Followers

Wednesday, 26 October 2011

Jadi pencetus transformasi, bukan penyebar kontroversi


Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima aspek utama peranan mahasiswa sebagai rakan kongsi pembangunan negara, termasuk menjadi pencetus transformasi dan bukannya penyebar kontroversi.

Perdana Menteri berkata, mahasiswa perlu menjadi penyelesai masalah dan bukannya pencetus musibah, selain menjadi pencinta ilmu pengetahuan dan bukannya penjaja angan-angan.


"(Mahasiswa juga perlu menjadi) pemimpin masa depan dan bukannya kuda tunggangan, (serta menjadi) pembela negara dan bukannya penderhaka bangsa,” katanya dalam ucapannya pada majlis penutupan pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (PPM) antara institusi pengajian tinggi 2011 di sini semalam.

Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili beliau pada majlis itu.

Najib berkata, kerajaan mahu generasi muda hari ini menjadi penggerak utama program transformasi negara, dan bukan sekadar menjadi penjaja cerita kosong demi meraih simpati dalam meneruskan agenda peribadi golongan tertentu.

MMI juga turut bersetuju dengan YAB PM , Alangkah indahnya jika hari ini semua mahasiswa dan mahasiswi sedar akan peranan mereka bahawa " Maju Mundur Hina MuliaNya Bangsa Itu Terletak Di Tangan Kita" Maka sebaiknya mereka-mereka ini perlu terus fokus kepada pembelajaran dan dalam masa yang sama menghayati erti perjuangan sebelum mereka. Apa yang dinikmati oleh hari ini cukup amat bermakna dan bernilai kerana bukan sedikit keringat yang telah dicurahkan bagi memastikan kesenangan dan keselesaan terutama generasi mahasiswa dan mahasiswi hari ini.


Mungkin mereka di dalam gambar ini merupakan sebahagian daripada mahasiswa dan mahasiswi yang turut bersama dalam satu perarakan dan himpunan BERSIH 2 yang lalu namun tahukah mereka bahawa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang cukup unik dan aman ini memerlukan perjuangan yang maha hebat.

MMI terpanggil untuk sama-sama bekerja dan pastikan supaya mereka mahasiswa dan mahasiswi apabila telah mencapai kejayaan maka mereka dapat memberikan pulangan yang berguna bukan saja untuk negara bahkan kepada seluruh rakyat mahu pun seantario dunia.


Mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya , kamulah tonggak harapan negara.

Jadi Pencetus Transformasi Bukan Penyebar Kontroversi.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels