Followers

Wednesday, 14 November 2012

TENGKU RAZALEIGH - BN Mampu Capai Kemenangan Pada PRU-13


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini. - BERNAMA

Apakah ini bermakna Barisan Nasional juga mampu melakar kejayaan seterusnya merampas kembali Kelantan daripada Pakatan Haprak ?

Tengku Razaleigh yang terkenal dengan sikap dan pendiriannya yang tersendiri sering kali mengeluarkan kenyataan yang kadang-kalanya menyebabkan ketidakselesaan ahli UMNO sendiri namun itulah Tengku Razaleigh seorang pemimpin di yang disayangi rakyat khususnya di Gua Musang.

Apakah ini petandanya kejatuhan empayar PAS dalam arena politik tanahair ? Sekira ianya benar maka kejatuhan ini sebenarnya adalah kerana sikap PAS sendiri yang rakus dalam mengejar kuasa.

Psstt Muktamar PAS tahun ni buat di Kelantan selepas ni dekat mana aganya ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels