Followers

Showing posts with label Tengku Razaleigh. Show all posts
Showing posts with label Tengku Razaleigh. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

Ada Khabar GEMBIRA dari Pantai Timur

Sekadar Hiasan
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.

“Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab. Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Gua Musang berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN terus mendapat mandat daripada rakyat.

Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baharu kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat.

“Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi DUN kekal menang.

“Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya.

Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah mengekalkan kemenangan. - BERNAMA.

Syukur semakin ramai pemimpin dan ahli UMNO yang sudah memahami dan menerima keputusan parti khususnya dalam soal pemilihan calon.Semoga ianya terus menjadi amalan kita demi perjuangan keramat parti UMNO.

MMI.

Wednesday, 14 November 2012

TENGKU RAZALEIGH - BN Mampu Capai Kemenangan Pada PRU-13


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini. - BERNAMA

Apakah ini bermakna Barisan Nasional juga mampu melakar kejayaan seterusnya merampas kembali Kelantan daripada Pakatan Haprak ?

Tengku Razaleigh yang terkenal dengan sikap dan pendiriannya yang tersendiri sering kali mengeluarkan kenyataan yang kadang-kalanya menyebabkan ketidakselesaan ahli UMNO sendiri namun itulah Tengku Razaleigh seorang pemimpin di yang disayangi rakyat khususnya di Gua Musang.

Apakah ini petandanya kejatuhan empayar PAS dalam arena politik tanahair ? Sekira ianya benar maka kejatuhan ini sebenarnya adalah kerana sikap PAS sendiri yang rakus dalam mengejar kuasa.

Psstt Muktamar PAS tahun ni buat di Kelantan selepas ni dekat mana aganya ??

MMI.

Labels