Followers

Sunday 30 October 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - WalkAbout YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor


Program demi program sentiasa digerakkan oleh kepimpinan UMNO di Tasek Gelugor bagi mendekatkan diri dengan seluruh masyarakat dalam Parlimen Tasek Gelugor.Terbaru pada 29 Oktober 2011 YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menggerakkan program WalkAbout bersama-sama dengan kepimpinan setempat.

Program ini dimulakan dengan lawatan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerumah-rumah pesakit kronik di Taman Robina Teluk Air Tawar yang dikenal pasti oleh penyelaras Pusat Khidmat Ahli Parlimen bagi KADUN Teluk Air Tawar Sdr Zaini Zakaria dengan kerjasama ketua cawangan Taman Robina.Turut mengiringi YB Tan Sri adalah YB Dato' Hjh Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar.




Lawatan di Taman Robina ini cukup memberikan kesan kerana kebanyakkan pesakit-pesakit yang dilawati melahirkan rasa terharu mereka kerana seorang pemimpin hadir sendiri bertanya khabar selain daripada memberikan sumbangan kepada mereka.

Perasaan terharu ini jelas diperlihatkan sehingga ada pesakit yang mengalirkan airmata tanda terima kasih dan penghargaan kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. 

Seterusnya YB Tan Sri meneruskan program WalkAbout ini dengan melawat gerai-gerai peniaga dipersimpangan Maklom Sungai Dua yang diatur oleh Sdr Rahman Saad selaku Penyelaras Pusat Khidmat Ahli Parlimen bagi KADUN Sungai Dua dan bertemu dengan para peniaga bertanya khabar dan berbincang.YB Dato' Jasmin Mohamed selaku ADUN Sungai Dua turut hadir bersama.







YB Tan Sri seterusnya ke Pasar Tani FAMA Pokok Sena diatur oleh En Mohamad Tahir Yusoff selaku Penyelaras Pusat Khidmat Ahli Parlimen bagi KADUN Permatang Berangan juga bertemu dan melawat peniaga serta orang ramai yang hadir.Kehadiran YB Tan Sri turut mengejutkan sesetengah pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bersalam dan bertanya khabar.YB Tan Sri kemudiannya bertemu para peniaga di Pasar Tani FAMA Pokok Sena untuk bertanya khabar dan berbincang berkenaan sebarang permasalahan yang mungkin atau boleh di bantu oleh pihak YB Tan Sri.





Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor sewaktu di tanya oleh MMI telah menyatakan bahawa program WalkAbout ini di susun oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan diatur oleh setiap penyelaras bagi mendekatkan YB Tan Sri dengan para penduduk dan masyarakat dalam Parlimen Tasek Gelugor dan akan diteruskan dari masa ke semasa.

Tempat terakhir yang dilawati oleh YB Tan Sri adalah Sungai Abdul Teluk Air Tawar bagi pemasangan lampu jalan.




MMI cukup yakin dengan gerak kerja sebegini oleh YB Tan Sri sebenarnya memberikan banyak manafaat dan faedah kepada masyarakat dalam Parlimen Tasek Gelugor.Sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri supaya semua kepimpinan turun padang bertemu rakyat.Dalam waktu PRU13 semakin hampir pendekatan sebegini seharusnya lebih kerap diadakan.

Kepada semua kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional dalam Parlimen Tasek Gelugor teruskan gerak kerja yang pelbagai ini kerana kita mahu rakyat tahu bahawa kita sentiasa mengambil berat perihal rakyat.

SYABAS!

MMI. 

      


No comments:

Post a Comment

Labels