Followers

Tuesday, 1 January 2013

Perutusan Tahun Baru PM, Bukti BN Tidak Pernah Manipulasi Undi


SEBAK rasanya mendengar perutusan Tahun Baru yang disampaikan Perdana Menteri semalam . Pelbagai ingatan dan amanat kepada rakyat Malaysia dari pemimpin nombor 1 negara itu dalam mendepani tahun baru 2013 ini disampaikan dengan gaya yang begitu santai, disamping tutur kata yang begitu baik dan lancar.

Isi kandungan perutusan ini menunjukkan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan, pada bila-bila masa tidak pernah mengenepikan rakyat dalam proses pembangunan negara ini, walau apa yang dituduh pihak pembangkang terhadap beliau.

Dalam masa yang sama , MMI terfikir juga jika benarlah dakwaan pembangkang melalui NGO ciptaannya seperti Bersih, bahawa kerajaan memanipulasi proses pengundian untuk mengekalkan kuasa sejak lebih 55 tahun dahulu, perlukah Perdana Menteri bersikap ultra prihatin terhadap rakyatnya seperti digambarkan dalam perutusan itu semalam?

MMI lihat , negara yang mana proses pengundiannya boleh dimanipulasi untuk memberi kemenangan kepada parti pemerintah, Presiden atau Ketua Kerajaan negara tersebut akan menjadi diktator kerana sudah tahu pasti menang dalam pilihanraya.  Antaranya di Mesir, Iraq, Indonesia dulu dan Korea Utara sekarang.

Tapi Perdana Menteri yang kita lihat begitu merendah diri kepada rakyat.  Tidak setakat mengakui peranan rakyat dalam proses pembangunan negara, beliau juga menyatakan komitmen beliau untuk bersama-sama bekerja dengan rakyat bagi masa depan yang lebih baik untuk negara ini.

Hampir saja air mata ini menitis keluar mendengar perutusan yang pada firasat MMI agak luar dari kebiasaan ini.

Kalau tidak keterlaluan, MMI ingin menyebutkan disini bahawa perutusan yang begitu merendah diri ini menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan BN tidak pernah memanipulasi undi untuk menang dalam pilihanraya, bahkan menyerahkan sepenuhnya nasib beliau di tangan rakyat dalam pilihanraya.

Jika itu boleh dilakukan (manipulasi undi), Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak akan jatuh ke tangan pembangkang, Kelantan juga tidak akan kekal ditangan PAS selama 22 tahun berturut-turut.

Kalau sudah pasti menang, MMI rasa Perdana Menteri akan pakai baju tentera, muka garang macam singa, masam macam cuka dan bagi perutusan dalam bentuk perintah yang perlu dipatuhi setiap rakyat – ala diktatorlah tu.  Tapi ini tidak berlaku,

Kenapa?  Sebab pilihanraya negara ini memang sentiasa adil dan kerajaan memang sentiasa membenarkan rakyat membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan sesiapa.  Maka itu Perdana Menteri merendah diri, sebab beliau tahu rakyat tidak berkehendakkan pemimpin yang sombong dan berlagak.

Namun MMI tak boleh menafikan juak-juak Pakatan Haprak akan terus-terusan menyerang pemimpin nombor 1 negara ini kerana itu adalah rencah mereka.Malah rakyat akan terus dihasut supaya membenci kerajaan sedia ada dengan harapan nafsu mahu menguasai Putrajaya tercapai.

Dalam keadaan ini MMI yakin Perdana Menteri hanya akan meminta dua perkara ,

Pertama terus bekerja untuk rakyat !

Kedua serahkan pada rakyat untuk menentukannya !

MMI.

Selamat Tahun Baru 2013 - PERJALANAN KITA MASIH JAUH


Selamat Tahun Baru MMI ucapkan kepada semua khususnya kepada pelayar-pelayar blog MMI yang tak jemu-jemu memberikan sokongan kepada perjuangan yang tak seberapa ini.Tanpa anda semua siapalah MMI dalam dunia blog hari ini.

Jutaan terima kasih juga MMI ucapkan kepada blog-blog otai yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan , semoga kedatangan tahun 2013 ini memberikan kita semangat dan kecekalan untuk terus berjuang bagi mempertahankan perjuangan keramat Dulu , Kini dan Selamanya.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat blog yang lain , komitmen anda memberikan tenaga buat MMI untuk terus berjuang.Insyalah sama-sama kita pastikan UMNO dan Barisan Nasional terus mendapat kepercayaan rakyat dalam PRU13 nanti.

Berbicara soal PRU13 yang kini semakin hampir , percaya atau tidak perjalanan kita sebenarnya masih jauh.Jauh dalam erti kata mahu melihat bangsa kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.

MMI bukan bersifat rasis dalam hal ini kerana percaya rezeki setiap dari kita datangnya daripada Allah SWT namun dalam dunia yang kini sudah memasuki era moden kita semestinya harus bersedia untuk bersaing bukan saja dengan suasananya tetapi dengan mereka-mereka disekililing kita.

Percaya bahawa kerajaan sedia ada mampu merealisasikan impian ini maka kita sebagai rakyat harus berdiri teguh mempertahankan legasi ini.

Bukan sesuatu yang mudah namun ianya merupakan amanah yang perlu dipikul oleh setiap dari kita agar kita dan generasi selepas kita dapat mencapai impian menjadi bangsa dan negara yang terbaik lagi maju.

Terimalah hakikat , barisan pembangkang sebenarnya sudah jauh menyimpang dalam mencorak negara Malaysia.Lihat saja apa yang berlaku mutakir ini ianya adalah bukti betapa mereka begitu rakus mahu berkuasa hinggakan perkara yang azali ditinggalkan malah sanggup pula menjadikan bangsa seagama sendiri sebagai musuh.

Mengkafirkan saudara seagama dan sebangsa hanya kerana kepentingan politik sempit amatlah mengecewakan kita namun misi dan visi kita masih jauh.Maka kerana perjalanan itu masih jauh kita perlu rapatkan saf supaya saf ini menjadi benteng paling ampuh untuk mempertahankan maruah Agama.Bangsa dan Negara.

Ingat Perjalanan Kita Masih Jauh - Selamat Tahun Baru 2013 ,

Ikhlas MMI.

Labels