Followers

Wednesday 30 November 2011

Dari PWTC - PAS Kuda Tunggangan DAP


Bertempat di dewan utama PWTC malam tadi telah berlangsungnya Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO.

Majlis yang dihadiri oleh semua perwakilan dari ketiga-tiga sayap UMNO tersebut cukup bermakna dan memberikan satu isyarat yang cukup jelas kepada semua anggota parti teruamanya sayap Wanita,Pemuda dan Puteri untuk terus memperkukuhkan parti demi mempertahankan maruah Bangsa,Agama dan Negara.


Dalam perkembangan terkini yang dilihat bahang pilihanraya semakin hampir maka semboyan sebenarnya telah dibunyikan bagi menuju ke medan peperangan.Peperangan untuk memenangi pilihanraya ke-13 nanti.

YAB Timbalan Presiden UMNO turut menyentuh peri pentingnya semua jentera memperkukuhkan parti dan fokus kepada kemenangan parti.




MMI cukup tertarik apabila YAB Timbalan Presiden UMNO turut berkata PAS yang kononnya menggantikan UMNO dalam perjuangan membela Islam seperti yang dicanangkan oleh mereka sebenarnya telah tersilap kerana ianya dilihat sebaliknya apabila YAB Timbalan Presiden berkata DAP yang sebenarnya menggantikan PAS kerana DAP lah yang menentukan aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

PAS juga dilihat gagal sebenarnya apabila slogan Negara Berkebajikan dilihat hanyalah retorik politik apabila isu air bersih di Kelantan pun mereka tak mampu untuk tangani.Negara Berkebajikan yang bagaimanakah PAS laung-laungkan ini ?


Beliau turut mempersoalkan bagaimana Pakatan Rakyat mampu untuk menjaga kedudukan agama,bangsa dan negara jika pemimpin mereka sendiri (Anwar Ibrahim) bergelumang dengan krisis kredibiliti.

Paling penting dalam ucapan YAB Timbalan Presiden UMNO beliau mengingatkan semua perwakilan Wanita,Pemuda dan Puterisupaya tahu PRU Ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangunnya umat Melayu dan faktor calon adalah senjata untuk menang dalam pilihan raya nanti.Oleh itu beliau mengingatkan semua perwakilan bangunlah berjuanglah biar putih tulang jangan putih mata.Sambil diberikan tepukan yang gemuruh oleh semua perwakilan.

Hebat ucapan tersebut MMI yakin seluruh perwakilan pastinya bersemangat untuk sama-sama pastikan UMNO terus di pertahankan.

Ikuti Teks Ucapan Penuh Timbalan Presiden UMNO Klik Sini 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels