Followers

Saturday, 29 December 2012

Rebat Telefon Pintar 3G Sejauh Mana Pemantaunya ???


Isu rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi golongan belia yang diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet yang lalu sedikit sebanyak melegakan hati para belia yang masih belum memiliki telefon sebegitu.Jika dikira dari keinginan untuk memiliki telefon pintar sudah semestinyalah ianya menjadi impian setiap belia di negara ini termasuklah para belia yang hari ini sudah pun memiliki telefon sebegitu.

Soal keinginan ini adalah satu perkara subjektif yang sukar untuk kita rungkaikan khususnya dalam konteks gajet atau telefon pintar.MMI akui dengan kepesatan teknologi setiap warga belia sudah pasti mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang memilikinya walaupun ada sesetengahnya langsung tidak menggunakan kelebihan yang ada melainkan cukup sekadar berada dalam golongan tersebut.

MMI rasa ampa faham apa yang cuba disampaikan , namun isu rebat telefon pintar kini mengundang sedikit kontroversi apabila timbul rasa kurang senang dengan tindakan SKMM yang menghadkan rebat tersebut kepada pembelian telefon pintar di bawah RM500 kini menjadi perhatian banyak pihak khususnya para belia dan mereka-mereka diluar sana yang sedang memerhati untuk dijadikan modal kempen politik.

MMI bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi sejauh mana kriteria yang ditetapkan untuk si pembelinya nanti ? 

Merujuk kepada blog sahabat Generasi Pejuang Bangsa , Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata bahawa telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.

Mengumumkan rebat tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2013 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sebagai usaha kerajaan memberi 1.5 juta belia akses kepada gerbang maklumat dengan peruntukan RM300 juta bagi tujuan berkenaan.

Malah kriteria dan kenyataan ini disokong pula oleh Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan berkata belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada belia lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.Baca Seterusnya.

Berdasarkan perkiraan MMI setelah membaca kenyataan khususnya daripada SKMM dan Presiden Majlis Belia Malaysia sendiri timbul satu persoalan bermain dalam fikiran MMI.

Apakah mereka benar-benar yakin bahawa para belia di negara ini mampu mematuhi apa yang dikatakan memberikan ruang kepada mereka yang benar-benar layak dan belum memiliki telefon pintar ?

Sejauh mana JAMINAN yang boleh diberikan khususnya oleh Presiden Majlis Belia Malaysia bahawa hanya belia yang benar-benar layak sahaja akan di berikan ruang untuk memiliki rebat RM200 tersebut ?

Apakah kaedah dan bagaimana sistem yang akan diguna pakai oleh SKMM mahupun mereka yang bertanggungjawab dalam rebat ini bagi melakukan pemantauan terhadap para pembeli nanti ?

Perlu diingat MMI bukan tidak menyokong program bantuan sebegini tetapi sejauh mana ianya mampu sampai ke golongan sasaran yang benar-benar layak menerimanya ?

Kalau anda semua masih ingat , satu ketika dulu apabila KWSP membenarkan setiap pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka bagi membeli komputer apa yang telah berlaku ? Ada banyak pihak yang melakukan penipuan dengan hanya menyediakan resit pembelian sedangkan komputer langsung tidak dibeli. 

Ya , mungkin ada yang berkata tu dulu tapi ingat ini soal amanah dan tanggungjawab ! Dalam perkiraan ini MMI ingin bertanya sejauh mana Presiden Majlis Belia Malaysia dalam KONTEKS INI benar-benar YAKIN bahawa para belia di luar sana yang sudah mencecah 11.9 juta orang dan mungkin lebih benar-benar tergolong dalam kelompok mereka yang mempunyai amanah dan tanggungjawab ? 

MMI bukan apa bimbang mereka yang seharusnya layak mendapat rebat tersebut dinafikan haknya hanya kerana diisi oleh si kitol yang kita tidak boleh nafikan kewujudan mereka.

Pesanan MMI jangan hanya meletakkan faktor kepercayaan semata-mata kerana harus ada plan dan strategi supaya perkara yang baik itu akan terus menjadi baik bukan perkara yang baik dilihat jijik kerana kelemahan kita sendiri.

Apa pun terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana melihat, mendengar dan memahami keperluan warga belia di Malaysia..

MMI.

Lagi Dolak-Dalih PAS Tentang Amanat Haji Hadi !!


Mengambil kira poster ini di facebook penyokong PAS yang menyiarkan kenyataan Hj Hadi supaya RTM dan TV3 beri ruang esklusif kepadanya selama 1 jam untuk menjawab isu Amanat Hj Hadi yang mana ramai pihak termasuk para mufti meminta supaya amanat sedemikian ditarik balik kerana ia memecahbelahkan umat Islam sejak dahulu lagi dan masih wujud lagi penyokong dan ahli PAS beramal dan berittiqad dengan amanat itu hingga ke hari ini.

Persoalannya,kenapa Hj Hadi beriya-iya ingin kenyataan beliau disiarkan secara live di TV ??

Rasanya Hj Hadi tidak perlu berdolak -dalih dengan memberi pelbagai alasan hanya untuk menjawab isu itu,Beliau perlu ingat bahawa rakyat tidak ada masa untuk bermain tarik tali dengannya berkenaan isu ini dan beliau seharusnya dengan ikhlas menjawab berkenaan amanat yang beliau sendiri cakapkan.

Jika syarat beliau hanya akan jawab isu ini di TV secara live,bermakna dia tidak akan menjawab berkenaan isu ini sampai bila-bila dan tak akan tarik balik amanatnya ini.Beliau mesti sudah masak dengan stesen TV kerajaan dan swasta yang tidak mungkin akan bazirkan ruang waktu penyiaran mereka untuk hal remeh temeh ini yang mana boleh dijelaskan di luar TV.

Alternatif lain,Hj Hadi boleh adakan sidang media di Pejabat PAS Pusat,tapi kenapa diberikan syarat yang dilihat agak mustahil ini??Ini disebabkan beliau masih mahu berteka-teki lagi dengan rakyat berkenaan amanatnya itu dan tidak mahu menarik balik kerana ini pasti akan menjatuhkan air mukanya sendiri sebagai Presiden PAS dan parti PAS itu sendiri.

Alih-alih,alasan yang sebegini diberi kepada rakyat untuk rakyat menekan kerajaan padahal pelbagai cara lain boleh beliau jawab.Inilah dinamakan permainan politik.Orang-orang politik akan memberi seribu satu alasan untuk mengelak menjawab sesuatu isu sehingga memberi syarat yang agak mustahil akan dapat.

Kalau amanat senang-senang ja Haji Hadi keluarkan tapi untuk menjawab macam-macam karenah , apa hal lu Hadi ??

sumber kerispusaka  

MMI.

Labels