Isu rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi golongan belia yang diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet yang lalu sedikit sebanyak melegakan hati para belia yang masih belum memiliki telefon sebegitu.Jika dikira dari keinginan untuk memiliki telefon pintar sudah semestinyalah ianya menjadi impian setiap belia di negara ini termasuklah para belia yang hari ini sudah pun memiliki telefon sebegitu.
Soal keinginan ini adalah satu perkara subjektif yang sukar untuk kita rungkaikan khususnya dalam konteks gajet atau telefon pintar.MMI akui dengan kepesatan teknologi setiap warga belia sudah pasti mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang memilikinya walaupun ada sesetengahnya langsung tidak menggunakan kelebihan yang ada melainkan cukup sekadar berada dalam golongan tersebut.
MMI rasa ampa faham apa yang cuba disampaikan , namun isu rebat telefon pintar kini mengundang sedikit kontroversi apabila timbul rasa kurang senang dengan tindakan SKMM yang menghadkan rebat tersebut kepada pembelian telefon pintar di bawah RM500 kini menjadi perhatian banyak pihak khususnya para belia dan mereka-mereka diluar sana yang sedang memerhati untuk dijadikan modal kempen politik.
MMI bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi sejauh mana kriteria yang ditetapkan untuk si pembelinya nanti ?
Merujuk kepada blog sahabat Generasi Pejuang Bangsa , Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata bahawa telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.
Mengumumkan rebat tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2013 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sebagai usaha kerajaan memberi 1.5 juta belia akses kepada gerbang maklumat dengan peruntukan RM300 juta bagi tujuan berkenaan.
Malah kriteria dan kenyataan ini disokong pula oleh Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan berkata belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada belia lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.Baca Seterusnya.
Berdasarkan perkiraan MMI setelah membaca kenyataan khususnya daripada SKMM dan Presiden Majlis Belia Malaysia sendiri timbul satu persoalan bermain dalam fikiran MMI.
Apakah mereka benar-benar yakin bahawa para belia di negara ini mampu mematuhi apa yang dikatakan memberikan ruang kepada mereka yang benar-benar layak dan belum memiliki telefon pintar ?
Sejauh mana JAMINAN yang boleh diberikan khususnya oleh Presiden Majlis Belia Malaysia bahawa hanya belia yang benar-benar layak sahaja akan di berikan ruang untuk memiliki rebat RM200 tersebut ?
Apakah kaedah dan bagaimana sistem yang akan diguna pakai oleh SKMM mahupun mereka yang bertanggungjawab dalam rebat ini bagi melakukan pemantauan terhadap para pembeli nanti ?
Perlu diingat MMI bukan tidak menyokong program bantuan sebegini tetapi sejauh mana ianya mampu sampai ke golongan sasaran yang benar-benar layak menerimanya ?
Kalau anda semua masih ingat , satu ketika dulu apabila KWSP membenarkan setiap pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka bagi membeli komputer apa yang telah berlaku ? Ada banyak pihak yang melakukan penipuan dengan hanya menyediakan resit pembelian sedangkan komputer langsung tidak dibeli.
Ya , mungkin ada yang berkata tu dulu tapi ingat ini soal amanah dan tanggungjawab ! Dalam perkiraan ini MMI ingin bertanya sejauh mana Presiden Majlis Belia Malaysia dalam KONTEKS INI benar-benar YAKIN bahawa para belia di luar sana yang sudah mencecah 11.9 juta orang dan mungkin lebih benar-benar tergolong dalam kelompok mereka yang mempunyai amanah dan tanggungjawab ?
MMI bukan apa bimbang mereka yang seharusnya layak mendapat rebat tersebut dinafikan haknya hanya kerana diisi oleh si kitol yang kita tidak boleh nafikan kewujudan mereka.
Pesanan MMI jangan hanya meletakkan faktor kepercayaan semata-mata kerana harus ada plan dan strategi supaya perkara yang baik itu akan terus menjadi baik bukan perkara yang baik dilihat jijik kerana kelemahan kita sendiri.
Apa pun terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana melihat, mendengar dan memahami keperluan warga belia di Malaysia..
MMI.
No comments:
Post a Comment