT UMNO dalam pemilihan kali ini.Semuanya mempunyai alasan tersendiri dan sebahagiannya membuktikan bahawa mereka faham kehendak akar umbi untuk melihat pemimpin yang dipilih memberikan penumpuan kepada tugas masing-masing termasuklah di kawasan dan negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Kesihatan DS Dr Hilmi Yahaya tidak akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Oktober depan untuk memberi ruang kepada golongan yang lebih muda.

Menteri Kewangan Kedua DS Ahmad Husni Hanadzlah turut mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi memberi laluan kepada golongan baharu.  Beliau juga mahu menumpukan kepada kementerian beliau.

Menteri Besar Johor, DS Mohamed Khaled Nordin telah membayangkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi UMNO.Ketua Perhubungan UMNO Johor itu berkata tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Terkini pula Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan tidak akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.Zambry berkata sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, wajar untuk beliau tidak menawarkan diri bertanding di peringkat MT sebaliknya memberi ruang kepada calon lain yang berkelayakan.

Pada pandangan MMI ini merupakan sebahagian daripada proses tranformasi yang dilakukan oleh parti UMNO dan sudah ada dikalangan pemimpinnya yang faham tentang kehendak ahli dan rakyat.

Apakah akan ada lagi pemimpin-pemimpin lainnya yang sudah terlalu lama berada di atas sana akan turut mengambil pendirian yang sama ? Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya selepas ini.

Percayalah UMNO dan pemimpinnya sedang melakukan perubahan seperti mana akar umbi mahukan dan percayalah mereka-mereka yang diatas sana sedar dan faham apa sebenarnya yang harus dilakukan.

Sebagai penulis blog MMI dan rakan-rakan akan terus menulis kerana ini adalah medium kami untuk menyuarakan pandangan ahli di peringkat akar umbi.

Tidak guna hebat di atas sana kalau di bawah banyak yang kecewa.

Semoga PAU13 terus menjadikan UMNO parti yang mampu memayungi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Psst sesuatu yang menarik sedang berlaku ...

Baca juga artikel Dr MiM

MMI

Sunday, 11 August 2013

PINDAAN Tarikh Mesyuarat UMNO Semua Peringkat


SIARAN MEDIA 
11 OGOS 2013 

Dimaklumkan Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah bersetuju untuk meminda tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, mesyuarat Bahagian UMNO dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan. Tarikh baru adalah seperti berikut: 

I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013; 

II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013; 

III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013; 

IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September 
2013; 

V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013. 

Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari UMNO Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013. Dalam masa yang sama dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat. 

Dengan demikian maka Presiden, Timbalan Presiden dan pengurusan UMNO telah bersetuju kepada tarikh-tarikh baru ini. Pihak pengurusan UMNO juga telah memaklumkan kepada ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan dengan perkara tersebut. 

Sekian dimaklumkan, Terima kasih. 

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR 
(Setiausaha Agung UMNO) 

Selamat bersidang semua .. 

MMI

Wednesday, 7 August 2013

PAU13 Bukan Medan Mudah Untuk Mereka Yang Selama Ini TIDOR !!


Percaya atau tidak ketika ini ahli-ahli UMNO di seluruh negara selain daripada menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berbaki sehari sahaja lagi , ada yang sedang sibuk bertegur sapa dan menyusun perancangan khusus bagi menghadapi Persidangan Agung UMNO 2013.

Mengapa agaknya PAU13 ini amat menarik ? Sudah tentu seperti yang semua sedia maklum persidangan kali ini akan melibatkan pemilihan di semua peringkat.

Dan ianya jauh lebih menarik kerana UMNO sudah pun melakukan perubahan dari segi pemilihannya.

Untuk itu bukan sesuatu yang mudah bagi mereka-mereka yang hanya mahukan jawatan tetapi GAGAL dalam melaksanakan tanggungjawab untuk berdepan dengan para perwakilan pada kali ini.

Untuk rekod MMI tegaskan di sini para perwakilan di seluruh negara semakin matang dan tempoh masa selama hampir 5 tahun sejak 2008 yang lalu cukup untuk di jadikan sebagai ukuran buat mereka menilai pemimpin manakah yang harus di pilih dan pemimpin manakah yang harus di TOLAK !

MMI bersetuju dengan blogger Dr MiM apabila mengambil inisiatif untuk membantu serta memastikan parti UMNO memiliki pemimpin yang terbaik khususnya dalam persediaan menghadapi PRU14.

Dalam masa yang sama memberikan sokongan moral kepada YAB Datuk Seri Najib selaku Presiden parti dan juga Perdana Menteri Malaysia untuk terus bekerja dan melakukan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Untuk itu sudah pasti mereka-mereka yang selama ini banyak TIDUR dari bekerja akan merasakan tempiasnya kerana MMI akan sama-sama menyokong perjuangan Dr MiM dalam memastikan perubahan terus berlaku dalam UMNO serta proses tranformasinya.

Berikut merupakan artikel Dr MiM yang perlu kita sama-sama sokong.

1.MiM percaya transformasi parti UMNO mesti bermula dengan menolak pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak perform dan terlalu lama dengan jawatan yang dipegang.  

2.Pemimpin-pemimpin ini sepatutnya sedar sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan memberi peluang kepada pelapis yang lebih muda untuk membolehkan proses rejunivasi dan percambahan idea-idea yang lebih relevan dengan masa kini. 

3.Sebagai penganalisis politik dan juga salah seorang wakil ahli UMNO yang akan mengundi di pemilihan kepimpinan UMNO tidak lama lagi, MiM akan mulai menyenaraikan calon-calon yang MiM dan rakan-rakan yakin akan meneruskan transformasi parti UMNO/BN dan kerajaan.

4.Penyenaraian ini sangat penting untuk membolehkan ahli-ahli UMNO menilai sendiri calon-calon yang akan bertanding supaya kita tidak tersilap pilih terutamanya ketika parti bakal menghadapi PRU14 yang dianggap paling sukar dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional.  

5.Sudah tiba masanya untuk MiM membantu fokuskan usaha untuk memastikan kepimpinan UMNO yang berdepan PRU14 adalah yang terbaik.

6.Cukuplah dengan calon-calon MT dan Pemuda UMNO yang lantang dan rajin turun ke akar umbi hanya ketika kempen tetapi selepas itu susah untuk bertemu dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberi. 

7.Jika diberi jawatan-jawatan penting, pemimpin-pemimpin ini bukannya memudahkan pentadbiran Najib Razak tetapi kerap menjadi liabiliti parti dan kerajaan hingga menyusahkan jentera media alternatif pro-UMNO untuk mempertahankan parti.

8.Dengan protokol mengundi yang berbeza dan melibatkan lebih ramai lagi akar umbi wakil UMNO di peringkat cawangan dan bahagian, maka adalah mandatori MiM dan rakan-rakan untuk memilih calon-calon yang terbaik untuk diketengahkan supaya akar umbi wakil UMNO lebih tahu bakal-bakal pemimpin mereka.

9.Status Menteri atau Timbalan Menteri dalam kepimpinan tertinggi UMNO dan sayap-sayap parti yang diketahui tidak akan membantu proses transformasi parti UMNO mesti ditolak demi kesinambungan parti UMNO.

JELAS , TERANG dan TEGAS !

Pesanan MMI kepada mereka-mereka yang kini sedang mencongak ruang di pentas utama mudah BACA , NILAI & BUAT KEPUTUSAN sebelum orang lain membuat keputusan bagi pihak kita.

Selamat Berjuang !

Baca juga artikel ini Dr MiM & GPB 

MMI

Labels