Followers

Saturday 29 December 2012

Lagi Dolak-Dalih PAS Tentang Amanat Haji Hadi !!


Mengambil kira poster ini di facebook penyokong PAS yang menyiarkan kenyataan Hj Hadi supaya RTM dan TV3 beri ruang esklusif kepadanya selama 1 jam untuk menjawab isu Amanat Hj Hadi yang mana ramai pihak termasuk para mufti meminta supaya amanat sedemikian ditarik balik kerana ia memecahbelahkan umat Islam sejak dahulu lagi dan masih wujud lagi penyokong dan ahli PAS beramal dan berittiqad dengan amanat itu hingga ke hari ini.

Persoalannya,kenapa Hj Hadi beriya-iya ingin kenyataan beliau disiarkan secara live di TV ??

Rasanya Hj Hadi tidak perlu berdolak -dalih dengan memberi pelbagai alasan hanya untuk menjawab isu itu,Beliau perlu ingat bahawa rakyat tidak ada masa untuk bermain tarik tali dengannya berkenaan isu ini dan beliau seharusnya dengan ikhlas menjawab berkenaan amanat yang beliau sendiri cakapkan.

Jika syarat beliau hanya akan jawab isu ini di TV secara live,bermakna dia tidak akan menjawab berkenaan isu ini sampai bila-bila dan tak akan tarik balik amanatnya ini.Beliau mesti sudah masak dengan stesen TV kerajaan dan swasta yang tidak mungkin akan bazirkan ruang waktu penyiaran mereka untuk hal remeh temeh ini yang mana boleh dijelaskan di luar TV.

Alternatif lain,Hj Hadi boleh adakan sidang media di Pejabat PAS Pusat,tapi kenapa diberikan syarat yang dilihat agak mustahil ini??Ini disebabkan beliau masih mahu berteka-teki lagi dengan rakyat berkenaan amanatnya itu dan tidak mahu menarik balik kerana ini pasti akan menjatuhkan air mukanya sendiri sebagai Presiden PAS dan parti PAS itu sendiri.

Alih-alih,alasan yang sebegini diberi kepada rakyat untuk rakyat menekan kerajaan padahal pelbagai cara lain boleh beliau jawab.Inilah dinamakan permainan politik.Orang-orang politik akan memberi seribu satu alasan untuk mengelak menjawab sesuatu isu sehingga memberi syarat yang agak mustahil akan dapat.

Kalau amanat senang-senang ja Haji Hadi keluarkan tapi untuk menjawab macam-macam karenah , apa hal lu Hadi ??

sumber kerispusaka  

MMI.

3 comments:

  1. ORANG POLITIK DARI UNITED MALAY NO OTAK SAJA YG BERI MACAM2 ALASAN..CONTOHNYA DEBAT BUKAN BUDAYA KITA TAPI SELAMBA BERUK JE AKU TENGOK RASMIKAN DEBAT PIALA PERDANA MENTERI..NAH TENTANG HJ HADI APA LAGI..KALAU KALIAN ADA TELUR..SILAKAN BAGI PELUANG KENAPA HANGPA BANYAK PULAK DALIH..JANGAN HANGPA PUN XDA TELUR/BACUL..

    ReplyDelete
  2. liamaz
    Ternyata umnogok yang bedolak dalik dia yang mula bangkit isu ini di rtm dan tv3 kemudian dia tak bagi TGHH membuat penjelasan dirtm dan tv3,
    Umno setuju untuk beri ruang kepada TGHH menjelasan, di rtm dan tv3, kemudian dia yang batalkan. LIhat sendiri siapa yang pengecut dan berdolak-dalik seperti lidah biawak hidup yang didokong menyusahkan kita. Rais a/l yatim di utusan malaysia 03/01/2013 telah menyatakan forom amanat TGHH dibatalkan.Lain kali kalau takut jangan cabar. buat malu aja. Inilah dia sikap syaitan yang dikenali berani baling batu tapi sembunyi tangan atau pun meludah kelangit kena batang hidung sendiri.Ternyata bukan TGHH yang tak ada teluk Rais a/l yatim dan umno.

    ReplyDelete
  3. Tak usah layan perkara trivia seperti ini. Lihat sahajalah musibah gejala sosial dan jenayah yang melanda negeri-negeri yang perasan mereka di "serambi mekah".ni. Berserahlah pada Allah. Hanya Allah yang layak menilai!

    ReplyDelete

Labels