Akhbar China Press bertarikh 21 Oktober 2011 menyiarkan artikel mengenai blog pro-UMNO yang secara tidak sengaja telah menjatuhkan imej parti terbesar orang Melayu itu.
Artikel tulisan Koh Kok Wee bertajuk ‘Laman blog yang berpihak kepada UMNO tidak bersekolah’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai pada halaman C17.
Dalam melaksanakan strategi serangan politik, memang kita akui akan adanya putar belit fakta, muslihat dan fitnah-memfitnah. Selalunya sengketa ini hanya berkisar pada orang dewasa dan tidak pernah mengheret budak mentah untuk sama-sama masuk ke kancah perbalahan.
Malangnya, apa yang dilakukan oleh blog yang memihak kepada UMNO kali ini sudah tidak mengikut peraturan pertarungan cara pendekar. Mereka telah kaitkan anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melakukan salah laku terhadap seorang pelajar perempuan.Akhirnya DAP dapat membongkar penipuan itu. Rupa-rupanya gambar pelajar perempuan dalam kes itu ialah pelajar lain yang sedang bermain catur. Ini menyebabkan orang yang menyebarkan fitnah itu terkedu tidak boleh berbuat apa-apa.
Sebenarnya tindakan mempergunakan anak-anak dengan matlamat menyerang ibu bapa, selalunya tidak berhasil. Terdapat kisah pada zaman dahulu di China mengenai perebutan kuasa antara hulubalang Xiangyu dan Liu Bang. Ada seorang penasihat Xiangyu berkata, kami telah tangkap ayah Liu Bang, minta Liu Bang menyerah diri, jika tidak ayahnya akan digulai.
Akhirnya Liu Bang berkata: ‘‘Xiangyu! Kita sejak kecil berkawan baik seperti adik-beradik, ayah saya juga seperti ayah kamu, kenapa kamu hendak gulai ayah kamu sendiri?
‘‘Jika benar-benar mahu gulai ayah, jangan lupa bagi separuh dagingnya kepada saya.’’
Cara Liu Bang itu menyebabkan Xiangyu tidak boleh berbuat apa-apa dan akhirnya nyawa ayahnya dapat selamatkan.
Terdapat satu kisah lain, mengenai Panglima negeri Wee bernama Le Yang yang merancang menyerang negeri Chong Shan.Kebetulan anaknya berada di negeri Chong Shan. Maharaja Chong Shan telah membunuh anak Le Yang dan gulai dagingnya telah diserahkan kepada panglima itu untuk santapan.
Ini menyebabkan keseluruhan tentera Panglima Le Yang marah dan akhirnya negeri Chong Shan tewas setelah diserang habis-habisan.
Dalam sebarang persengketaan, langkah menyerang keluarga lawan terutama sekali ibu bapa dan anak-anak dengan mengugut mereka atau menjadikan sebagai tebusan, biasanya tiada kesan. Sebaliknya yang rugi, ialah diri kita sendiri.
Kerugian pertama, ia akan meletakkan kedudukan akhlak seseorang itu di tahap paling rendah dan kerugian kedua, ia akan menaikkan semangat juang pihak lawan untuk menentang kita secara habis-habisan.
Nampaknya, blog pro-UMNO tidak membaca sejarah negara China. Mereka ingat jika pergunakan anak seseorang itu untuk digembar-gemburkan, ia berkesan bagi menyerang pihak lawan. Sebaliknya mereka sendiri yang kecundang dan apa yang berlaku ini mirip seperti kisah dalam filem ‘African Monk’. Perlakuan mereka telah menyebabkan UMNO dan BN terkena tempiasnya. Pihak lawan yang akhirnya akan dapat meraih banyak simpati.
MMI turut tersenyum bila membaca artikel ini , bukannya kerana ada unsur lawak jenaka tetapi lupakah mereka bahawa blog-blog pro pembangkang juga turut melakukan tindakan yang sama apatah lagi dengan membuat pendedahan yang cukup jelas merupakan satu perbuatan fitnah.
Apa tidak pernahkah nama-nama anak menteri dan mereka-mereka dari UMNO dan Barisan Nasional di kaitkan dan di tuduh dengan bermacam-macam isu ?
Blog di atas adalah satu contoh dimana blog pro pembangkang juga turut mengheret anak-anak pemimpin ke kancah politik.MMI bukannya menentang perlakuan tidak sihat namun adakah pendedahan itu untuk kebaikan atau mempunyai unsur politik untuk menjatuhkan kredibiliti seorang pemimpin ? Jika ini juga turut berlaku dalam blog-blog pro pembangkang dan telah bermula sejak lama dulu maka apakah isu berkenaan salah laku anak kepada ketua Menteri Pulau Pinang ketika ini di lihat sebagai tindakan jahat?
LGE sebagai seorang Ketua Menteri seharusnya menjawab dan menyelesaikan permasalahan melibatkan anak beliau dengan sikap yang professional bukannya menuding jari kepada orang lain.Jawab isu yang di persoalkan adalah labih baik daripada mengheret orang lain bersama kerana sebagai seorang bapa seharusnya beliau merupakan orang paling utama memberikan pembelaan dan mempertahankan maruah anak sendiri.
MMI.
No comments:
Post a Comment