Followers

Saturday, 23 August 2014

Kisah Baby Besar Meh Baca !!


Ali dan Abu adalah dua orang kawan baik. Mereka baru belajar untuk mengendap. Satu hari Abu menunjukkan kepada Ali sebuah rumah untuk mereka mengendap pada malam nanti.

Pada malam tersebut mereka pun sampai ke rumah tersebut serta cepat-cepat mencari sasaran (lubang). Ali pun tanpa berlengah lagi terus melihat ke dalam lubang tersebut dan serta-merta bertempik “Lari…..Abu!!!!!!” dan Ali pun terus memecut lari lantas diikut oleh Abu.

Setelah jauh mereka berlari, Ali pun berhenti tercunggap-cunggap dan dia ditanya oleh Abu “Kenapa kau lari Ali?”.

Ali pun menjawab “Tadi sewaktu aku mengendap, aku nampak bayi lebih besar dari kita berdua sedang menyusu, Kalau bayi pun dah besar tu, kau bayangkanlah besar mana bapak dia”.

Huh nampak tak ? Kalau cerita ni betoi memang dungulah puak 2 ekoq tu sebab yang sorang tu bangang yang lagi sorang tu main ikut ja.

Hahahaha dah macam cerita kat Selangor kan ??

Yang sorang tu bukan main semua dia nak belasah dan sorang lagi pula main ikut saja hahahaha DUNGU !!!

MMI

Friday, 22 August 2014

Tribute To Mangsa & Keluarga Tragedi MH17 AL FATIHAH & TAKZIAH


Suasana sayu menyelubungi Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang apabila pesawat khas yang membawa 20 jenazah mangsa tragedi MH17 kini selamat mendarat di KLIA.

Ketibaan pesawat terbabit disambut oleh barisan kepimpinan negara yang kini sudah menantikan ketibaan pesawat khas terbabit sejak awal pagi tadi.

Kepada semua keluarga mangsa MH17 , MMI mengucapkan salam takziah dan bersabarlah dengan ujian daripada Allah swt ini kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.

Ambillah peluang untuk sama-sama bertafakur dan menghormati kesedihan keluarga dan sanak-saudara yang terlibat atas nama KITA RAKYAT MALAYSIA.

Apa jua yang berlaku kita sebagai umatnya perlu terus tabah dan percayalah setiap yang berlaku itu sudah pun tertulis.

ALFITAH & SALAM TAKZIAH buat semua mangsa tragedi MH17 dan keluarga yang terlibat.

Tribute To MH17

Labels